Friday, September 01, 2006

PERGI TAK KEMBALI...

0 ulasan
Salam sahabat blog...

Semalam ustazmuda dapat satu sms dari bekas pelajar abi semasa di sekolah menegah dulu, sekarang dahpun besar panjang dan sedang belajar di Utara tanahair... UUM. Si Ahmad, panggilan manja orang Sabah bah... baik orangnya lembut sikapnya, luhur peribadinya. Alhamdulillah. Panjang plak ustazmuda melalut... kembali ke sms tadi, sms sedih berita pemergian ayahandanya nun jauh di Sandakan Sabah... pergi buat selamanya kenegeri yang kekal abadi yang pastinya kita semua akan menyusul kemudian nanti...

Sedih! pilu! pastinya sukar untuk digambarkan... ustazmuda sendiri tak tahu nak gambarkan macamana... sebab ustazmuda sendiri belum pernah kehilangan orang tersayang... ayah, ibu, isteri, anak, kakak, abang semuanya alhamdulillah masih bersama hingga kini. Alhamdulillah. Rasanya kalau ada kepak pastinya Ahmad dah terbang ke Sandakan kot... tapi dengarnya Ahmadpun bergegas pulang, ustazmuda doakan Ahmad selamat dan sempat untuk menatap wajah ayahanda kesayangan buat kali terakhir...

Semoga Ahmad terus tabah sabar di atas pemergian ayahanda tersayang... pesanan ustazmuda, sesungguhnya perpisahan kita bukanlah perpisahan selamanya... Insya allah kita dan semua sekali pasti menyusul dan akan dipertemukan semula oleh Allah di sana nanti... cuma berdoalah dan berusahalah agar pertemuan kita nanti dihiasi dengan kebahagiaan abadi yang kekal buat selama di syurganya. Amin.

Ingat, sesungguhnya masih banyak cara untuk Ahmad membantu ayahanda tercinta walaupun tidak lagi bertemu di dunia ini. Sesungguhnya, baginda Rasul bersabda yang bermaksud " Bila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali dengan 3 perkara....... anak soleh yang mendoakan kedua ibubapanya " ustazmuda tahu Ahmad memang anak yang baik, anak yang soleh, anak yang berjasa buat ibubapa... dan ini juglah masanya untuk membuktikan kasih sayang kita kepada mereka... kasih Ahmad kepada ayahanda... teruskan Istiqamah teruskan berama teruskan... dan sentiasalah hulurkan kebajikan dan doa buat ayahanda tersayang di sana. Moga kebahagian miliknya.

Teringat ustazmuda, semasa Ahmad dan kengkawan melangkah ke bumi semenanjung dengan tekad dan semangat untuk belajar, untuk menimba ilmu, untuk mebantu keluarga tercinta... masih lagi terbayang saat pertemuan semula kita di KLIA tahun lepas... ustazmuda datang menjemput kalian di KLIA... manisnya ukhuwah ikatan yang kita bina walaupun antara seorang guru dangan anak muridnya... Syukur. Moga ikatan ukhuwwah ini terus berpanjangan...

Untuk kalian semua... Ahmad, Nashrudin, Ghazali, Mahyuddin dan semua sekalilah bekas pelajar ustazmuda semasa di Sandakan dulu... ustamuda doakan semoga sentiasa tabah di tempat orang... dan jangan lupa tugas dan kewajipan sebagai seorang palajar... Salinglah bertegur beringat antara satu sama lain....

Sesungguhnya rumah ustazmuda di Pahang sentiasa terbuka untuk kalian... Datanglah.

Akhirnya salam Kemerdekaan dari ustazmuda dengan satu peringatan " Merdekalah dalam rasa kehambaan "

Al-Fatihah buat ayahanda Ahmad. Al-Fatihah. Amin

0 ulasan: