Cerita mati... satu cerita yang jarang-jarang orang nak bercerita, jarang-jarang diperbincangkan, almaklum ajelah cerita yang tak seronok. Sebagaimana tak seronoknya menghadiri majlis kematian suram muram dan hambar... tak dapat nak melaram dangan koleksi-koleksi fesyen berjemama terpaksa pulak memilih set-set selendang sekadar menutup sebahagian kepala. Ah... lecehnya, tak semacam majlis perkahwinan penuh ceria ria riang gembira... melaram dengan pelbagai gaya paling kurangpun majlis berbuka puasa tak kurang juga hebatnya.
Cerita mati cerita pasti... kalau dulu kita masih punya nenek mungkin hari ni mereka telahpun pergi.. kalau dulu kita masih punya seorang ibu tapi mungkin hari ni tiada lagi ya semuanya akan beransur hilang dan pergi itulah hakikat yang pasti kita akan lalui di sepanjang perjalanan hidup ini...
Cerita mati cerita pasti.. cerita pasti yang kita jarang hiraukan. Yang kita jarang rasakan mati itu hanya akan datang bila-bila sahaja... dan lebih jarang lagi kita rasakan di sanalah kehidupan kita yang hakiki abadi. Apa yang kita rasakan, esok pasti akan datang untuk kita mengutip segala apa yang di depan mata... untuk kita mengambil segala apa yang kita rasakan hak kita atau mungkin kita juga telah terambil hak orang lain...
Cerita mati cerita pasti... hari ini kita bergembira ria menyambut hari kelahiran kita mungkin yang ke 35, 36, atau yang entah ke berapa kali... tanpa pernah kita terpikir setiap tahun yang meningkat pasti akan menghampirkan kita pada kematian. Andaikan takdir hidup kita 60 tahun sahaja dan hari ini tika ini kita menyambut ulangtahun kita yang ke 40... ini bermakna kita berseronok gembira merayakan betapa kita hanya punya 20 tahun sahaja untuk menemui Allah... cukupkah untuk kita bersedia segalanya dengan hanya 20 tahun sahaja... dan itu andai benar telahan kita. Bersediakah kita andai esok atau lusa sahaja... tepuk dada tanya pada Iman.
Cerita mati cerita pasti... Ada yang bertanya apa sangatlah diceritakan tentang mati. Ada apa dengan sebuah kematian? Sekadar cerita-cerita menakutkan, cerita-cerita menggerunkan, kisah sedih sebuah perpisahan atau mungkin sebuah cerita menyekat pembangunan? Ingat!!!... dengan mengingati akan kematianlah sebenarnya seseorang akan menjadi manusia amanah, akan menjadi manusia yang cemerlang gemilang dan terbilang bukan temberang.
...dengan mengingati matilah sebuah negara akan membangun pesat dan makmur. Seorang guru tidak akan meninggalkan kelasnya... ( peringatan untuk ustazmuda ) kerana dirinya tahu setiap detik dan ketika akan dipersoalkan oleh Allah di sana. Seorang polis tidak akan mengambil rasuah kerana keyakinan akan disoal oleh Allah disaat kematiannya. Seorang menteri mahupun Perdana Menteri tidak akan berbohong kepada rakyat andai benarlah mengingati sebuah kematian. Siapapun kita, pasti akan berhadapan dengan persoalan demi persoalan di hadapan Allah di saat kematian nanti. Sesungguhnya!!!... dengan mengingati mati kita tidak perlu diawasi...
Cerita mati cerita pasti... masuk pula cerita yang tak ingat mati. Yang tak ingat mati!!! Siapa tu... ada ke??? Dibulan Ramadhan yang mulia ni terlalu mudah bertemu mereka yang tak ingat mati. Mereka yang sanggup menyelinap di belakang-belakang restoran bukan Islam disiang hari. Mereka yang kehulu kehilir berkepit tanpa mengenali kalimah 'mahram' tanpa rasa silu dan malu... mereka yang berpakaian tapi telanjang di jalanan. Ingat matikah mereka itu???
Atau mungkin kadangkala kita sendiri terlupa akan kematian? Terlena dengan buaian duniawi yang menyapa... terleka dengan lambaian television dari sinetron ke sinetron dari Indonesia ke Thailand, Filipina dan berakhir nun jauh di Mexico... hinggakan solat tidak keruan. Antara fantasia dan realiti... Ingat matikah kita???
Cerita mati cerita pasti... Argh bercakap soal tak ingat mati ni tak akan habis. Ya, lambaian dunia terlalu manis. Kalau tidak masakan ramai yang kecundang di penghujung usia. Renung-renunglah pada sirah, banyak terdapat kisah-kisah, moga hati rasa terkesan dan akan matilah dalam iman. Amin.
Oklah ustazmuda tinggalkan sahabat dengan satu sms dari seorang sahabat ustazmuda :
" Kematian bukanlah penamat sebuah kehidupan, kerana alam yang terbentang seterusnya adalah pentas yang akan menayangkan semula lakonan hidup kita " : Ustaz Hamdan
... Ustazmuda suka tengok bawang kecik bawang besar je. hehe
3 ulasan:
6:42 AM
ustaz,
anak-anak suka suka gula-gula...sebab dia tahu gula-gula rasanya manis.
anak-anak takut hantu...sebab anak-anak selalu tengok dan dengar cerita hantu.
tapi anak-anak abad ini tidak takut mati...sebab anak-anak makin jauh dari cerita-cerita mati...dan kita pun...kadang-kadang terleka untuk bercerita kepada mereka tentang mati...
doa dan harapan agar sama-sama kita ingat-mengingati...
7:48 AM
Ustaz! memang betul nak takut mati tak mudah rupanya macam kata Akma.
9:30 PM
Ustaz,
ustaz yang mengajar kelas saya pernah kata kalau bayi baru lahir tu kita tak sogokkan dia dengan momok mesti dia takkan takut. sy rasa kaedah yang sama boleh digunakan untuk mengingatkan tentang mati cuma terbalikkan jer kaedah tu sewaktu masih kanak2, tu yang penting sebenarnya. mcm rebung senang nak dilentur.
Post a Comment