Salam sahabat blog...
Terima kasih kepada sudara Hafiz... kerana memberikan kepercayaan kepada ustazmuda untuk berkongsi sedikit pengetahuan yang ada tentang solat Jamak dan juga Qadhak Solat. Insya Allah ustazmuda cuba menjawab sebaik mungkin.
Sebelum tu, nak tanya benar ke Saudara Hafiz ni anak murid ustazmuda, dah layari Blog Hafiz tapi tak cam sangatlah muka... Kalau betul anak murid maafkan ustazmuda kerana tak kenal, agaknya nak kena tukar nama jadi ustaztua plak ni... hehe bukan tua tapi veteran... pada kebiasaannya ustazmuda ni ingat semua muka-muka anak murid ustazmuda.
Oklah balik kepada persoalan dari Hafiz tentang Solat Jamak. Ringkasnya :
1)Pengertian :
Menghimpun dua solat dalam satu waktu. Contoh, solat Zohor dan Asar dihimpunkan kedalam waktu Zohor atau boleh juga ditunaikan keduanya dalam waktu Asar.
2)Syarat :
1)Musafir yang melebihi 2 marhalah. ( lebih kurang 96km )
2)Musafir mestilah perjalanan dengan tujuan yang baik dan diredhai Allah...
Satu persoalan adakah boleh kita solat Jamak semasa dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Bera ( jarak 150km ) dengan tujuan untuk menghadiri konsert Akademik fantasia... Fikirkan???
Bagaimana pula sekiranya kita bermusafir dari tempat yang sama bertujuan untuk menghadiri program Demontrasi Anti Israel. Anda fikirkan jawapannya...
3)Adakah semua solat boleh dijamakkan ???
Tidak... Hanya solat Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak sahaja yang boleh dijamakkan. Zohor dijamak dengan asar... samada ditunaikan dalam waktu zohor, dinamakan Jamak Taqdim atau ditunaikan dalam waktu Asar, dinamakan Jamak Takhir. Begitu juga dengan Mghrib dan Isyak.
Maaf yer Hafiz tu je yang ustazmuda ingat tentang Jamak solat dan tentang Qadhak pula...
Ada beberapa pendapat ulamak...
1) Ulamak yang berpendapat tidak ada Qadhak Solat, ( nampak keras bunyinya... ) kerana solat meruapakan kewajipan yang mesti dibuat walau dalam apa jua keadaan sekalipun... Kalau sakit ada cara solat sakitnya... Ada mengereng, ada duduk bahkan ada solat secara kerlipan mata... Semua tu, kena belajar lebih mendalam lagi...
Jadi, ulamak ini berpenapat tidak ada sebab kenapa seseorang tidak menunaikan solat dan tidak perlulah kepada Qadhak solat.
2) Qadhak solat boleh dilakukan hanya di atas sebab berikut :
i) Lupa : Lupa yang sebenarnya lupa. Bukan lupa yang disengajakan... Bagaimana lupa yang sebenarnya??? Wallahu aklam.
ii)Tidak sedar : Samada tidak sedar kerana penyakit seperti pengsan... atau tertidur. Bagi mereka yang memang tidak sedar kerana penyakit seperti koma, pengsan atau yang sewaktu dengannya... maka dibolehkan Qadhak selepas sedar dari penyakitnya. Bagi mereka yang tertidur sesetangah ulamak menyatakan dia hendaklah solat sebaik sahaja sedar dari tidur walaupun telah habis waktunya... tetapi perlu diingat jangan sesekali apa bila telah sedar dan kembali tidur dan bila sedar semula dah luput waktu solat... itu bukan termasuk dalam golongan mereka yang tidak sedar.
iii) Tidak ada hukum Qadhak bagi meraka yang sengaja meninggalkan solat... Sebab itu kita kena mengambil berat persoalan solat. Jangan dipermainkan. Sebenarnya solat amat mudah.
Kita boleh solat dimana sahaja... kadang-kadang setengah kita mebuat pelbagai alasan remeh temeh semata untuk meringakan kewajipan solat. Ada yang beralasan pakaiannya tidak bersih... pakaian tidak sesuai... dan macam-macam alasan lagi. Sebenarnya itu hanya alasan. Sebab itu Islam menganjurkan kita agar sentiasa berpakaian kemas dan menutup aurat kerana dengan berpakaian seperti itu kita boleh menunaikan solat bila-bila masa sahaja. Tidak semestinya kita memakai telekung bagi wanita atau berkain pelikat bagi lelaki untuk solat... dan kalau tak ada semua itu kita tidak bersolat... itu fahaman yang salah. Itu semua tidak disyaratkan.
Syarat utama untuk solat ialah dengan memakai pakaian yang menutup aurat dan suci... Ramai juga kalangan kita merasakan pakaian mereka tidak suci sebab dibawa kerja, sebab tertumpah makanan, sebab tertumpah minuman, sebab terkena habuk atau macam-macam lagi. Kesan makanan, minuman atau habuk-habuk kerja bukanlah masalah besar... Ia bukan najis yang tidak boleh dibawa bersolat... melainkan memang terkena najis seperti darah, nanah atau apa-apa yang digelar najis... setakat habuk atau sisa makanan yang tertumpah bukanlah penghalang dari menunaikan solat. Wallahu Aklam
Rasa dah panjang lebar ustazmuda menuls ni, segala yang baik datang dari Allah... dan yang kurang cermat itu dari kelemahan diri ustazmuda. Kepada mereka yang lebih arif dan berilmu sudi-sudilah untuk berkongsi dengan ustazmuda di laman ustazmuda ni.
Mafhum hadis: " Diangkat qalam dari 3 golongan... dari bayi sehinggalah dewasa, dari orang yang tidur hingga dia sedar dan dari orang yang gila hingga dia waras "
Terima kasih.
Ustazmuda 300806 / 1.16pm
Wednesday, August 30, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 ulasan:
4:37 PM
assalamulaikum..ustaz maaf ler yaaa..saya ni bukan anak murid ustaz cuma saja guna nama anak murid tu..maaflah ya sebab mengelirukan ustaz.....
saya paham eh skit tentang penerangan tu...kalu bab agama saya nak tanya banyak sebenarnya...sebab saya bab bab agama tak lengkap rasa lagi eh ustaz...
3:30 PM
waalaikum salam...
Takpe... ustazmuda tak kisahpun. Cuma memang ingatkan betul-betul anak murid. Hehe, kebiasaannya ustazmuda ingat semua anak murid ustazmuda. Tu yang tanya tu.
Insya Allah... yang ustazmuda dapat bantu ustazmuda bantu...
Terima kasih
2:06 PM
assalamualaikum ustazmuda..
ana ade trbace forum borak agama dlm trnungkite br2 ni..dlm tu ade dibncgkn tntg solat dalam musafir dan segala persoalan dijwb scr detail oleh TG Insani..
jd ana syorkn ustazmuda layari forum di sana bg menambahkan sdikit lg ilmu tntg solat jamak..insyaAllah
sama2 kite manfaatkn..
http://www.tranungkite.net/v3/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=600
Post a Comment