Friday, September 08, 2006

TERIMA KASIH

0 ulasan
Salam sahabat blog...

Hari sabtu lepas sampai je kat sekolah ada sesuatu yang amat mengembirakan ustazmuda. Nak tahu apa??? Hehe sampai je kat meja ustazmuda... Cikgu Zol tegur ustazmuda, tahniah sebab artikel ustaz disiarkan di laman web tranungkite. Terkejut beruk juga ustazmuda. Timbul persoalan dibenak??? Di mana tranungkite tahu weblog ustazmuda ni. Lagipun, apa sangatlah tulisan ustazmuda tu. Tulisan budak baru merangkak. Dalam hati Allah je tahu betapa bangganya diri ustazmuda walaupun taklah sampai rasa riak.

Ustazmuda tahu siapalah ustazmuda nak dibandingkan dengan penulis-penulis tersohor. Sesiapapun tak kenal. Cepat-cepat ustazmuda pergi kat meja Cikgu Zol dan tengok. Betullah, apa yang dikata, diletakkan di ruangan tazkirah. Alhamdulillah. Walaupun mungkin entah berapa orang je yang baca tapi ustazmuda bersyukur... dan tertulis kat situ telah dibuka sebanyak 880 kali pada masa ustazmuda buka tersebut. Alhamdulillah.

Ustazmuda rasa syukur dan sangat berterima kasih kepada webmaster tranungkite kerana sudi menyiarkan artikel ustazmuda yang tek seberapa tersebut. Insya Allah kalau ada masa dan kesempatan ustazmuda akan teruskan menulis artikel-artikel terbaik dengan harapan dapat memberikan sedikit sumbangan untuk Islam yang ustazmuda sangat cintai ini.

Kepada sahabat yang mengikuti tulisan ustazmuda, ustazmuda mengucapkan ribuan terima kasih. Andai ada pengajaran pada tulisan ustazmuda, ambiklah sebagai pedoman dan panduan dalam melayari hidup di bumi Allah ini... dan andai rasanya tidak bertepatan dengan kehendak dan landasan ALLah tegurlah ustazmuda. Ustazmuda sangat terbuka dalam menerima teguran dan kritikan yang membina. Sesungguhnya!!! penyiaran artikel oleh tranungkite benar-benar membuat ustazmuda bersemangat untuk terus menulis. Terima kasih tranungkite. Doakan ustazmuda mampu dan terus istiqamah memberikan sumbangan untuk Islam yang tercinta ini.

Amin.

0 ulasan: