Monday, April 20, 2009

KeNaPa OraNg KaMpoNg...

1 ulasan
Salam sahabat blog...

Erm... lama juga tidak bertemu. Tiada apa yang hendak diceritakan. Tidak ada apa yang menarikpun untuk dikongsikan apa lagi untuk diambil sebagai pengajaran. Tak gitu?

Cuma... hujung minggu lepas OK... ke KL untuk bersama dalam kejohanan bowling Amal respeks_group. Itu aja... sekadar berkongsi sekeping gambar sebagai kenangan. Tq.

OKlah... hari ni OK ingin berkongsi kenapa dan mengapa tetiba blog ini bertukar tajuk dari sembang2 bersama ustazmuda kepada sembang2 bersama orangkampong huhu... Yes. Orangnya masih sama. Tiada perbezaan... OK dan ustazmuda adalah sama. Cuma, untuk kali ini ustazmuda ingin terus dikenali sebagai orangkampong @ OK sahaja. Hehe. Boleh gitu??? Ala... macamlah ramai yang kenal OK. walalalalala. Entah.

Terus pada persoalan...

1) Sememangnya OK memang orangkampong dan adalah lebih sesuai blog ini menggunakan tagline sembang2 bersama orang kampong.

2) Erm... antara Orangkampong dan ustaz... wakakakakaka rasanya orang kampong lebih suka bersembang dari ustazkan??? ekekeke. Maafkan OK. Andai ada orangkampong yang tidak suka bersembang. Maafkan OK.

3) Membawa title ustaz dalam kehidupan rupanya sesuatu yang amat berat. Ya... orang kita khususnya amat memandang berat pada mereka yang bergelar ustaz. ... dan kerap kali mereka mengambil sesuatu hukum dari perbuatan dan tingkahlaku mereka yang bergelar ustaz. Kerap kali juga ustaz dikaitkan dengan sesuatu hukum... Ala, ustazpun buat??? Takkan salah... Mungkin sahabat pernah mendengar luahan seperti itu bukan??? Sesungguhnya ustaz bukanlah seorang nabi yang terpelihara segenap segi. Maksum. Namun sesuatu yang pelik, bila ustaz menunjukkan sesuatu yang baik dan betul... mereka tidak mengambilnya sebagai ikutan bahkan menjadi sendaan sahaja. Pelikkan??? huhu.


Cukup dulu 3 alasan yang OK kongsikan ekekekeke... Untuk itu mulai tika dan saat ini cukuplah ustaz sekadar gelaran di sekolah di mana segala tugasan rasmi Orangkampong jalankan. Itu sahaja. Bolehkan???

Pada semua sahabat yang pernah bertamu... terima kasih atas kesudian kalian. Selamat datang dan salam kemaafan orangkampong dahulukan sebagai tanda persahabatan.

Rasa hati : Pilu...

1 ulasan:

Cyra says:
2:01 PM

ala.. bese lah manusia kan abang OK.. tak per abang OK tetap ok... akekekek