Wednesday, September 27, 2006

CERITA RAFIDAH...

1 ulasan
Salam sahabat blog...

Rafidah??? Siapa Rafidah??? Rafidah mana??? Kenapa Rafidah??? Tentu sahabat tertanyakan... Kalau sahabat-sahabat tengok gambar di sebelah rasanya sahabat pasti kenalkan?... Apa yang ustazmuda nak celotehkan yer. Nak bercakap soal politik, rasanya ilmu yang ada tidak mampu untuk ustazmuda berbicara panjang soal itu, tapi dek kerana gatalnya tangan ini, ustazmuda kuatkan diri sedaya mungkin.

Ustazmuda sendiripun tak tahu nak mulakan dari mana tapi ustazmuda terpanggil untuk berkongsi dengan sahabat semua, sebaik ustazmuda menghadam artikel disebelah semasak-masaknya. Seronok sebenarnya membaca kisah-kisah orang besar, banyak pengalaman mereka yang boleh dikongsikan. Kepahitan mereka, kesungguhan mereka untuk hidup semuanya memberi inspirasi untuk kita lebih bersemangat.

Benarlah seperti orang kata " Jangan melihat kesenangan dan kekayaan seseorang semasa senangnya tapi lihatlah usaha yang dilakukannya ke arah itu... Kesenangan itu tidak datang bergolek ia pasti melalui pahit getir usaha yang tidak kenal penat lelah. "

Berbalik kepada cerita Rafidah.Ustazmuda seronok dengan perkembangan beliau, walau sesibuk manapun keluarga tetap menjadi keutamaan. Ustazmuda hormat. Cuma satu yang membuat ustazmuda terpikir... sebelum tu ustazmuda petik semula antara temubual beliau yang membuat ustazmuda berfikir...

" Saya pergi bercuti dengan keluarga dan cucu-cucu
tak ada masalah sebab kerajaan bayar, jadi mampulah
ke luar negara "
Siasah
Kalau benarlah statement ini... Terfikir ustazmuda betapa beruntungnya mereka, orang-orang besar dan bergelar di negara kita ini, bukan dirinya sahaja yang ditanggung oleh kerajaan bahkan seluruh ahli keluarganya sehingga ke anak cucu mereka pun ditanggung oleh kerajaan. Mungkin itulah nikmat kemajuan negara yang dikecapi selama ini... Teringat ustazmuda, betapa keluhan sahabat-sahabat sepejabat betapa sukarnya untuk membuat tuntutan barang seratus dua... itupun kalau dapatnya empat ke lima bulan kemudian ... betapa sukarnya orang-orang kampung ustazmuda hatta untuk ke Kuala Lumpur walaupun setahun sekali... betapa sukarnya nenek-nenek tua dikampong mencari barang sesuap dua untuk hidangan istimewa berbuka tetapi mereka...

Juga teringat ustazmuda akan satu kisah, perihal khalifah Islam ke 5... ada ke Khalifah Islam ke 5??? Sesetengah para pengkaji sejarah mencatatkan Umar Abdul Aziz sebagai Khalifah Islam ke 5 kerana sifatnya yang tidak jauh berbeza dengan keempat-empat Khalifah Islam yang terdahulu. Tatkala beliau didatangi anaknya dimalam hari, sedang beliau berada di pejabatnya berlakulah perbualan seperti ini...

Anak : Boleh kita berbicara ayahanda???

Khalifah : Soal apakah anakanda, kekeluargaan atau soal rakyat jelata???

Anak : Kekeluargaan ayahanda.

Khalifah : Silakan masuk sambil memadamkan api pelita.

Anak : Kenapa dalam keadaan gelap ayahanda??? (Anakandanya berasa hairan kerana melihat ayahandanya khalifah memadamkan api pelita tatkala beliau masuk )

Khalifah: Bukakankah kita berbicara soal keluarga, sedangkan api pelita ini datangnya dari hasil penat lelah rakyat jelata.

Indah, ya sungguh indah andai masih wujud di kalangan pemimpin yang bersifat seperti ini yag memahami jerih payah rakyat di hujung sana... . Maaf!!! ustazmuda tak salahkan Rafidah... Itu haknya. Dan mengambil yang hak bukanlah satu kesalahan.

Cuma ustazmuda terkilan, sangat terkilan. Betapa senangnya orang-orang bergelar mendapat habuan mereka... hatta perjalanan sebegitu sekalipun ditanggung oleh kerajaan. Betapa pemurahnya kerajaan kepada mereka. Mungkin itulah keistimewaan mereka yang memberikan perkhidmatan di atas sana. Mereka yang membuat dan membina dasar, dan dasar itu jugalah yang menguntungkan mereka... kita yang di bawah hanyalah sekadar mengutip sisa-sisa yang tinggal.

Sekadar cerita... mungkin cerita kita dan cerita Rafidah amat berbeza.

1 ulasan:

Produk Halal Tanggungjawab Bersama says:
3:11 PM

assalamualaikum wrbt...

mmg benar, terlalu berbeza bg kita rakyat biasa berbanding mereka pemimpin di atas. KERAJAAN BAYAR!!!! nampak sangat kebobrokan pemerintahan oleh pemerintah negara kita ni. Faham-faham sajalah sapa...bulan puasa ni tak nak kutuk-kutuk...tp cukuplah bg mereka yg ada mata hati memikir dan memandang dgn mata, aqal dan anggota yang dianugerahkan Allah itu.

Jika, kalau, if, apa lagi yang seangkatan dengannya....ada pemerintah seperti saidina Umar R.A. di zaman ini, rakyat akan sentiasa senang, kerja pun sentiasa amanah dan jujur, serta melahirkan rakyat yang bertaqwa.

Rafidah ooo rafidah....samy velly mcm mana pulak ye...huhu