Wednesday, June 11, 2008

KeMaTiAn... HiDuP dAn CeKaL

2 ulasan
Salam sahabat blog...

Beberapa hari tidak dapat untuk menerobos ke alam maya disebabkan gangguan pada line celcom broadband ustazmuda. Erm... bayaran tetap dan berpencen malangnya perkhidmatan adois tahapnya menyedihkan atas alasan usaha-usaha mengingkatkan perkhidmatan. Terima jelah seadanya.

Erm... Sewaktu balik ke kampong dalam cuti persekolahan baru ni ustazmuda dikejutkan dengan beberapa khabar sedih. Kematian... Sesuatu yang pasti, yang jarang kita ambik endah lantas bersedia untuknya. Gitukan??? Sembang punya sembang dengan bonda kesayangan ustazmuda dikhabarkan tidak kurang dari 4 kematian yang telah terjadi selama dua minggu cuti persekolahan tersebut. Namun hanya sempat menziarahi satu keluarga sahaja... Apakan daya.


Apa yang ingin ustazmuda kongsikan adalah... dua kematian yang pada ustazmuda amat menyayat hati. Kematian pertama seoarang ayah yang meninggalkan seorang isteri dengan 17 orang anak... Seorang isteri!!! bukan dua bukan tiga isteri... Adzimnya!!! Betapa tidak terpikir pada ustazmuda masih ada manusia di zaman ini yang punya anak seramai itu dari seorang isteri sahaja. Seorang peneroka yang amat kuat kerja... dan kematiannyapun dalam perjalanan untuk bekerja. Pemergiannya tidak disangka hanya mengaduh sakit di dada dan terbaring dipangkuan rakan yang sama-sama pergi mencari nafkah. Begitulah bila Allah katakan Kun pada hambanya... Kita akur. Dan pada yang masih hidup... kehidupan wajib diteruskan. Bayangkan bagaimana seorang isteri untuk menanggung 17 orang anak. Insya allah seorang dari anaknya akan melangsungkan perkahwinan pada bulan ogos ini... Bayangkan.


... Oklah, untuk cerita yang kedua, juga tentang kematian. Sebuah keluarga yang punya 7 orang anak dan menanggung ibubapa mertua. Erm... sebelas mulut harus disuapkan makanan setiap hari. Dan akhirnya ayah mertua yang telah lama uzur menemui ilahi diusia 85 tahun. Bayangkan... beliau hanyalah seorang kakitangan kerajaan peringkat bawahan, yang hanya tinggal di kuarters kerajaan. Memandi dan mengafankan jenazahpun dilakukan di masjid kerana ketiadaan ruang di rumah tersebut. Yang hanya ke hulu dan kehilir dengan sebuah motosikal usang. Namun abang ini, ustazmuda amat hormati... keredhoaannya pada Ilahi dalam menerima segala dugaan. Solatnya tidak pernah dilakukan bersendirian di rumah. Masjidlah tempat beliau mengabdikan diri pada Ilahi hatta walaupun beliau bukan seorang ustaz pada pandangan mata manusia seperti kita namun ilmunya, amalannya mungkin lebih dari kita yang bergelas ustaz. Amin. Sesekali memikirkan mereka ustazmuda malu sendiri.


Kenapa ustazmuda kongsikan cerita ini??? Pada ustazmuda... kisah ini adalah kisah kehidupan. Kisah kecekalan juga kisah perjuangan antara hidup dan mati. Pada kita yang masih punya segala dan mampu untuk kehulu ke hilir dengan berkereta ke sana ke sini... fikirkan sebenarnya di sana masih terlalu ramai manusia yang hanya bermoto atau mungkin berjala kaki sahaja ke sana ke mari... mereka yang berjuang dengan segala upaya untuk sebuah kehidupan yang sempurna namun masih lagi tetap dan tabah hatinya lantas terus sujud dan patuh pada kehendak Yang Maha Esa... Mereka yang jiwanya kental, hatinya cekal dalam menerima takdir dari yang Maha Esa tanpa mendengus menyalahkan takdir dariNya.

2 ulasan:

Unknown says:
7:23 AM

syabas ustaz koi sokong penulisan aok

Anonymous says:
8:07 PM

tu gambo si arwah ke?...ishhh...gerunla abi nih..amik pic kafan