Monday, August 03, 2009

KeRaNa aKu BuKaN KrOnI...

5 ulasan
Salam sahabat blog...

Kerana aku bukan kroni
Nasib aku jadi begini
Aku dicampak ke sana ke mari
Tak ubah seperti sebiji guli

Aku pasrah takdir ilahi
Kini aku berada di sini

Biarlah aku membawa diri
Bukan rajuk bukan benci
Moga tidak berulang lagi
Peristiwa pahit dalam diri

Doa kengkawan semat di hati
Buat bekalan hidup di sini



Kata pepatah :...

" Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri "...

Kedua hujan telah dialami
Hujan batu di negeri sendiri
Bengkaknya nyata memakan diri
Hingga kini terasa lagi

Kini,
Aku berdagang lagi
Bukan emas yang aku cari
Sekadar mencari sesuap nasi
Moga berkat segala rezeki
Moga Mendapat restu ilahi.

Abi.
Kuala Pilah.

5 ulasan:

sahrunizam says:
3:04 PM

Ustaz M,

Bukan semua peribahasa betul. Hujan emas di negeri orang memang jauh lebih baik daripada hujan batu di negeri sendiri. Antara emas dan batu, tentulah emas lebih berharga. Setelah lama menjadi katak, tidak salah sesekali keluar menjadi helang melihat negeri orang.

arsaili says:
5:36 PM

salam...beberapa hari lepas baru jer mengalami hujan batu ais kat negara org aahahha

AKRINEbera adalah says:
1:42 PM

Kekadang selepas kehilangan kita barulah orang mengetahui betapa bergunanya kita. Apapun, selamat menempuh hidup baru.

Nur Cahaya says:
10:11 AM

Apa dihirau pandangan manusia,
semuanya hanya sementara di dunia,
pandangan Allah lebih utama,
berjuanglah,berbaktilah, walau dicampak ke mana jua...

akuajadeh says:
9:25 AM

Bowling ? wowww... ikot...