Sunday, May 17, 2009

TeRiMa KaSiH SaHaBaTkU...

1 ulasan
Salam sahabat blog...


Erm... hari ni ada sedikit kejutan pada OK. Nak kata terkejut beruk tu mungkin belum sampai tahap tu lagi kot. Kejutan bila menerima e.mail seperti di bawah dari seseorang yang OK anggap sebagai sahabat hingga ke hujung nyawa. Tak tahu kenapa tetiba e.mail sebegini OK terima... apapun terima kasih. Sahabat sebegini sukar dicari. Inilah sahabat sejati. Mungkin agaknya beliau terperasan yang kelainan pada OK seminggu dua ni ekekeke. Rasa terharu... terharu kerana ada yang peduli, terharu kerana ada ambik tahu dan cuba memahami. Syukur padanya. Bukan sahabat yang bertanya pada orang lain lantas membuat kesimpulan sendiri, itu dan ini, pada perubahan kita... opsssssssss itu bukan sahabat pada OK. Bertanya andai ingin tahu akan kebenaran... Begitulah. Terima kasih sahabat.


Sebenarnya... hati ingin merepeks sedikit tentang hari guru yang akan disambut esok. 16 May setiap tahun... tapi apakan daya bila menerima e.mail ini OK rasa adalah sesuatu yang perlu untuk OK perjelaskan... Begini bunyi e.mailnya.

Assalamualaikum wbt

Saya dgn rendah hati sbg insan seorg hamba yg takut akan hukum Allah dan sahabat ( jika masih tersisa ) bertanya pada yang lebih arif akan ilmu persahabatan dan jalinan ukhuwah antara seagama juga berlainan agama. yg mana semuanya adalah hamba pada Robbul alamin dan umat bagi junjungan yg mulia Muhammad saw.

Adakah kesilapan sekecil atau sebesar-besarnya perilaku yang membuatkan sahabat saya tergelincir hati terhadap saya. jika benar, mohon maaf dari mula berkenalan sehingga tercuitnya hati sanubari. saya bukan Nabi hatta Rasul yg ma'asum dari dosa kecil maupun besar. agar silap dlm perhubungan dpt diperbetulkan. atau boleh saja buangkan saya dari senarai persahabatan kalian asal saja kemaafan bisa tertunai.

tiada apa yg saya tuntut dari sahabat andai Allah tidak murka kepada saya. tapi jika hukum Allah dan RasulNya adalah jelas mengatakan bahawa menyakiti sahabat itu adalah dilarang, maka itu akan saya turuti. untuk kalian tiada yg berhutang dgn saya. hanya Allah yg dpt menilai isi hati hambaNya.

Demi Allah nyawa dan rezekiku ditanganNya,
Hamba Allah.


Pada sahabat yang megirim e.mail ini, kemaafan OK dahulukan kerana membuka warkah ini pada seluruh isi alam maya ini. OK tahu... ia sesuatu yang mungkin kurang enak pada sahabat namun OK mengharapkan ia tidak diperpanjangkan... Maafin OK.


Sahabatku...
Sebagai mukaddimah jawapan OK... OK ingin mengulas sedikit rangkaikata ini " ( jika masih tersisa )" huhu. Membacanya membuat hati merasa sebak... bersisa. Pada OK satu sahaja... memimjam kata-kata seorang sahabat OK yang sentiasa berYM... berFB dan memberi motivasi pada OK... " Aku tidak pernah membuang sesiapapun kawan aku, walau siapapun dia walau apapun dia, melainkan kawan itu menarik diri dari aku "... walau sahabat ini nampak brutal wakakaka... namun mengenalinya, pada OK satu rahmat dari Allah walau pernah beberapa kali OK melakukan kesilapan. OK, akui kesilapan datang dari OK, namun OK mengharapkan di hujung persahabatan... kami termasuk di antara mereka yang mendapat perlindungan Allah di hari tiada perlindungan selain lindungannya... " Dua orang lelaki yang bertemu dan berpisah keranaNya. "


Sahabatku...
Tiada istilah bersisa dalam persahabatan. Mudah bukan. Walau bagaimanapun cara kita ditemukan, pada OK... pertemuan yang membawa kepada perkenalan adalah satu takdir dan kehendak dariNya. Takdir dari Allah ini... punya hikmah yang mungkin tidak tercapai oleh akal kita. Hanya dia yang tahu kenapa dan mengapa kita dipertemukan. Namun tugas kita adalah memelihara pertemuan ini. Memeliharanya agar menjadi sebuah persahabatan yang membawa kepada asbab kita dilindungi oleh Allah di hari yang tiada perlindungan. Begitu bolehkan???


Sahabatku...
Jujurnya seminggu dua ini, ramai yang bertanyakan OK... seolah2 ada sedikit perubahan pada diri ini. Erm... ya kadangkala yang empunya diri tidak merasakan perubahan itu, tetapi sahabat yang melihat akan merasanya. Begitu... Benar. Benar dan memang benar. Sedang untuk melihat wajah sendiripun OK tidak mampu apa lagi untuk meneliti perubahan diri OK... untuk melihat wajah sendiri OK perlukan cermin... apa lagi untuk melihat perubahan pada diri. Pada sikap dan peribadi. Lebih2 lagi OK memerlukan cermin. Dan cermin itu adalah sahabat.


Sahabatku...
Mungkin benar seminggu dua ni ada perubahan pada diri OK. Perubahan yang OK dapat rasakan pada beberapa perkara... ekeke kurang bersms dan bere.mail gurauan bersama sahabat. Hanya menjadi pemerhati. Pemerhati yang sentiasa memerhati huhu. Rasanya cukup menjadi pemerhati. Jujurnya perubahan ini tidak sedikitpun berkaitan dengan sahabat. Tidak. Hanya Allah sahaja yang tahu kenapa dan mengapa... apa yang penting OK tidak mahu lagi sms dan e.mail itu melayang2 tidak tentu pasal hingga ada yang terluka lantas meneka yang membawa pada prasangka. Cukuplah kesilapan yang pernah OK lakukan. Rasanya untuk tika dan saat ini OK lebih selesa untuk membuat panggilan langsung dari bersms dan e.mail.


Sahabatku...
Dikesempatan ini juga OK pohon maaf pada semua sahabat... kerana mungkin perubahan sikap OK membuatkan sahabat meneka dalam kesamaran ekeke. OK harapkan jangan sesekali meneka kerana tekaan itu kadangkala jauh menyimpang dari apa yang sebenarnya. Berhubung dan bertanyalah secara langsung... Insya Allah andai keadaan mengizinkan akan OK katakan satu persatu...


Sahabatku...
Yang lebih penting OK harapkan dari kalian adalah... doakanlah OK. Doakanlah semoga OK terus menapak di atas jalanNya dan terus di atasNya hinggalah OK menemui Dia di sana nanti. Itu sahaja... Doalah semoga perhubungan ini penuh rahmat dan kasih sayang dariNya di sepanjang persahabatan ini. Amin.

Terima kasih.
Ikhlas dari sahabatmu.


Rasa hati : Sebak

1 ulasan:

arsaili says:
10:22 AM

salam..selamat hari guru...berkawan biarla seribu, berkasih biar la satu (maximum 4) eheheh