Salam sahabat blog...
Hari ni OK nak berkongsi cerita sedih... Amat sedih dan mengharukan.
Semalam petang OK... balik kg. Sampai di kg terus mak bercerita... Cerita tantang kematian. Ya kematian satu perkara biasa, tapi yang ini agak mengharukan... cukup mengharukan.
Apa yang terjadi... Begini. Kematian 3 beranak sekaligus ibu ayah dan seorang anak. Entah di mana nak di mulakanpun OK tak reti...
Oklah... Tiga beranak ini baru sahaja pulang dari hospital melihat isteri pada anak tersebut bersalin. Anak kedua yang menjadi anak sulung kerana anak sulung meninggal dan Alhamdulillah sang suami yang meninggal bersama ibu dan ayahnya itu, sempat mengazankan anak tersebut. Selepas mengazankan anak beliau...
Sang suami... menghantar pulang ibu mertuanya, dan selepas kembali dari menghantar ibu mertuanya dia kembali ke hospital, sampai di sana kedua ibu dan bapanya pula ingin pulang memandangkan segalanya telah selesai. Si isteripun sudah selamat melahirkan anak. Sang Anak yang taat setia... bergegas menghantar kedua ibubapanya pulang... dan terjadilah kemalangan ngeri tersebut. Pada OK mungkin kerana mengantuk... Ini kerana kereta tersebut yang melanggar sebuah pacuan 4 roda dihadapannya. Mungkin kerana keletihan berjaga menunggu cahaya mata. Ketiga mereka meninggal di tempat kejadian. Sedih sangat.
Tidak ada sesiapapun yang berani bercerita pada isterinya... tentang kematian suaminya. Akhirnya Si Ibupun menyampaikan khabar tersebut. Anaknya sukar menerima berita tersebut...
Al Fatihah pada orang kg OK ni... keduanya pasangan muda bawah 30an. Pasangan ustaz dan ustazah. Sempatlah ayah dan anak ini menatap seketika. Semasa mengazankan anaknya.Tidak sesiapa menyangka ujian Allah pada kita. Begitu cerita mereka. Bagaimana pula cerita kita???
Al fatihah.
Maaf OK tidak pandai bercerita. Maybe ayatnya tidak menyuntik rasa.
Friday, April 03, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 ulasan:
12:36 PM
Innalillaahi wainna ilaihi raajiuun..
sedih sama..
1:42 PM
your blog is so good
Post a Comment