
Oklah terus pada cerita... masa di Bera, OK dan ummi membeli rumah taman... Alhamdulillah siap sahaja taman tersebut kami masuk rumah. Kebetulan sebelah rumah ada rumah kampong yang kosong. Dalam sebulan selepas itu... ada penyewa. Lelaki Melayu yang berkahwin dengan perempuan India. Alhamdullah mereka adalah Muslim. Banyak cerita2 antara kami... yang rasannya tak perlu OK ceritakan.
... dan pada awal Ogos lalu OK dapat transfer ke Kuala Pilah. Erm... dalam keadaan terdesak mencari rumah, OKpun dipertemukan dengan sebuah rumah kampong... dan OK tak pasti siapa jiran OK... maklumlah datang seorang dan duduk bujang. Ala janji dapat melelapkan mata dan bertukar pakaian dah. Tak gitu???
Selang seminggu dua barulah OK tahu siapa jiran OK... Rupanya seorang wanita Indonesia yang bersuamikan Lelaki Cina Muslim. Sekadar bekerja kampong. Membuat rumah dan kerja2 kampong yang lain.
Seminggu lepas... semasa cuti sekolah ummi datang ke sini. Jadi kesempatan tersebut OK gunakan untuk berkenalan dengan mereka... Walau banyak juga yang menadang sinis hubungan kami. Kami menjemput mereka berbuka sama-sama. Alhamdulillah. Kami dapat berkenalan. Banyak juga cerita antara kami. Susah senang mereka... di sini.

Pada OK mudah sahaja. Setiap makluk Allah yang dipertemukan dengan kita ada sebabnya. Hanya kita sebagai mansui sahaja yang tak mampu untuk menyingkapnya.
Doakan OK... Moga mampu menyampaikan Islam secara yang terbaik.
2 ulasan:
1:07 PM
Salam...
Tuan..tersentuh hati saya tika di pertemukan dengan tuan dan zaujah berdua melayan dengan begitu mesra jiran tuan,,yang jelas memerlukan bimbingan dari aspek syariat....
Tuan merealisasikan adab berjiran....
mendekati mereka....dan andai di beri peluang...mentarbiah mereka...
Syabas...Kagum dengan tuan dan zaujah...
Moga persahabatan kita...akan di berkati....
1:10 PM
Dalam keinsafan terfikir....
Bermacam dan berencam manusia di alam ini...
mungkin sebahagian mereka tanggungjawab kita...atau mungkin sebagahian mereka....menjadi pengajaran kepada kita
Syukur dengan kebaikan yang allah anugerahkan.....
kerana..diluar sana...
bermacam dan berencam cabaran menunggu...bukan begitu ustaz....
Post a Comment