Tuesday, January 20, 2009

CeRiTa PuAsA CeRiTa RaYa...

0 ulasan
Salam sahabat blog...


Idea takde hari ni... just kongsikan semula artikel lama ustazmuda. Hehe maybe dah ada yang pernah baca. Apapun semoga ada pengajaran padanya. Amin.


Cerita puasa cerita raya... entah kenapa tetiba hati nak nak berceloteh tentang puasa dan raya pula selepas berceloteh tentang mati yang pasti... puas mengadap skrin ni dan mengetuk keyboard dan idea tetap tak datang walaupun kepala ligat memikir... maka terkeluarlah apa yang sahabat sedang belek ni.


Cerita puasa cerita raya... yang mana dulu nak cerita yer??? Nak cerita puasa tapi pandang kiri pandang kanan awal-awal lagi citer bab raya. Dua tiga bulan sebelum puasa dah sibuk menempah baju raya... ke sana kemari cari jenama kain terkini. Kononnya tempahan tak diterima nanti... entahlah.


Cerita puasa cerita raya... cerita puasa memang hebat. Ada yang bersungguh mencari berkat siang malam duduk beribadat mengadap tuhan dalam munajat moga termakbul segala hajat... Alhamdulillah kalau inilah kita.


Cerita puasa cerita raya... cerita puasa ada yang pelik. Apa yang peliknya... Pelik!!! puasa mengajar diri merasai keperitan hidup kesusahan mayarakat yang tak dapat makan seharian... yang tak kenal hidangan lazat-lazat... jauh sekali merasai nikmat berbuka di hotel mahupun rest house... lagi pelik ada majlis meraikan anak yatim ibu tunggal, tapi ibu tunggal anak yatim yang kena berbaris mengambil makanan, Sang Vip senang-senang makanan terhidang... Siapa yang diraikan??? Pelik-pelik.


Cerita puasa cerita raya... cerita makanan memang hebat. Terkeluar habis segala yang dihajat. Yang tak dapat dibulan lain wujud semula di Ramadhan ini. Carilah apa sahaja lompat tikam puteri mandi badak berenda semua ada. Penuh meja semua terhidang esok pagi pasti dibuang. Membazirnya kita. Patut Ramadhan boleh berjimat, tapi kita semua nak rembat...


Cerita puasa cerita raya... tak sah kalau tak sentuh jalanraya mahupun lebuhraya. Badan letih berebut-rebut nak balik raya. Banyaklah pula kemalangan jalanraya. Buat sahabat yang balik beraya tu hati-hatilah memandu. Rasa letih berhenti sebentar rehatkan badan. Jangan diikutkan perasaan dan jangan berlumba di jalanraya. Insya Allah rumah tak kemana... Mak Ayah setia menanti... Doa jangan lupa dipanjat pada ilahi selebihnya tawakkal kepada Allah. Apa yang berlaku anggaplah takdir ilahi terimalah seadanya setelah segala usaha diikuti.


Cerita puasa cerita raya... Cerita mercunpun hebat juga. Yang jadi mangsa anak-anak kita, yang kaya raya tak lain dari bangsa Dia. Terlantar di hospital berbulan-bulan hilang segala raya... Hantu rayapun takut nak jenguk hehe.


Cerita puasa cerita raya... Puasa dah nak ke penghujungnya rayapun akan menjelanglah tiba. Baginda bersabda 10 malam terakhir bebas dari api neraka dan satu malam adanya malam yang digelar Lailatul Qadar. Kita pula sibuk berjaga siang malam sungguh setia menambah koleksi kuih-muih raya. 10 jenis tak cukup banyak, di tambah lagi berganda dua. Erm.. Bebas ke kita dari azab api neraka... Entah.


Cerita puasa cerita raya... Orang Melayu hebat juga, dicipta malam bernama likur di 10 malam terakhir Ramadhan ini. Penuh bercahaya di sana-sini konon senang roh datuk nenek nak kembali. Bila ditegur pasal likur, buat tak endah terus berdengkur. Itulah...


Cerita puasa cerita raya... Sebulan dah nak habis kita berpuasa malam raya sangatlah gembira berkumpul segala sanak sedara berjamu dengan pelbagai juadah. Bila berkumpul bagai nak rak... tak sedar lagi apa dikata kadang aurat sendiripun dah tak terjaga. Ini peringatan buat diri, sahabat juga saudara aurat tidak mengenal siapa... Pupu poyang ipar duai kenalah jaga dia bukan mahram kita. Moga tidak letih aje kita berpuasa sebulan lamanya.


Cerita puasa cerita raya... masuk sudah pagi raya. Sembahyang raya janganlah lupa. Lepas solat berziarahlah kita jangan duk melekat depan TV aje. Jaga diri, jaga aurat hulur salam biar bertempat jangan dihulur pada yang tidak berhak, bersentuhan itu larangan agama. Cukuplah kisah lepas-lepas... jangan diulang cerita lama moga berkatlah puasa dan raya kali ini.


Cerita puasa cerita raya... Cerita puasa mahupun raya bukan sebuah cerita dongengan. Jauh sekali cerita rekaan. Bukan juga adat kebiasaan tapi ibadat yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Esa. Bila dikata sebagai ibadat, wajiblah dijaga segala peraturan mahupun syarat. Barulah akan dapat segala rahmat hidup pula dilimpahi berkat. Jangan di campur ibadat dan adat jauh sekali dikongsi raya. Ingatlah sahabat mahupan saudara, raya hak milik kita sahaja. Bukan barang mainan suka-suka. Jangan dipermain perkara teras bimbang rosak segala amalan.


Cerita puasa cerita raya... Ya, Allah moga Ramadhan dan Syawal ini merupakan Ramadhan dan syawal yang terbaik untuk kami. Pimpinilah kami ke jalan mu... HambaMu terlalu lemah akan godaan dunia yang menghimpit. Amin.

0 ulasan: