
Oklah... panjang plak mukadimmah OK kali ni. Direct. Pilihan yang dimaksudkan antara kerjaya dan cinta??? huhu... yes. Manusia sering keliru. Keliru kerana kita manusia dan manusia sering keliru dan mengelirukan... ekeke berbelit2 plak. Adois. Apa daa. Camni... pilihan antara memilih cinta @ meneruskan ke alam rumahtangga dan terpaksa meninggal kerjaya... Begitu. Pahamkan???
Erm... ya, sukar bila pilihan begini dihadapkan. Untuk memilih keduanya, adalah dilarang sama sekali... wakakaka. Dilarang keras tu??? atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan. Dan bakal suami Insya Allah mampu segenap segi... Bagaimana sahabat??? Terus atau henti!!!. Entah.
Maaf OK bukan kaunselor bertauliahpun... jujurnya OK tidak mempu memberikan jawapan, kerana andai OK sendiri diberi pilihan begini, pastinya OK juga keliru memilih yang mana satu. Cuma apa yang ingin OK kongsikan adalah...
Kenapa dan mengapa terlalu sukar untuk wanita memilih bila diberi pilihan begini... OK akur hari ini kerjaya adalah pilihan utama wanita. Sanggup meninggalkan rumahtangga hanya kerana kerjaya... bukan semua, tetapi kebanyakan. Pada mereka... Tanpa kerjaya gelaplah masa hadapan. Mungkin begitu??? Pada OK, segalanya lahir dari kelemahan dan ketidakpercayaan pada lelaki. Beberapa kisah rumahtangga hari ini, mungkin menyukarkan wanita membuat pilihan... Lelaki tidak menjadi seperti lelaki yang sewajarnya.

... Namun, sampai bila wanita harus keseorangan. Benar sukar untuk mencari seorang lelaki, yang ada hanyalah jantan, yang ada hanyalah pondan wakakaka... namun dalam berjuta jantan atau pondan itu pasti ada mereka yang bergelar lelaki sejati bukan???
Ingatlah... keseorangan bukanlah pilihan terbaik, keseorangan bukan pilihan agama, keseorangan juga bukan pilihan Islam itu sendiri. Sebagai sahabat yang punya agama, punya rasul dan nabi sebagai ikutan... pilihan yang dianjurkan adalah perkahwinan. Insya Allah serahkan pada Allah dengan segala daya usaha, doa usaha dan tawakkal. Pohon diberikan petunjuk dan kekuatan pasti ditunjukkan jalan oleh Yang Maha Pengasih.

Rasa hati : Keliru
0 ulasan:
Post a Comment