Bila kau memandang segala-gala dari Tuhanmu
yang Maha mencipta,
yang menimpakan ujian,
yang menjadikan sakit hatimu,
yang membuatkan keinginanmu terhalang,
serta menyusahkan hidupmu,
pasti akan damailah hatimu
kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya,
untuk sesuatu yang sia-sia.
Bukan Allah tidak tahu derita hidupmu,
retaknya hatimu,
tapi mungkin itulah yang Dia mahukan,
kerana Dia tahu hati yang sebeginilah,
selalunya lebih lunak dan mudah,
untuk akrab dan dekat denganNya...
Mesej ini juga ustazmuda letakkan di sebelah di bawah tajuk ubat hati. Ustazmuda jadikan dalam bentuk marque. Menarik??? Pada ustazmuda menarik. Mungkin pada sahabat tidak. Ustazmuda tidak pasti.

...arghhh bukan semudah itu membicarakannya. Bukan. Hati sering bercelaru menerimanya. Antara nafsu dan iman. Sering berperang. Peperangan yang tak mungkin sudah. Peperangan yang maha dahsyat berpenghujungkan kematian. Itulah hakikatnya. Peperangan yang adakalanya berpihak pada iman dan adakalanya berpihak pada nafsu. Itulah manusia. Selagi mereka bernama manusia imannya tidak pernah tetap, kerana hati itu sifatnya berbolak balik. Untuk itu pintalah... pohonlah pada yang memegang kunci hati di setiap solat. Di setiap munajat pada yang Esa. Pintalah sebagaimana diajar baginda.
يا مقلب القلوب ثبت قلوبي علي دينك
ًWahai yang membolak-balikan hati, tetapkanlah hatiku diatas jalanmu. Amin.
Ya Allah padamu kupohon... moga hati ini, jiwa ini dan raga ini, pasrah padamu dalam setiap perilaku.
Menerima sesuatu sebagai takdir dariMu. Pasrah dan tunduk pada qudrah dan iradahMu.
Ya Allah dalam perjalanan pendek nan berliku menujuMu... hambaMu seringkali terperangkap di perhentian yang mengasyikkan. Moga dalam saki baki kehidupan ini, berikanlah hambaMu ini kekuatan untuk menyanggah setiap godaan diperhentian. Moga dengannya hambaMu ini tidak akan tersungkur lagi buat kesekian kalinya dan akan menemuiMu dengan penuh keinsafan dan pengampunan. Amin.
Dan sebagai penutup, seorang lagi sahabat mengirim mesej yang juga punya rasa hampir sama. Terima kasih...

"Bila kau letih dan hilang semangat, Allah tahu betapa kau telah mencuba sedaya upaya. Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, Allah telah mengira titisan airmatamu. Bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu, Allah setia di sisimu. Bila kau telah mencuba segala tapi tidak tahu tujuan, Allah ada jalan penyelesaian. Bila tiada yang bererti buatmu, keliru dan kecewa, Allah adalah jawapannya"
0 ulasan:
Post a Comment