Salam sahabat blog...
Macam pernah dengar je entry ustazmuda kali nikan ??? Tapi kat mana yer. Jika anda pendengar setia IKIM.FM pasti anda tidak akan lupa. Rasanya, telah berulang kali tagline tesebut diulang di IKIM.FM.
Yer, mencari yang halal itu wajib sebagaimana wajibnya kita menunaikan solat, wajibnya kita mengeluarkan zakat juga wajibnya kita berpuasa di bulan Ramadhan. Kenapa ustazmuda beriya-iya benar gunakan entry ni ??? Semua orang tahupun, kita kena mencari dan mendapatkan yang halal. Ya!!! Semua orang tahu. Semua orang paham dan berapa orang yang amalkan. Wallhu aklam.
Erm, dalam seminggu dua ni atau mungkin juga sehari dua ni box hp ustazmuda dipenuhi dengan sms memaklumkan Roti High 5 mengandungi lemak babi dari Jerman. Moga berita tersebut betul dan dua tiga minggu lepas juga kecoh pasal beberapa jenama air mineral yang dicampur dengan holy water... setakat mana kebenarannya. Wallahu aklam. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang mengirimkan sms.
Apa yang ustazmuda nak perkatakan, selagimana kita mengharapkan mereka ( Mereka = Non Muslim )menyediakan makanan kepada kita, mereka menyuapkan makanan kepada kita, mereka menghulurkan makanan kepada kita selagi itulah kita tak dapat lari dari persoalan halal-haram persoalan kesucian makanan kita. Apa sangatlah yang mereka pahamkan dengan halal haram.
Kalaupun mereka paham, apalah sangat kepentingannya kepada mereka untuk menjaganya. Mungkin mereka memahami hanyalah batang tubuh babi itu sahaja yang haram... padahal skopnya terlalu luas. Bagaimana penyediaannya,bagaimana penggunaan peralatannya, bagaimana penggunaan pinggang mangkuknya, kalaupun binatang itu halal bagaimana penyembelihannya. Ustazmuda tidak salahkan mereka, dan sememangnya mereka tidak akan membantu kita dalam apa jua perkara sekalipun.
Pada ustazmuda, selagimana kita bergantung dengan mereka, selagimana mereka menyuapkan makanan ke mulut kita, selagi itulah kita akan berada dalam kekeliruan. Selagi itulah kita celaru dan kesamaran. Alhamdulillah, sekarang telah ada produk-produk keluaran pengusaha Muslim sebagai alternatif. Beralihlah... Bantulah mereka dan sekaligus kita membantu diri kita dan membina kekuatan ekonomi Muslim itu sendiri. Tepuk dada tanyalah pada Iman. Tukarlah sedikit demi sedikit, carilah roti buatan kita, gunalah ubat gigi yang disahkan halal...
Berhati-hatilah dalam memilih dan menentukan apa yang akan kita suapkan pada anak-anak kita, apa yang akan kita berikan pada isteri kita dan seluruh ahli keluarga kita. Sesungguhnya, ia memerlukan perubahan minda kita. Perubahan pemikiran daripada bergantung kepada mereka kepada membantu sesama kita. Prihatin dan rasa sensitiflah dengan soal halal-haram... Sesungguhnya kita berada dalam saat yang amat genting ketika ini... Biarlah mungkin kita akan kerugian sepuluh sen dua berbanding dengan neraka ALLah di sana nanti.
Ingatlah! bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
" Sesungguhnya setiap daging yang tumbuh dari bahan yang haram maka nerakalah yang paling berhak "
Sesungguhnya!!! Kehidupan kita di dunia ini, bukanlah lama sangatpun. Paling-paling lama mungkin dalam lapan ke sembilan puluh tahun, itupun jarang sangat kita temui, tetapi kehidupan kita di sana nanti kekal selamanya abadi. Mahukah kita terus kekal di dalam neraka Allah???
Nauzubillah.
Sunday, September 10, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 ulasan:
4:42 PM
Saalam ustat
Memang isu halal haram sekarang ni jadi persoalan. Semalam pergi the mines ada satu restoran thai, tapi tak ada logo halal. Was was nak masuk tapi tengok ada pekerja melayu then hubby cakap ada pekerja melayu tak semestinya halal, kalau betul halal, mana logonya? Ye tak ye jugak terus tak jadi makan.
Post a Comment