Wednesday, December 09, 2009

CeRiTa TeNTaNg HaIKaL

11 ulasan
Salam sahabat blog...

Maaf pada sahabat kerana hari ini abi ingin berkongsi satu cerita hehe... pohon juga pandangan dari sahabat sekalian... Semoga dapat menjadi bimbingan buat abi dan ummi dalam membuat keputusan...

Beberapa minggu lepas ada abi ceritakan... tentang Haikal. Kepada sahabat yang masih belum tahu boleh rujuk di sini... Tentang Haikal. Kesinambungannya seperti ini :...`

Jumaat lepas kami balik kampong sempena majlis walimah anak saudara... terima kasih kepada beberapa orang sahabat yang sudi meluangkan masa menghadirkan diri... Tq.

Ceritanya... Dikesempatan balik kampong jumaat tersebut abi mengambil cuti tambahan selama dua hari... isnin dan selasa. Sebelum balik, kami bersembang dengan mak dan ayah Haikal sambil berseloroh untuk memimjam selama cuti kali ini... 4 harilah sabtu - selasa. Asalnya sekadar seloroh. Alhamdulillah mak ayahnya benarkan... kamipun apa lagi ambik kesempatan mengambilnya. Hua hua... girang betul hati.

Alhamdulillah selama empat hari di sana keadaan Haikal amat baik... walau ada sesekali, pada waktu malam bangun dan merintih... maybe rindukan mak ayahnya. Selepas dua hari Haikal bersama kami... ibunya menelefon, dia redho seandainya anak tersebut terus bersama kami. Katanya kalau betul nak ambik... teruskan dan jangan ditunjukkan lagi kepada dia... dibimbangi Haikal tidak mahu lagi kepada kami. Begitu lebih kurang bunyi smsnya. Kami menerima dengan hati yang terbuka... cuma bonda abi sendiri agak kurang bersetuju... disebelah ummi semuanya OK... Bonda kurang bersetuju kerana banyak masalah bila mengambil anak angkat. Aurat dan sebagainya... Masalah!!! Lagipun kamu bukan tidak ada anak langsung. Kalau kamu mengambil anak sedari kecil dan boleh disusukan mak terima. Haikal ni dah besar dan lebih 2 tahun!!! Begitulah apa kata bonda... Kami berdua hanya tersenyum.

Habis di situ... Ingatkan segalanya selesai. Namun pagi ini... bonda masih belum berpuashati dengan keputusan kami. Telepon berdering bertanyakan tentang Haikal dan keputusan kami. Erm... hati jadi serba salah. Antara ibu... anak itu, hati ummi dan anugerah dariNya. Entah!!! Jujurnya belum pernah abi membuat keputusan yang bertentangan dengan kehendak ibu... kali ini terasa beratnya.

Hakikatnya... kami bukanlah nak memisahkan antara anak dan ibu kandungnya. Tidak sesekali. Sekadar meringankan bebanan keluarga tersebut semampu mungkin sebagai jiran terhampir. Hajat di hati juga andai kami mengambil... sekadar selama sebulan ini, dan bila ummi mula bertugas kembali pada january nanti akan kami hantar pada ibunya untuk menjaga semasa ummi bertugas... dan itu juga persetujuan dari ibu Haikal sendiri. Biarlah dia tetap kenal kami abi dan ummi sebagai penjaganya juga kenal ibu kandungnya. Malam dengan kami siang semasa ummi bertugas ibunya memelihara seketika... Mungkin dengan cara itu hubungan tidak terputus.


Namun kini rasa berbelah bagi... Ibu tetap dengan keputusan!!! Kononnya andai anak yang baru dilahirkan dan boleh disusukan... Ibu tidak kisah. Dan kami bukan tidak punya zuriatpun. Itulah penamat dari bonda tercinta abi... Sebenarnya ada cerita kenapa ibu terlalu berkeras. Dia tidak mahu seperti sebuah keluarga yang hampir dengan kami juga... mereka memelihara anak angkat. Namun hubungan seperti anak kandung sendiri hingga dewasa. Pelukan dan ciuman tetap seperti anak kandung!!! Bonda tidak mahu seperti itu... katanya hanya menambah dosa!!! Ibu benar!!!

... Namun untuk menyamakan abi ummi dan keluarga tersebut rasanya terlalu awal. Terlalu cepat bonda memberikan hukuman!!!. Pada abi kenapa terjadi begitu. Kerana mereka tidak menekankan dari awal tahap dan hubungan anak tersebut dengan keluarga angkat. Abi yakin anak yang diberikan fahaman agama yang baik akan memahami duduk keadaan!!!

Komen sahabat abi perlukan!!!

11 ulasan:

arsaili says:
12:40 PM

salam..tatau nak comment ehehe...ada pro n cons la kan..apa pun moga dipermudahkan

yangbaik says:
2:27 PM

salam.. hmm... dah lama tak jenjalan kat blog nih... dah terbaca citer tentang haikal...
aye pun bukanlah pandai sangat.. semoga apa yang dihajatkan tercapai dan tiada siapa yang berkecil hati. timasih!

Pour partager ma marque de mode says:
11:30 AM

Eden Bridal Dresses
Forever Yours Bridal Dresses
La Sposa Bridal Dresses
Forever Yours Wedding Dresses
Impression Wedding Dresses
Jordan Wedding Dresses
La Sposa Wedding Dresses
Moonlight Wedding Dresses
Mori Lee by Madeline Gardner
Plus Size Wedding Gowns
Romantic Wedding Dresses
San Patrick Wedding Dresses
Sottero Midgley Wedding Dresses
Watters Wedding Dresses

First Article Submission says:
1:19 PM

Good post. Keep going and be useful for others. Thanks.

SEO Blog Post says:
1:20 PM

Cheering work. Many will like it. Thanks.

Hezbut Tawheed says:
1:33 PM

Make continuation of such useful works. Thanks.

Ayman It says:
1:34 PM

Unique idea. Make it persistent. Thanks.

JjajHanbaly says:
11:27 AM

Yes anak sumber kekuatan dan juga permasalahan sekiranya Islam tidak ditunjang dalam jantungnya , maka beruntunglah sekira anak tersebut jaminan kita di padang mahsyar kelak....

fathin nadia says:
3:56 PM
This comment has been removed by the author.
Anonymous says:
4:01 PM

sekadar berkongsi..saya juga mengalami situasi yang lebih kurang sama..saya merupakan anak angkat dan apabila saya sudah besar, ibu kandung saya tidak membenarkan lagi saya tinngal bersama keluarga angkat saya kerana isu aurat.saya rasa tersepit dan sangat sedih.so,saya cadangkan seeloknya tidak mengambil haikal tinggal bersama.cukuplah sayangi dan pelihara dia daripada jauh spt memberi wang perbelanjaan kerana saya bimbang dia akan mengalami nasib yang sama . dia akan berasa kelitu untuk memilih dan sangat sukar untuk menjaga dua hati keluarga....

AllAboutLife says:
4:39 PM

Betul y sekadar saya tahu. ank angkat jika di susukan tidak akn susah d ms hadapan tetapi jika ada keluarga y ambil ringan ttg anak susuan, aurat..maka tidak betepatan jika dia mengambil anak angkat tetapi melupakan hukum. Matlamat tidak menghalalkan cara. Betulkan kalau sy salah..

http://zairulakmaldaylife.blogspot.com