Friday, May 16, 2008

KeTiKa HiLaNgNyA QuDhWaH...

1 ulasan
Salam sahabat blog...


Qudhwah… satu kalimah arab yang cukup besar ertinya. Qudhwah yang biasa dikaitkan dengan kalimah hasanah. Qudwah hasanah. Apa sebenarnya ungkapan itu… Pahamkah kita. Atau sekadar sering mengungkap tanpa pahaman yang jitu. Qudhwah yang hilang… Sesuai gitu???

Erm… Hari ini, tika ini dan waktu ini sering kita dikejutkan atau mungkin bukan lagi kejutanpun bagi kita… bila Islam sering dihina dan dipermainkan. Seolah Islam itu tidak ada roh lagi dalam dirinya… mungkin telah beratus atau beribu komentar dihadapkan pada kita… kita tetap kita yang tidak terkesan sedikitpun.

Soal murtad misalnya, walau mungkin telah beribu komentar diberikan… ingin ustazmuda memberikan sedikit komentar walau mungkin dari sisi yang berbeza… Soal perundangannya telah diperdebatkan, soal hukum agamanya juga telah diperdebatkan… Ya mungkin semua telah jelas. Jelas tanpa perlu lagi bersuluh…

Ingin ustazmuda berkongsi rasa, rasa yang pada ustazmuda harus dikongsikan. Kenapa dan mengapa ini terjadi??? Pada ustazmuda, persoalan ini tidak seharusnya kita menunding seluruh jari tangan yang ada kepada mereka. Lihat dan cerminkan diri kita. Sejauhmana kita memberikan contoh terbaik kepada sahabat kita di kalangan saudara yang baru yang ingin berkenalan dengan Islam… Ya, mengungkapkan Islam itu Indah amat senang… namun menzahirkan keindahan Islam itu telahkah kita laksanakan???... dan inilah yang dikatakan Qudhwah… Contoh tauladan yang baik.

Masihkah kita ingatkan sepotong pesanan rasul :

انما بعثت لأ تمم مكارم الأخلاق

Sesungguhnya aku di bangkitkan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak.

Ya… baginda dibangkitkan ke alam ini antara lain untuk menunjuk arah ke arah peradaban dan akhlak yang baik buat seluruh ummah. Namun hari ini, selepas 1400 tahun nabi besar meninggalkan kita… kita berterusan celaru. Kita melupakan keindahan Islam. Kita marah dan benci bila mereka menghentam di segala sudut… tetapi di waktu yang sama kita tidak pernah menonjolkan keindahan itu disepanjang hidup kita…

Sesiapapun tidak pernah menafikan keindahan Islam itu… hatta Abu Lahab dan Abu Jahal si penentang paling kuat kepada rasul juga mengakui betapa Islam itu Indah… Tidak ada seorangpun yang menafikan…

… tetapi hari ini yang Indah itu telah dipersembahkan dengan cara yang cukup comot dan memualkan. Andaikan… Sahabat seorang tauke restoran, ya restoran sahabat memang handal terkenal dan hebat dengan menu yang cukup sedap dan menyelerakan, namun sayang sahabat memilih pelayan yang tidak pernah kenal dengan protokal pakaian yang kemas... pakaian yang compang camping dan tidak terurus.

Bagaimana pelanggan akan datang dan bertamu ke restoran kita sahabat… untuk memandang pun tidak berselera… walau mereka tahu kita punya chef yang hebat. Masakan yang paling menyelerakan… tetapi mereka tetap mengatakan tidak!!! Tidak… kerana kita tidak tahu menghidang sesuatu yang indah juga secara Indah…

Masihkah sahabat ingat bagaimana Qudhwah yang telah diperlihatkan oleh Baginda kepada seorang wanita yahudi si jirannya… Wanita yang sering meletakkan najis di hadapan rumah Baginda SAW. Yang akhirnya Baginda menziarahi wanita tersebut hanya kerana Baginda merasa hairan akan ketiadaan najis di hadapan rumah baginda di hari itu. Begitu sekali Baginda… sipemberi najispun diziarahi Baginda… Bagaimana kita???

… atau masihkah sahabat ingat, bagaimana sikap seorang sahabat di dalam satu peperangan… Tika pedang di tangan dan musuh yang tidak punya apa-apa senjata, akhirnya meludah wajah sahabat tersebut, dan kerana ludahan tersebut sang sahabat menyarung kembali pedangnya… lantas musuh berkata “ kenapa kau tidak membunuhku sedang senjata di tanganmu? Sesungguhnya, aku takut akan bercampur baur tujuan dan keikhlasan hatiku antara membunuhmu kerana tuhanku atau aku membunuhmu kerana kemarahan atas ludahanmu itu…” Balas Sang sahabat.

Itulah qudhwah… Qudhwah yang telah dipertontonkan kepada kita oleh Baginda dan para sahabat… Kepada sahabat, mari kita gilap kembali qudhwah yang telah hilang… Hilangnya hanya kerana kita mula menjauhkan diri dari darinya…

Pada sahabat yang sedang berkawan, bersahabat atau mungkin akan memilih suri hidup dari kalangan mereka yang baru berjinak dengan agama ini… tunjuklanlah Qudhwah yang terbaik kepada mereka… bimbing dan tunjuk ajarlah sebagaimana diperintahkan oleh Yang Maha Kuasa……. Anda punya amanah yang besar.

1 ulasan:

Anonymous says:
10:00 AM

Aslkm Ustazmuda;

Jazakallahukhairan kathira atas artikel ni. Ummi dah copy artikel ni dan sent ke e-group dr-dr. Mudah-mudahan menjadi peringatan untuk persahabatan yang semakin renggang. Sekali lagi, thanks ustazmuda.