Salam sahabat blog...

Putera Haikal YeAp ahaksss. Siapa plak ni??? Cucu cicit YeAp Ah Loy ke. Hahaha. Yalah kot. Maklumlah ayahnya Cina Perak. YeAp Ah Loy Perak ke??? Entah. Hahaha. Oklah abi kongsikan ceritanya... Masih ingat satu ketika dulu abi pernah buat posting satu tajuk
jiranku!!! Ingat???
Putera Haikal ni jiran pada abi. Ibunya warga Indon dan ayahnya Berbangsa Cina warganegara Malaysia. Telah memeluk Islam pada 7/11/2006 menurut kad yang telah ditunjukkan pada abi. Beliau merupakan anak sulung kepada

suami isteri ini. Manakala anak keduanya dinamakan Puteri Aleeya... Takpalah lupakan cerita anak kedua. Kita cerita pasal Putera Haikal... hehe. Gambar di sebelah adalah kad perkahwinan pengiktirafan sebagai orang Islam milik ayah Haikal..
Oklah abi direct pada cerita kenapa abi highlight sangat pasal Putera Haikal ini... Ceritanya camni. Dua tiga minggu lepas emak si Haikal selalu bersms dengan ummi, katanya mereka nak berikan pada orang anak lelaki belaai si Haikal atas sebab2 tertentu... antaranya maknya nak sangat balik ke Indon dan tidak cukup duit. Itulah antara intipati permulaan. Katanya cukuplah RM2K sekiranya kami yang ambik... dan andai orang lain dia nakkan 5K untuk urusan tambang dan sebagainya. Tentang 2K bukanlah masalah besar sangat pada abi buat masa ini, Insya Allah ada. Dan boleh diusahakan. Cumanya!!! Hehe apa ya...
Abi ada juga berbual dengan suaminya... betul ke isterinya, yang abi panggil akak nak balik Indon. Suaminya mengiayakan!!! Kata suaminya " akak amat rindukan anak di sana... setiap malam dok teringat dan mengigaukan anak di sana"... Akak tersebut mempunya 2 orang anak juga di sana. Anak dengan bekas suaminya. Menurut cerita mereka berkahwin di Indon pada tahun 2005. Mereka ada tunjukkan surat nikah. Kebetulan abi tak ambik endah sangat pada masa tu... hehe. Tak sempat tengok tarikh sebenar pernikahan mereka. Tambah Abang Mukhlis... nama panggilan kami pada suaminya... mereka juga memerlukan wang buat masa ni. Huhu. Itu abi percayalah... sebab sebagai jiran ada jugalah sikit sebanyak apa yang abi boleh bantu abi bantu. Namun itu tak kisahlah. Hak jiran kena dijaga. Walau siapa dan apapun dia. Wallahu a'lam.

IC ayah Haikal.
Oklah... direct cerita tentang Haikal. Ni dah berbelit2 dah ni.

Ceritanya abi dan ummi tak kurang umar amat berminat dengan Putera Haikal. Ala... jumaat baru ni ummi datang ke sini. Abi dan ummi try2lah ambik dia bermalam pada sabtu malam minggu. Alhamdulillah. Menangis jugalah tapi akhirnya kami berempat dapat lena dengan nyenyaknya. Seronok!!!

Berbalik pada cerita Haikal semula... Malangnya Haikal ada sedikit masalah. Tidak punya surat kelahiran @ surat beranak. Walau maklumat kelahirannya lengkap. Dilahirkan di Hospital Kuala Pilah... Surat maklumat kelahiran masih abi pegang. Lihat di bawah :

Maklumat kelahiran

Maklumat Ibu

Maklumat Bapa
Malangnya... walau anak ini punya maklumat kelahiran yang sah, maklumat ibu dan bapa yang sah... sayangnya Jabatan Pendaftaran tidak dapat mengeluarkan Surat Kelahiran atas sebab2 maklumat perkahwinan yang agak meragukan. Adois. Abi tak salahkan sesiapa dalam hal ini. Itu mungkin prosuder Jabatan Pendaftaran. Namun yang menghairankan... anak perempuan beliau Puteri Aleeya... boleh pulak didaftarkan dan mendapat surat kelahiran yang sah. Cuma dibintikan dengan Abdullah. Dan diruangan bapa... ditulis tidak ada maklumat!!! Begitu sahaja.

Putera Haikal dengan Umar...
Abi mohon sangat pada sahabat2 yang tahu yang paham dan yang boleh membantu untuk mendaftarkan anak ini... diharap dapat hubungi abi. Abi sayangkan anak ini. Walau apapun status anak ini ragu sah atau tidak itu tidak penting. Anak ini suci lagi bersih. Kami, abi ummi dan umar mula menyayanginya. Agak sukar untuk abi mengambilnya andai anak ini terusan tanpa surat kelahiran kerana agak rumit untuk abi membesarkannya dan seterusnya memberi pendidikan pada dia. Hajat hati akan dijaga dengan baik seterusnya memberikan pendidikan sekadar kemampuan kami sekeluarga. AMin. Walau abi dan ummi bukanlah ibu bapa terbaik. Kami akan cuba membesarkannya sebagai seorang muslim semampu mungkin. Risau juga andai ditakdirkan mereka berpisah, tak tahulah camne agama anak ini. Selain itu sekurangnya dapat juga Umar kawan. Huhu.

Pada sahabat yang dapat membantu... Hubungilah abi. Sekali lagi untuk makluman surat maklumat kelahiran dari hospital masih ditangan abi sehingga hari ini. Begitu juga dengan surat kelahiran adiknya Puteri Aleeya. Puteri Aleeyapun abi suka hehe... tapi ayahnya sayang. Kata ayahnya, andai akak balik ke Indon Putri Aleeya akan abang pelihara. Puteri Aleeya lagi comel. Huhu. Kalau tak, nak ambik dua-dua, anak orang bukan senangkan??? Tolong bantu ye!!!