Saturday, October 14, 2006

INILAH KISAHKU... MENULIS

5 ulasan
Salam sahabat blog...

Beberapa bulan yang lalu, hidup ustazmuda agak mengecewakan... maksud ustazmuda mengecewakan dari segi keimanan kepada Allah. Maklumlah sebagai manusia biasa iman ini turun naik bagaikan bursa saham... ada kala menjunam ada kala di tutup di paras sederhana. Amat jarang mencecah ke tahap yang membanggakan. Begitulah kita. Inginkan sesuatu yang tak mungkin tercapai... hingga membawa hidup dalam kelalaian dan hampir ke jurang kemusnahan... mujurlah di sana masih ada kasih sayang Allah pada insan yang bernama ustazmuda... direntapnya dengan satu peristiwa membawa diri ini tersedar dari leka yang panjang. Moga ia adalah keinsafan hakiki yang kekal hingga kenafas yang terakhir. Syukur ke hadratNya.

Apa pula ustazmuda tulis ni, tajuknya menulis tapi bicaranya berbeza. Entah. Menulis... yer rasanya dah masuk usia setahun lebih ustazmuda menulis di blog bermula dengan abiumar dan kini beralih pada ustazmuda... di sini di ustazmuda ini, akan ustazmuda curahkan segala pengalaman hidup yang telah ustazmuda lalui selama 35 tahun berada di bumiNya... dengan niat dan harapan moga dapat dijadikan tauladan mahupun sempadan buat sahabat-sahabat yang mengikuti tulisan ustazmuda. ( itupun kalau-kalau ada yang sudi menjenguk ) Moga peninggalan ini juga dikira oleh Allah sebagai amal ibadat yang akan memberatkan mizan di sana nanti. Amin.

Kalau di abiumar, mungkin tulisan ustazmuda agak menjurus kepada diari kehidupan ustazmuda, ummi dan umar... tetapi di sini biarlah ada sesuatu yang dapat dikutip sebagai bekalan untuk kita di sana nanti. Dalam dua tiga bulan yang lepas juga ustazmuda kerapkali ditemukan dengan sahabat-sahabat yang menganjurkan agar menulis. Menulis sesuatu yang ada intinya untuk dikongsikan. Bukan sekadar tulisan yang hanyut begitu sahaja...

Seorang sahabat yang ustazmuda namakan sebagai Ham telahpun hampir 3 tahun rasanya usia perkenalan tanpa rupa dan suara ini... pertemuan semula di ruang maya ini dalam dua tiga minggu lepas juga menganjurkan cerita yang sama. Cerita tentang menulis... Besar pengharapannya... tinggi permintaannya entahkan tertunai atau tidak. Ham amat mengharapkan golongan-golongan agama atau yang biasa disebut sebaga ustaz agar menyumbangkan tulisan walau sebesar mana sekalipun tulisan itu... masih terngiang lagi antara intipati harapannya :


" Ana amat mengharapkan orang-orang agama sekurangnya meninggalkan
titipan pada ummah ini walau dalam apa bentuk sekalipun "

" Sesungguhnya bidang penulisan di blog-blog ini bagaikan medan badar di abad ini "

Bagaikan badar... ya seawalnya usatzmuda tidak terlalu mengendahkan, namun kalimah badar itu benar-benar membuat ustazmuda memikir. Besarnya nilai sebuah perkataan... hebatnya sebuah tulisan hingga diibaratkan di medan badar. Ya badar di abad ini. Badar di abad ini bukan lagi serangan hendap secara bersenjata... serangan langsung ke tubuh badan kita tetapi serangan yang maha hebat menterbalikkan kepala kita, memutarkan pikiran anak-anak kita... hingga yang benar sudah tidak dikatakan benar, yang salah dan batil diangkat sebagai satu kebenaran. Itulah serangan terkini. Medannya cukup hebat. Serangan menyelinap di segenap sudut hinggakan ke kamar-kamar tidur puteri kita.

Apakah kita hanya ingin membiarkan sahaja serangan ini??? Diam seribu bahasa atau sekadar menunding jari betapa bejatnya remaja kita tanpa apa-apa usaha yang dilakukan. Cukupkah dengan hannya menyelamatkan diri sendiri???Dua tiga hari lepas juga blog ustazmuda dihujani dengan komen-komen manusia seperti ini. Yang mungkin berupa seperti kita tetapi berkepalakan Yahudi dan Nasara... kiblat mereka dan kiblat kita mungkin sudah tidak sama lagi.( sesetengah komen telahpun ustazmuda delete ) Malangnya serangan mereka agak tidak bertamadun semberono dan penakut. Tidak berani meninggalkan jejak bagai membaling batu sembunyi tangan.

Kebetulan juga di ruangan surat pembaca majalah i keluaran oktober juga mengutarakan agar menulis... kesemua ini seolah memberikan satu inspirasi dan peringatan kepada ustazmuda agar terus menulis. Betapa diperingatkan, sesungguhnya As Syahid Syed Qutb telah digantung hanya kerana tulisan-tulisan beliau yang telah memberikan inspirasi kepada ummah ketika itu dan Allah sendiri telah bersumpah dalam kitabNya dengan kalimah Al-Qalam. Ya, satu surah sendiri telah dinamakan sempena dengan Qalam. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang boleh bersumpah dengan nama-nama makhluknya, kita sebagai makhluk dilarang sama sekali. Sudah barang tentu bila Allah bersumpah dengan sesuatu perkara, pastilah ia sesuatu yang sangat besar ertinya. Sesuatu yang maha hebat maknanya.

Tulisan ini tidak berniat untuk menafikan sahabat-sahabat yang berjuang di medan yang lain... sahabat yang berada di pentas-pentas ceramah, sahabat yang bertungkus lumus dalam dunia sastera misalnya betapa berat melawan bejatnya seni moden yang berakar umbikan nafsu bertunjangkan syaitan... sahabat-sahabat yang bertungkus lumus memberikan alternatif hiburan Islam dalam suasana gawatnya budaya dan seni itu sendiri... Teruskan perjuangan sahabat. Ustazmuda sendiri sedar betapa diri ini terlalu kerdil, masih terlalu mentah dalam dunia penulisan namun hati ini terlalu mengharapkan agar diperkuatkan dan diberi ketabahan dan istiqamah dalam menyambung lidah kebenaran.

Berjuanglah walau dimana sahabat berada dan apa sekalipun medan juang yang sahabat lalui. Serlahkan keindahan Islam. Untuk sahabat-sahabat yang masih belum bertidak... cubalah untuk menulis walau sepatah kata... sesungguhnya ummah di sana amat memerlukan petunjuk... amat memerlukan bimbingan.

Ustazmuda tinggalan sahabat dengan satu kiasan...

" Tulisan-tulisan di blog ini umpama pasar ramadhan... pengungjung akan pergi
melihat memandang meneliti dan akan memilih mana satu yang berkenan di hati
sebagai kudapan " Idham.

5 ulasan:

Produk Halal Tanggungjawab Bersama says:
12:37 PM

Assalamualaikum wrbt.

10 bintang buat abg..tahniah...

tinta ini walaupun nampak daif tetapi cukup padat dan hebat. Apa yg abg nukilkan tu mmg ada benarnya, unsur2 yahudi dan nasrani dh lama dlm diri kita dan masyarakat.

ada tv ada radio masuk pulak pelbagai jenis majalah dan suratkhabar yg ntah dtg dr mana sumbernya...penuh dlm minda dan otak kita...hiburan muzik, satu senjata yahudi laknatullah menenggelamkan empayar Othmaniah. Umat Islam jadi khayal..maka dr ctu terbitlah unsur sekularisme dan pemikiran yg kununnya demi kemajuan Islam.

Nah! sekarang baru terhegeh2 para pemimpin Islam nak cari panduan bagi menghidupkan balik ajaran dan syiar Islam. Dulu para ulama' dah tegur, tapi degil. Itu pemimpin yg sekurang2 nya ada jugak inisiatif nak kembalikan Islam ke tempatnya.

Yang tak sedar macam mana? Islam Hadhari???? Stop the nonsense!!! Islam Hadhari tak kemana nya. Islam Hadhari hanya menggalakkan maksiat bercambah...

Ya....tinggalkan walau sesisip madah iman dan peringatan buat umat Islam di luar sana yang belum sedar akan bahayanya permainan kafir laknatullah di sekeliling mereka.

Islam harus bangun kembali. Empayar Othmaniah harus dijadikan tugu peringatan dan idola agar perjuangan Islam terus subur dan tidak terkandas di tengah jalan. Islam pasti akan menang kerana itulah janji Allah....semoga kita termasuk dalam golongan hambaNya yang syahid.

AKMA says:
7:52 PM

ustazmuda,

gaya penulisan ustaz telah mampu menyentuh hati! seperti mana saya katakan...biarkan 'air' itu mengalir di hati kita sepanjang menulis...dan alirannya akan sampai ke hati pembaca.

Teruskan menulis!!!

Anonymous says:
11:25 AM

Am memang tak berapa pandai dalam bab2 agama ini, Am takut jika tersalah cakap, bahaya pada akidah org lain

Kerana Am menulis tentang sifat2 lain agar org kita dapat berfikir dan berubah menjadi lebih baik

Apa2pun Am harap ustazmuda akan terus menulis, walaupun tiada pembaca kerana tulisan kita kadangkala buka dibaca pada hari ini tapi mungkin akan dapat dijadikan rujukan pada masa akan datang

Anonymous says:
8:12 PM

catatan anda memberikan saya semangat untuk jua menulis apa saya yang diilhamkan oleh Allah ke atas saya. untuk manusia untuk manusia.untuk manusia untuk pencipta

khairul najmi yusof says:
9:23 PM

Assalamualaikum wrbt.
melalui blog pun kita bleh berdakwah. Kan kita diwajibkan berdakwah. kalau salah sila betulkan? biasa ler budak baru belajar.