Thursday, May 22, 2008

LeLaKi ItU aKu...

0 ulasan
Salam sahabat blog...

Lelaki itu…

Bertenggek di atas akar jati
Di tebing sebatang sungai
Lesu pandangannnya
Lemah jiwanya

Lelaki itu…
Tajam renungannya
Di dadanya penuh pengharapan
Menganyam maghfirah
Menggulit rahmah
Moga tergapai sebuah mardhiyah

Lelaki itu…
Menoleh ke belakang
Melihat masa silamnya yang kelam
Bagaikan sebatang sungai yang dikotori

Mungkinkah,
Hatinya kembali jernih
Jernih dalam penyaksian
Jernih dalam syahadah
Jernih dalam kaffarah

Arghh
Lelaki itu menjerit
Akan kulempar masa silamku
Akan ku Lontar masa gelapku
Akan ku campak masa kelamku
Biar dibawa arus
Biar hilang dari pandangan


Dan lelaki itu menapak
Bibirnya mengomel
“ Lelaki itu...”

0 ulasan: