Wednesday, August 16, 2006

PENGENALAN DIRI

0 ulasan
Assalamualaikum....

Selamat datang ke blog ustazmuda... semoga anda mendapat manfaat dengan kewujudan blog ini. Ustazmuda InsyaAllah akan cuba sedaya upaya menghidupkan blog ini dengan artikel-artikel yang dapat mendidik diri ustazmuda khususnya dan masyarakat amnya. Doakan agar ustazmuda diberikan kekuatan olehNya... dan ia menjadi satu amalan yang dikira sebagai ibadah di sisinya di akhirat nanti. Amin.

Juga, InsyaAllah ustazmuda akan cuba mengadakan ruangan soal-jawab agama. Insya Allah ustazmuda akan cuba menjawab sebaik mungkin, samada ustazmuda copy paste dari ruangan soaljawab agama yang telah sedia ada hehe... atau dengan sedikit ilmu yang ada ustazmuda akan cuba memberikan jawapan.

Sebagai pengenalan dibawah ni sedikit latarbelakang ustazmuda...

Latar belakang pengajian :
Di sebuah universiti di Timur Tengah dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab... sekadar Ijazah sahaja, mampu ke menjawab yer... kalau sekadar ilmunya hanya Ijazah sahaja. Entah...

Umur :
Muda ke??? hehe Entah tapi masih merasa diri terlalu muda... Muda dari segenap segi... muda ilmunya, muda amalnya, muda ibadahnya, muda usianya. Oklah terus terang cakap lingkungan 33 -37.... pandai-pandai cari sendiri yer...

Status :
Erm... Dah berkeluargapun masih dengan seorang anak dan seorang isteri... doakan moga ianya bertambah. Bertambah apa yer ... anak ke isteri??? hehe Anak lah...

Nak kenal???
Sila tengok gambar di bawah...
Kenal ke ??? Tentunya tak kenalkan. Almaklumlah ustazmuda bukan orang popular... penceramah bebaspun jauh sekali. Moga kita dapat berkenalan dan menyambung ikatan ukhuwwah silaturrahim dimaya ini...

Sekian dulu : Wassalam.

0 ulasan: