Tuesday, September 19, 2006

SUMBANGAN AMAL JARIAH...

0 ulasan
Salam sahabat blog...

Alhamdullillah, seorang sahabat memohon ustazmuda untuk memaklumkan satu peluang membuat amal jariah melalui sumbangan ke pondok warga emas yang terletak di Temerloh. Sahabat semua boleh mendapatkan maklumat seperti di bawah :

Tuan Puan :Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Bagi memberi peluang kepada mereka yang berhasrat menumpukan seluruh masa untuk beribadah dan mengulangkaji ilmu agama atau mempelajarinya di bawah bimbingan guru yang akan memberi tumpuan kepada pengajian ini.Maka sebuah blok bangunan 2 tingkat yang mengandungi 20 buah bilik kediaman disediakan untuk ditawarkan kepada semua orang.

Bagi sama-sama menjayakan usaha ini, pihak jawatankuasa darul Izzah dan Pondok Darul Izzah dengan segala hormat mempelawa muslimin dan muslimat sekalian untuk membeli dan mewakafkan sebahagian daripada bangunan pondok tersebut bagi tujuan di atas. Sebagai makluman harga bagi setiap satu kaki persegi ialah RM80. manakala harga sebuah bilik untuk tujuan wakaf ialah RM19,000. ( Lihat gambar )



KEMUDAHAN-KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

Menyediakan kelas-kelas pengajian al quran, fardu ain, kitab, riadah ( berkebun sayur ) Gurfah (bilik) untuk pasangan kelamin , cara beli wakaf ataupun seperti konsep asrama sekolah terbuka kepada semua ( ada 20 unit gurfah) Gurfah (bilik) untuk sahabat warga pondok lelaki atauperempuan yang berhasrat menetap di sini bagi menuntut ilmu.

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

Islam
Warganegara
Terbuka kepada yang berminatLelaki atau perempuan, berpasangan atau kelamin.
Sihat tubuh badan

CARA PERMOHONAN

Dapatkan Borang Permohonan di alamat atau terus menghubungi maklumat di bawah:

KM4 SIMPANG TELOK IRA,
JALAN MARAN,
28000 TEMERLOH,
PAHANG DARUL MAKMUR
TEL : 609-29712775.

PENGHUNI

Penghuni adalah terbuka kepada lelaki dan perempuan.

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

Pihak Pondok Darul Izzah beberapa syarat untuk tinggal di sini iaitu:
Menuntut ilmu fardhu ain dan beramal.
Sihat tubuh badan, tidak mempunyai penyakit kronik yang memerlukan rawatan rapi.
Terdapat tempat/bilik kosong.
Mengikuti peraturan yang disediakan.
Melengkapkan borang pendaftaran diri dan Memberi sumbangan untuk pendaftaran dan bulanan.

SUMBANGAN PENDAFTARAN DAN BULANAN

Ketika mendaftar, warga emas akan menyumbang sebanyak RM 200.00, manakala setiap bulan sebanyak RM 50.00. Sumbangan ini adalah untuk menampung kos yang diguna oleh warga pondok seperti bil eletrik, air, kutipan sampah, penyelenggaraan bangunan dan kemudahan-kemudahan yang lain.
Sumbangan ini biasanya di-tanggung oleh anak-anak mereka. Walau bagaimanapun, pihak Pondok Darul Izzah tidak menerima sumbangan daripada warga yang tidak berkemampuan, malah sesetengah mereka ditanggung akan makan minum mereka.

TEMPOH TINGGAL

Tempoh tinggal di Pondok Darul Izzah tidak di hadkan, walau bagaimanapun terdapat lima sebab utama warga pondok diberhenti menetap disini iaitu:-
• Meninggal dunia
• Sakit yang kronik yang perlukan rawatan rapi
• Berpindah ke pusat pengajian yang lain
• Menghadapi masalah keluarga di kampung
• Diberhentikan kerana tidak langgar peraturan Pondok

AKTIVITI-AKTIVTI

Buat ketika ini, penghuni warga pondok menghadiri program-program seperti di bawah:-Menghadiri Kelas Fardhu Ain.
Menghadiri kelas pengajiaan kitab Khsusus dan Umum 4 kali seminggu.
Menghadiri kelas AI-Quran.
Menghadiri sembahyang berjemaah setiap waktu.
Menghadiri majlis Bulan-Bulan kebesaran Dalam Kalender Islam.
Menghadiri program kemasyarakatan yang dianjurkan oleh penduduk setempat.
Menghadiri rawatan kesihatan 2 atau 3 kali sebulan.
Menghadiri majlis berbuka puasa, Hari Raya dan majlis-majlis lain yang dianjurkan oleh pihak-pihak korporat, individu, NGO dan badan-badan kerajaan di luar Pondok.
Menerima dan bersilaturahmi dengan tetamu-tetamu yang kerap mengadakan lawatan ke warga pondok.

MAKAN MINUM

Dari segi makanan, warga pondok memasak sendiri atau berkongsi dengan kawan-kawan serumah dan kos ini dibiayai oleh mereka sendiri atau anak mereka. Ada juga diantara mereka mengupah orang lain untuk memasak bagi mereka. Bagi yang tidak berkemampuan maka pihak Pondok Darul Izzah menanggung makan minum mereka.

PERATURAN WARGA PONDOK

Bagi melicinkan perjalanan dan pentadbiran serta mengatasi masalah-masalah yang akan timbul di kalangan warga pondok kerana latarbelakang mereka yang berbeza dari segi pengetahuan agama, umur, negeri dan pangkat maka pihak yayasan telah menyediakan peraturan-peraturan yang perlu diikuti selama mereka tinggal di Pondok Darul Izzah ini. Setiap warga emas akan diberi senaskah buku peraturan tersebut sebagai panduan.

MESYUARAT

Kadang-kadang terdapat masalah baru yang timbul yang tidak terdapat di dalam buku peraturan warga pondok yang mesti diselesaikan atau memperingatkan kembali perkara-perkara yang boleh atau tidak boleh dilakukan semasa tinggal disini. Segala permasalahaan akan diselesaikan di dalam mesyuarat diantara pihak pengurusan dengan penghuni pondok yang diadakan dari masa ke semasa13.

KAUNSELING

Bagi warga yang menimbulkan atau menghadapi masalah akan dipanggil untuk sesi kaunseling secara individu. Ini adalah untuk menjaga keharmonian sesama penghuni warga pondok.

BORANG WAKAF : ( SILA BUAT SALINAN DAN HANTAR KE ALAMAT DI BAWAH ):

WAKAF BANGUNAN PONDOK DARUL IZZAHTEMERLOH,
Km5 simpang Telok Ira,
Jalan Maran,
28000 Temerloh

Dengan segala hormatnya kami AJK Pondok Warga Emas Darul Izzah mempelawa muslimin dan muslimat menyumbang secara lot kepada Pondok Warga Emas Darul Izzah ini:RM40 ½ kaki persegiRM80 1 kaki persegi.

Sebagai maklumat lanjut, kompleks Pondok Darul Izzah ini akan berperanan sebagai:-

Tempat Penginapan dan pengajian agama kepada warga emas. Tidak kurang daripada 40 pasangan keluarga.
Pusat dakwah

Pembinaan bermula Mac 2006 dan dijangka siap Disember 2006

Nama : ……………………………………………………………………………………
Alamat lengkap : …………………………………………………………………………………………………………… Poskod : Tel/Fax: …………………………

Bersama-sama ini disertakan cek/wang pos bernombor …………………………………
Sebanyak RM: …………………… Atas nama PERTUBUHAN ANAK YATIM DAN KEBAJIKAN DARUL IZZAH, TEMERLOH ( No. Akuan BIMB Temerloh: 6100039586).

Saya mewakilkan kepada Ustaz Ahmad Badawi B Abdullah untuk membeli dan mewakafkan belian tersebut kepada Pondok Warga Emas Darul Izzah. Sebanyak RM …………… kaki persegi ………………………../ satu unit * untuk diriku/keluargaku/allahyarham/Allyarhamah untuk nama berikut……………………………………………………………………………………………

Sekian. Terima kasih.

Yang Benar :……………………………………………….

Tarikh :………………….............


( )* potong mana-mana yang tidak sesuai

0 ulasan: