Apa khabar semua? Moga kalian sihat adanya. Abi, alhamdulillah. Sekarang cuti seminggu. Dah nak masuk pertengahan cutipun. Kejap je rasanya seminggu. Dah hari rabupun... esok khamis lusa jumaat deng deng deng dah ahad... Sekejapkan masa beredar?
Kali ni, kali kedua abi bercuti di tempat kerja baru... awal ogos abi bercuti dua minggu. Dan kali kedua juga abi bercuti dan dalam masa yang sama umar ke sekolah dan ummi bekerja huhu. Tak macam tahun2 sebelum ini... pekerjaan kami dah berbeza tak sama lagi. Hakikatnya pekerjaan kami masih sama tapi tak serupa ahaks. Camno tu? Jadi untuk merayau dan merayap ke sana ke mari dah takde ruang hehe. Sabar ye umar.!!! Akan abi cari ruang untuk kita sama2 berjalan dan merayap seperti selalu...
Jadi, untuk memenuhkan ruang cuti seminggu ni... keseorangan takde apa sangat yang abi mampu buat hahaha... melainkan sedikit kerja rumah bantu ummi. Tupun puas ummi berleter asyik tidur je ahaks... Jangan marah mi ye. Takkan tak tahu lagi hobi abi hahaha. Camtulah abi. Adalah sekali dua masak... dan basuh kain. Yang lain... ada jugalah mesin rumput keliling rumah erm. Tapikan sikit je kerja abi buat, erm dah rasa sakit sini, sakit sana... orang Pahang kata Re'e ( Tak tahulah nak bunyikan camne hahaha ) badan. Hahaha. Agaknya abi ni dah masuk kategori tua kot huhu...
Selain dari tu banyak duk ngadap laptop ni hahaha... apa yang abi buat entah. Apapun dalam cuti dua tiga hari ni abi cuba2 geledah apa boleh dibuat. Hasilnya abi dapat buat forum. Ada forum abi buat khusus untuk tempat kerja, ada forum abi buat khusus untuk rakan2 cyber... ada gok forum untuk bisnes kecil2lan abi nyang masih belum menampakkan hasil. Hahaha... Susu kambing the best. Camno tu... Untuk itu abi jemputlah sahabat2 semua ke forum2 abi. Pilihlah nak join mana satu ahasssssss. Sila2 jangan malu2. Meriahkan je. Buatlah macam rumah sendiri.
Klik je di bawah ni :
Forum rakan sekerja : http://upim.forumotion.com/
Forum rakan sekerja : http://susukambingbest.forumotion.com/
Forum rakan sekerja : http://susukambingbest.forumotion.com/
Ok... jemputlah sahabat2 memeriahkan ruang forum abi... pilih je yang mana satu. Kalau nak berbisnespun boleh. Kalau nak sembang2 maya elok ke forum respeks. Kalau nak kenali sahabat2 sekerja elok ke forum UPIM... mana2lah yang rasa terpikat dek hati tu. Kesemua forum memerlukan sahabat register terdahulu sekiranya berminat memberikan komen dan turut sama berforum. Tanpa register sahabat hanya boleh membaca sahaja... sekadar memerhati.
Sekian. Terima kasih.
0 ulasan:
Post a Comment