Semalam dalam kelas... kami berbincang soal Syariah Islamiah. Soal Syariah Islamiah yang meliputi didalamnya ibadah, muamalah, munakat juga jenayah dalam Islam. Itulah juzuk2 yang ada dalam Syariah Islamiah.
Perbincangan agak menyeronokan bila pelajar2 menunjukkan minat dan mula memahamai apa yang dikatakan sebagai Islam is The Way of Life... Islam yang bukan sahaja Ibadah ritual semata-mata, Islam yang bukan sahaja solat, puasa, zakat mahupun haji dan umrah, tetapi Islam yang merangkumi dalamnya keseluruhan juzuk dalam kehidupan manusia. Indahnya Islam.
... yang bukan semata2 di masjid kita seorang Islam... tetapi apa bila di luar masjid kita bebas sebebasnya lantas mula meninggalkan Islam. Di padang bola kita telah tinggalkan Islam. Di pasar kita telah tinggalkan Islam begitu sahaja.
Islam yang dalamnya muamalah. Muamalah yang sifatnya umum. Merangkumi segala aspek kehidupan... Kita berbisnes sewajarnya secara Islam. Kita memimjam dan memberi pimjaman juga ditentukan kaedah dan caranya. Begitu indah.
Seterusnya dalam masalah Munakahat @ Nikah Kawin sememangnya kita tidak pernah lari dari mengambil hukum Islam... Alhamdulillah. Rasanya belum ada mereka yang mengaku sebagai muslim tetapi bernikah kawin secara yang lain dari Islam... Malangnya ramai dikalangan kita yang mengaku Muslim tetapi meniggalkan Muamalah Islam... Merasa berat dengan perbankan Islam. Menjauhi apa yang digelar sebagai Insuran Islam... @ Takaful... apa lagi bila dikatakan tentang jenayah Islam.
Perghhh... Kita mungkin tersentak lantas merasa gerun dengan kalimah2 seperti hudud, qisas mahupun takzir... Apakah sebenarnya kita benar2 muslim mukmin kalau sekadar mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain???
Kita tersentak bila seorang model wanita yang di hukum sebat sebanyak enam kali atas kesalahan terang-terangan melakukan kesalahan jenayah syariah dengan meminum arak di khalayak ramai. Zalimkah hukum itu??? Bukankah arak itu ibu segala kemaksiatan yang berlaku di muka bumi.
Sebenarnya pencuri tersebut tidak boleh dikenakan hukum potong tangan. Bahkan hanya dikenakan takzir sahaja... Indah bukan?
1 ulasan:
9:59 AM
Subhanallah indahnya ISLAM,
sama-samalah kita mencari punya kenapa ianya tidak difahami ramai..
Kita patut mendalaminya jangan hanya mendengar diluarannya sahaja.
Belajar mendalami sesuatu perkara yang orang lain keliru sangat seronok bila tahu puncanya so disitulah pertimbangan arah kita..
Terima kasih ustaz..teruskan perjuangan.
Post a Comment