Salam sahabat blog...
Insya Allah dalam dua tiga hari je lagi dan kalau diizinkan oleh Yang Maha Esa kita akan sama-sama menyambut Hari Raya Aidilfiri untuk kesekian kalinya. Bagi ustazmuda Insya Allah kalau diberi kesempatan olehNya, ini bermakna dah 35 tahun ustazmuda menyambut 1 Syawal. Alhamdulillah syukur kehadratnya. Sedar tak sedar je masa berlalu ustazmuda dah beransur-ansur kekategori ustazlama... bukan tua tahu. Orang veteran.
Dalam dua tiga hari nak raya ni timbul pula pelbagai spekulasi dan polimek berkaitan raya, sana sini orang bercakap pasal kongsi raya, sana-sini kedengaran cakap-cakap pasal ucapan hari raya ni setakat mana dibolehkan kepada bukan Islam... Hatta ustazmudapun juga ditanya persoalan yang sama di tempat bekerja ustazmuda. Kecoh betul.
Kebetulan semalam juga ustazmuda didatangi seorang pelajar ustazmuda. Pelajar India dari kelas peralihan. Dalam kelas tu hanya 2 orang sahaja pelajar India dan yang lain-lain semuanya pelajar China. Banyaklah yang diperbualkan dari persiapan raya sampailah kepersoalan-persoalan berkaitan kepercayaan masing-masing. Last sekali, tetiba dia mintak alamat ustazmuda... tertanya juga untuk apa??? Katanya nak hantar kad raya dan mungkin akan datang rumah pada hari raya nanti. Ustazmuda mengalu-alukan kehadirannya tapi tak tahulah...
Maaf!!! Ustazmuda tidak bermaksud ucapan Deepa Raya mahupun Xong Xi Raya. Sesekali ustazmuda tidak bersekongkol dengan ucapan seperti ini. Istilah-istilah yang maha menggerunkan dan yang memungkinkan pelanggaran terhadap Iman dan Akidah kita sebagai Muslim Mukmin. Amat sedih rasanya bila melihat terpampang dikedai-kedai milik orang kita yang mengaku tunduk pada Allah tetapi mengiklankan Istilah-Istilah perayaaan seperti ini. Cukuplah... Tiada istilah Deepa Raya mahupun Xong Xi Raya. Raya kita dan raya mereka amat jauh berbeza.
Cukuplah!!! Telah terlalu banyak perayaan di negara kita. Dari perayaan sambutan Kemedekaan, Pesta Air, Pesta itu, Pesta ini... Karnival itu, karnival ini sampailah ke Sambutan Pesta Perkongsian Raya. Kalau dihitung-hitung mungkin setiap bulan pasti ada majlis berbentuk perayaan dan suka-suka.
Hanya atas satu alasan. Perpaduan. Yer, perpaduanlah yang dilaungkan. Perpaduankah kalau hanya kita sahaja yang memberi??? Hanya kita sahaja yang sanggup berkongsi...
Jenguklah di mana-mana pesta, di mana-mana perayaan, di mana-mana karnival. Siapa yang hadir??? Ustazmuda pasti 90% atau mungkin lebih yang hadir adalah mereka yang kulitnya sama dengan ustazmuda, matanya sama dengan ustazmuda. Mereka... hanya apabila sesuatu itu menguntungkan, barulah akan nampak batang hidung mereka.
Perpaduankah kalau mereka yang datang masih duduk berbual dikelompok masing-masing. Aku dengan kelompok aku dan mereka setia dengan kelompok mereka dalam pertuturan bahasa yang berbeza. Perpaduankah kalau hanya segolongan sahaja yang memberi segalanya...
Argh, panjang rasanya ustazmuda berceloteh... Maaflah.
Dikesempatan ini juga ustazmuda ingin mengucapkan Salam Aidil Fitri buat semua sahabat dan terima kasih kerana sudi menjenguk laman ustazmuda yang tidak seberapa ini. Sesungguhnya persahabatan tanpa rupa dan suara ini terlalu manis untuk dikenang dan semoga ia di kira sebagai amalan soleh di sisNya di akhirat nanti. Amin.
Buat sahabat-sahabat yang berada nun jauh diperantauan... akma, dperantauan sekadar menyebut beberapa nama. Ustazmuda paham perasaan sahabat. Ustazmuda juga pernah merasai menyambut syawal diperantauan. Bolehlah tahan lamanya... paham betapa kerinduan itu terlalu kuat mencengkam jiwa.
Buat beberapa orang bekas pelajar ustazmuda... Nash, Mahyuddin, Ahmad, Ghazali maaf kalau ada yang tak terselit namanya, terima kasih kerana masih mengikuti perkembangan blog ustazmuda. Antum semua, walaupun berjauhan dangan keluarga tetapi masih lagi berada dibumi yang tidak terlalu asing. Ustazmuda, ummi dan Umar berbesar hati menyambut kalian semua untuk berhari raya bersama-sama sepertimana kita di Sandakan dahulu. Masih teringat lagi ustazmuda akan kemanisannya.
Buat semua yang pernah mengikuti blog ini, ambiklah kebaikan yang ada padanya dan jadikanlah sempadan pada segala kesilapan. Sesungguhnya ustazmuda seperti juga manusia lain yang tidak dapat lari dari melakukan kesalahan. Untuk itu ustazmuda, Ummi dan Umar pohon jutaan kemaafan atas segala keterlanjuran kata, petah bicara samada sengaja atau tanpa sedar selama perkenalan kita di maya ini.
Buat akhirnya, sambutlah perayaan ini dengan penuh rasa kehambaan... kerana rasa ini sahajalah yang akan menyelamatkan kita dari jauh terpesong dari landasanNya. Amin.
Jumpa lagi seminggu selepas raya...
Salam Aidil Fitri
1 Syawal1427 H
MAAF ZAHIR DAN BATIN
ustazmuda, ummi & umar
Di bawah ustazmuda pastekan satu artikel yang bagi ustazmuda cukup lengkap berdasarkan dalil dan hujjah yang soheh lagi jelas...
Kongsi Raya : Bukan Amalan Islam
Hari raya adalah hari yang dimuliakan atas dasar agama. Di dalamnya dihimpunkan semua ciri-ciri keagamaan dan dizahirkan syiarnya. Pada hari itu seseorang berbangga dengan agamanya, kerana hari raya adalah hari kebesaran bagi sesuatu agama. Jika hari raya yang disambut itu adalah hari raya bagi agama Hindu, maka agama Hindu dan kepercayaan-kepercayaan yang ada di dalamnya disambut dan dibesarkan. Demikian juga jika hari raya tersebut adalah hari raya penganut Kristian, maka agama Kristian bersama kepercayaan-kepercayaannya dibesar dan dibanggakan oleh penganutnya. Demikianlah seterusnya bagi agama-agama lain.
Bagi Islam, terdapat dua hari raya yang diiktiraf sepertimana yang dikhabarkan oleh Nabi saw di dalam hadith baginda yang diriwayatkan dari Anas bin Malik ra. katanya :
قدم رسول الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ المدينة ولهم يومان يلعبون فيهما -كعادة الأمم (الروم والفرس) كل أمةٍ لها أعياد، فكان للعرب في الجاهلية يومان يلعب فيهما أهل المدينة - فقال صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ما هذان اليومان؟ فقالوا: كنا نعلب فيهما في الجاهلية، فقال صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إن الله قد أبدلكم بهما خيراً منهما، يوم الأضحى ويوم الفطر
Maksudnya : "Ketika Rasul saw sampai di Madinah, bagi penduduk Madinah itu ada dua hari (raya) yang mereka bermain (berseronok) pada hari tersebut sepertimana kebiasaan semua kaum (Rom dan Parsi), setiap umat itu bagi mereka hari raya mereka tersendiri. Dan adalah bagi orang Arab Madinah ketika zaman Jahiliyah terdapat dua hari yang mana mereka bermain (dan berseronok) pada hari tersebut. (apabila Nabi saw melihat mereka menyambut dua hari tersebut)
Nabi saw bertanya : "hari apakah dua hari ini ?" Mereka menjawab : "Adalah kami di zaman Jahiliyah bermain (berseronok) dalam dua hari ini." Sabda Nabi saw : "Sesungguhnya Allah telah menggantikan bagi kamu semua dengan hari yang lebih baik dari dua hari tersebut iaitulah hari raya al-Adha dan Hari raya al-Fitr." (Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Nasa-ie dari Anas Bin Malik. Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah berkata : "Sesungguhnya Isnad hadith ini berdasarkan syarat Muslim)
Di dalam hadith ini jelas menunjukkan dua hari raya di zaman Jahiliyah yang disambut oleh penduduk Madinah di peringkat awal itu tidak diiktiraf oleh Nabi saw, walau untuk membiarkan mereka bermain pada dua hari tersebut sepertimana adat kebiasaan yang mereka lakukan. Bahkan Nabi saw menegaskan dengan sabda baginda :
"Sesungguhnya Allah telah menggantikan bagi kamu semua dengan (dua) hari yang lebih baik dari dua hari tersebut "
Nabi menegaskan Aid al-Adha dan Aid al-Fitr adalah dua hari raya yang datang menggantikan hari raya yang disambut oleh masyarakat Arab Jahiliyah ketika itu. Apabila telah datangnya pengganti (al-Adha dan al-Fitr) maka yang diganti (dua hari raya di zaman Jahiliyah) ditinggalkan dan tidak mungkin untuk disambut bersama lagi buat selama-lamanya.

Ini adalah sesuatu yang jelas dan tidak mungkin untuk seseorang mengatakan kita sambut kesemua hari raya tersebut samaada ianya al-Adha dan al-Fitri ataupun dua hari raya yang disambut di zaman Jahiliyah, kita sambut kesemuanya dan kita namakan sebagai 'Kongsi Raya' .
Maka dua hari raya yang telah digantikan oleh Nabi saw dengan hari raya Aid al-Adha dan Aid al-Fitr itu terus ditinggalkan oleh para sahabat Nabi saw hingga tidak tertinggal walaupun sedikit dari apa-apa jenis sambutannya, sehingga kebanyakan umat Islam hari ini tidak mengetahui langsung bilakan dua hari raya tersebut dirayakan di zaman Jahiliyyah.
Islam Sentiasa Mengamalkan Sikap Bertoleransi
Islam mengarahkan umatnya untuk berinteraksi sebaik mungkin dengan penganut-penganut agama yang lain. Islam memberikan peruntukan pahala kepada sesiapa yang membantu penganut agama lain yang memerlukan bantuan. Bukan sekadar bantuan, bahkan Islam memberi galakan kepada penganutnya untuk berbuat baik kepada mereka. Allah berfirman :
لاَ يَنْهَاكُمُ اللهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ * إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَى إِخْرَاجِكُمْ أَن تَوَلَّوْهُمْ وَمَن يَتَوَلَّهُمْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
Maksudnya : "Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama dan tidak pula mengeluarkan kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil". (al-Mumtahinah : 8)
Kalimat al-Birr (البر) atau berbuat baik yang digunakan di dalam ayat di atas merangkumi semua maksud kebaikan dan ia lebih luas dari maksud adil. Ia memberi galakan kepada umat Islam untuk bergaul dengan penganut agama lain dengan baik dan adil sesuai dengan hak kemanusian, selama-mana perkara itu bersangkutan dengan hak-hak kemanusiaan.
Bukti wujudnya galakan untuk berbuat baik kepada penganut-penganut agama lain di dalam ayat di atas ialah apabila Allah mengakhirkan ayat tersebut dengan mengatakan : "Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil". Ini adalah galakan daripada Allah swt kepada setiap orang yang beriman, kerana setiap orang yang beriman itu semestinya akan mencari perkara-perkara yang disukai oleh Allah swt untuk mereka lakukan, dan salah satunya ialah berbuat baik dan berlaku adil kepada penganut-penganut agama lain.
Tidak cukup dengan itu Allah swt di dalam surah al-Kafirun memberi kebebasan kepada penganut agama lain untuk mengamalkan agama mereka. Allah swt berfirman :
Maksudnya : "Katakanlah (Muhammad) wahai orang-orang kafir. [2]Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. [3] dan kamu tidak menyembah apa yang aku sembah. [4] dan aku tidak beribadat sebagaimana kamu beribadat. [5] dan kamu tidak beribadat sebagaimana yang aku beribadat. [6] dan bagi kamu agama kamu, dan bagi kami agama kami."
Inilah kemuncak sikap toleransi Islam terhadap penganut agama yang lain, penganut agama lain tidak pernah dipaksa untuk memeluk Islam walaupun mereka tinggal dalam kumpulan majoriti umat Islam di dalam Negara Islam dan mencari rezki di dalamnya. Mereka juga tidak dihalang untuk menyembah dan beribadat kepada tuhan mereka mengikut cara yang ada di sisi mereka. Inilah hak kemanusia yang Islam berikan kepada semua penganut agama yang lain.
Islam Mempunyai Perayaannya Tersendiri
Suatu hari Abu Bakar ra masuk menemui Nabi saw di rumah baginda. Dia dapati terdapat dua orang Jariah kanak-kanak yang sedang menyanyi. Lalu Abu Bakar berkata :
أبمزمور الشيطان بين يدي رسول الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؟
Maksudnya : "Apakah dengan seluling Syaitan ada di depan (rumah) Rasulullah saw ? Nabi saw bersabda :
يا أبا بكر دعهما فإن لكل قوم عيد وهذا عيدنا
Maksudnya : "Biarkan mereka berdua wahai Abu Bakar, sesungguhnya bagi setiap kaum itu ada hari raya mereka, dan hari ini adalah hari raya kita (umat Islam)."
Ini petunjuk dari Nabi saw untuk mengkhususkan bagi setiap agama itu perayaan mereka tersendiri dan tidak ada perkongsian dalam menyambut perayaan. Bagi umat Islam perayaan mereka dan bagi penganut lain perayaan mereka tersendiri pula.
Kongsi Raya Tidak Pernah Wujud Di Zaman Nabi saw
Masyarakat majmuk yang sering dilaungkan orang ramai untuk menghalalkan kongsi raya bukanlah pertama kali di dalam dunia berlaku di Malaysia. Nabi saw lebih dahulu mengamalkan hidup dalam masyarat yang majmuk. Bahkan Nabi saw berjaya memberikan contoh yang terbaik dalam mengadakan hubungan bersama mereka.
Nabi saw tinggal di Madinah dalam keadaan penganut Yahudi telah ada di Jazirah Arab di beberapa tempat seperti di Madinah sendiri dan di Khaibar. Demikian juga penganut Kristian telah ada di Najran (نجران), Yaman, di Son'aa (صنعاء) dan di tempat-tempat lain.
Sejarah membuktikan wujudnya perhubungan antara orang-orang Islam dengan penganut agama yang lain dalam urusan keduniaan seperti perniagaan dan seumpamanya. Mereka bersama di pasar-pasar jual beli, mereka hidup dalam satu masyarakat majmuk.
Namun begitu, jika diperhatikan kepada sirah Nabi saw tersebut, kita tidak akan dapati adanya di kalangan umat Islam yang menyambut perayaan-perayaan agama lain yang ada ketika itu, dalam apa bentuk perayaan sekalipun. Dalam masa yang sama masyarakat Islam bersungguh melaksanakan dakwah menyeru penganut lain kepada Islam, dan perpaduan tetap terjalin.
Hukum Menyambut Perayaan Bukan Islam
Allah swt, di akhir surah al-Furqan (الفرقان), ketika menyebut sifat hamba-hambaNya, berfirman :
وَالَّذِينَ لا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَاماً
Maksudnya : "Dan mereka (yang diredhai oleh Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menyaksikan yang palsu, dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang sia-sia, mereka melaluinya dengan menjaga kehormatan diri (membersihkan diri darinya)." (al-Furqan : 72)
Para ulama Tafsir menakalkan sepertimana yang terdapat di dalam al-Durar al-Manthur (الدرر المنثور), demikian juga seperti yang disebut oleh Ibn Kathir di dalam tafsirnya dari sebahagian Tabi'ien seperti Mujahid (مجاهد), al-Dhohak (الضحاك), Ikrimah (عكرمة) dan yang lainnya bahawasanya - يَشْهَدُونَ الزُّورَ (iaitu tidak meyaksikan yang palsu) – itu ialah perayaan-perayaan Kafir dan Musyrikin.
Dr. Safar Bin Abdul Rahman al-Hawali di dalam laman web beliau mendakwa akan sepakatnya semua para fuqaha akan haramnya menghadiri perayaan bukan Islam dan bersama merayakannya. Beliau menyebut salah seorang ulama dari mazhab Malik yang bernama Abu Abdillah Abdul Rahman Bin al-Qasim al-Misri yang menganggap sesiapa yang hanya membeli tembikai sempena dengan perayaan bukan Islam, dia seolah-olah telah membeli seekor babi untuk disembelihkan.
Di sisi ulama mazhab Hanafi pula lebih keras, sehingga ada yang berpendapat kufurnya seseorang yang hanya memberikan hadiah berupa sebiji telur pada hari tahun baru Parsi dalam bentuk memuliakannya.
Jika kita himpunkan kesemua perkataan para ulama, kita akan dapati bahawasanya semua mereka mengharamkan menyambut perayaan bukan Islam termasuklah mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali, bahkan mazhab al-Zohiri juga.
Al-Lajnah al-Da-imah lil Buhuth al-'Ilmiah wa al-Ifta' ketika ditanya tentang hukum bersama menyambut perayaan bukan Islam menyebut :
"Tidak boleh bagi seorang muslim untuk dia bersama orang-orang kuffar dalam (menyambut) perayaan-perayaan mereka, dan untuk menzahirkan keseronokan dan kegembiraan dalam perayaan mereka, (demikian juga tidak boleh) untuk dia bercuti dari bekerja (untuk menyambut perayaan tersebut) samaada perayaan itu perayaan keduniaan ataupun keagamaan, kerana ini termasuk dalam bertasyabbuh (menyerupai) musuh-musuh Allah yang diharamkan dan termasuk dalam tolong menolong dengan mereka dalam perkara yang batil."
Telah thabit dari Nabi saw, sabda baginda : "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk salah seorang dari mereka." Allah swt pula berfirman : "Dan tolong menolonglah kamu dalam perkara yang baik dan takwa, dan jangan kamu tolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan. Dan bertakwalah kamu kepada Allah seseungguhnya Allah amat keras seksaannya."(al-Maidah : 2)" – Fatwa bil. 2540.
Al-Syeikh Muhammad Bin Soleh al-Munajjid pula apabila ditanya tentang hukum yang sama menjawab :
"Tidak boleh bersama orang-orang kafir menyambut perayaan-perayaan mereka disebabkan perkara-perkara berikut :
1- Ia termasuk dalam al-Tasyabbuh (menyerupai orang kafir). Nabi saw bersabda : "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, , maka dia termasuk salah seorang dari mereka." (hadith riwayat Abu Daud) Ini adalah amaran yang serius. Abdullah bin al-'Ash berkata : "Sesiapa yang hidup di atas tanah orang-orang musyrik, lalu menyambut hari Nairuz (perayaan tahun baru) mereka, dan perayaan-perayaan mereka, dan dia telah menyerupai mereka sehingga dia mati, dia akan rugi pada hari kiamat."
2- Bersama di dalam perayaan adalah sebahagian daripada Mawaddah dan Mahabbah kepada mereka. Allah berfirman : "Jangan kamu menjadikan Yahudi dan Nasara itu Auliya'…" dan firmannya lagi : "Wahai orang-orang yang beriman jangan kamu menjadikan musuh-musuh Ku dan musuh-musuh mu sebagai teman-teman setia, kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita Muhammad) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada diantara kamu dengan mereka, sedangkan mereka telah kufur dan engkar terhadap kebenaran yang sampai kepada kamu…" (al-Mumtahinah : 1)
3- Sesungguhnya hari raya adalah perkara agama dan aqidah, ia bukan sekadar adat dunia sepertimana yang disebut di dalam hadith : "Bagi setiap kaum itu ada hari rayanya mereka, dan ini adalah hari raya kita." Hari raya mereka itu melambangkan aqidah mereka yang rosak, syirik dan kufur. "
4- (ayat al-Quran – "dan orang-orang yang menyaksikan yang palsu…) telah ditafsirkan oleh para ulama sebagai (menyaksikan) perayaan-perayaan orang-orang musyrik. Tidak boleh memberi kad-kad ucapan perayaan kepada mereka atau menjualnya kepada mereka, atau apa sahaja yang keperluan perayaan mereka seperti lampu-lampu, pokok-pokok (untuk perayaan), makanan-makanan (untuk perayaan), dan selainnya."
Di dalam fatwanya yang lain, apabila ditanya tentang hukum mengucapkan tahniah kepada perayaan kafir beliau menyebut :
"Mengucapkan selamat kepada orang kafir pada hari Krismas atau selainnya dari perayaan keagamaan adalah haram dengan kesepakatan para ulama, sepertimana yang dinakalkan oleh Ibn Qayyim di dalam kitabnya Ahkam Ahl al-Zimmah (أحكام أهل الذمة) ketika beliau berkata : "Adapun ucap tahniah/selamat kepada syiar-syiar kuffar secara khusus adalah haram dengan kesepakatan para ulama, seperti mengucapkan selamat kepada perayaan atau puasa mereka dengan mengatakan : "Selemat hari raya kepada kamu" atau "Semoga bergembira dengan perayaan ini" atau seumpamanya.
Perkara ini jika selamatpun pengucapnya dari kekufuran, ia tetap termasuk dari perkara-perkara yang haram, ia sama seperti mengucapkan selamat kepada seseorang yang sujud kepada salib, bahkan perbuatan ini adalah lebih besar dosanya di sisi Allah dan lebih besar kemurkaan berbanding mengucapkan tahniah kepada seseorang yang meminum khamar (bir), seorang yang membunuh dan yang berzina dan seumpamanya.
Kebanyakan orang yang tidak ada kesedaran agama terjebak dalam perkara ini. Dia tidak sedar betapa buruk amal perbuatannya. Maka sesiapa yang mengucapkan tahniah atau selamat kepada seseorang yang melakukan maksiat, bid'ah atau kekufuran. Maka sesungguhnya dia telah membuka ruang kepada dirinya untuk mendapat kemurkaan dari Allah."
Inilah sebahagian perkataan para ulama yang sempat dimuatkan. Kesemua mereka melarang keras menyambut perayaan bukan Islam. Kerana mustahil perayaan Islam yang dibina atas dasar mentauhidkan Allah, bersih dari kesyirikan dan kebatilan boleh dikongsi dengan perayaan agama lain, dimana kesyirikan dan kebatilan dinyatakan pada hari tersebut.
Dr. Yusur al-Qaradhawi yang lebih ringan dalam masaalah ini, yang mana beliau berpendapat boleh seseorang muslim menyampaikan tahniah kepada perayaan Ahli Kitab tetap melarang untuk menyambut sekali perayaan bukan Islam. Beliau menyebut :
"Ini adalah daripada hak-hak bersama, jika seseorang ahli kitab datang dan menyampaikan tahniah dengan perayaan kamu (muslim) dan bersama dalam kesedihan dan musibah yang menimpa kamu dan mengucapkan takziah kepada kamu. Maka apakah pula larangan untuk kamu mengucapkan tahniah dengan perayaan mereka dalam kegembiraan mereka dan mengucapkan takziah dalam musibah yang menimpa mereka ? Allah swt berfirman (maksudnya) : "Apabila kamu dihormati dengan satu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah dengan yang serupa." (al-Nisa :86)
Beliau menyambung dengan mengatakan : "Ini tidak bermakna kita menyambut perayaan itu bersama mereka, adapun ianya hanyalah ucap tahniah semata-mata, ini termasuk dalam berbuat baik dan adil yang datang bersama agama ini (Islam)"
Sumber : Islamonline
Wassalam.
Terima kasih kepada pengirim e.mail : ">Mohd Zahrin Mohd Zahran
6 ulasan:
12:50 PM
Alhamdulillah. Santai gaya penulisan di awalnya...mengetuk minta dan diakhirkan dengan sumber ilmiah. Teruskan menulis ustaz!
AKMA
p/s : salam aidilfitri juga buat ustaz sekeluarga. insya-allah kita ketemu nanti.
2:19 PM
suka ngn artikel ni.sekadar ucapan boleh ttp kita mmg dilarang utk merayakannya malah utk mengunjungi rumah terbuka mereka pon di haramkan.
al-qardhawi mengharuskan hanya sekadar pada ucapan. tetapi kalo xsilap sy tahun2 yg dulu ex-syeikh al azhar tantawi penah mengunjungi rumah trbuka hari natal.betulkah berita ini....?
3:31 PM
Assalamualaikum...
UstazMuda, Bagus artikel ni...dapat menambahkan pengetahuan tentang kekeliruan yang berlaku sekarang ini kepada umat Islam. Sekurang2nya had toleransi beragama dapat dijaga agar tidak terjerumus hingga menjejaskan aqidah kita sendiri.
Umur Ustaz 35 tahun ye...ini bermakana saya tua cuma setahun dari ustazmuda.
email saya: ambo6970@gmail.com
9:10 AM
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/2006/10/ucapan-tahniah-perayaan-agama-lain.html
Cuba baca tulisan Ustaz Wann Gi, dihttp://laptopdarulfiqh.blogspot.com/
UCAPAN TAHNIAH PERAYAAN AGAMA LAIN : PENDAPAT YANG KERAS DAN LEMBUT.
6:08 PM
1:33 AM
sekadar pendapat...
sy lebih cenderung kpd pendapat al-qardhawi n juga ulama' kontemplari yg lain. berbeza pendapat dgn ulama'salafi(dahulu) yg mengharamkannya. ini hanya sekadar ucapan selamat.
dan mengikut situasi skrg yg komposisi rakyat di malaysia adalah lebih kurang sama antara muslim n non-muslim sy rasa pendapat harus itu mungkin lebih sesuai. di waktu dulu kerajaan2 islam adalah bebas drpd campur tgn non-muslim.ttp skrg non-muslim adalah salah satu element yg mngerakkan negara.pendapat/ijtihad tidak pernah trtutup kerna ia sentiasa mengikut keadaan semasa. lgpon tiada nas2 yg kukuh yg mengharamkan ucapan selamat itu secara total.
p/s:minta pendapat mngenai ex-syeikh al-azhar yg buat kunjungan semasa hari natal dahulu. minta ada sape2 yg jawap.sbb ada trbaca dr artikel/srtkhabar
9:46 AM
Assalamualaikum wrbt...adik pun nak komen gak nih...
huhu...kongsi raya...heboh...ye heboh sungguh2...
baik menteri yang Islam atau bukan Islam sibuk mempertahankan kongsi raya ni...nak sgt tunjuk kemesraan tu...
padahal lps raya berperang blk mcm biasa...lakonan semata-mata...
menteri yang Islam ni cbuk2 pulak nak berkongsi segala-gala ngan bkn Islam...apehal?
kalau setakat ziarah menziarahi takpe...tp jgn sampe terikut budaya, pakaian, makanan, tari menari, dan ucapan skalipun tak boleh...klu dlu takpelah tak tau hukum...tp bila dh tahu wajib patuh...haram mengatakan selamat pada org kafir...
ini juga ditegaskan Nabi S.A.W. bahawa kalau org kafir memberi salam pada kita...kita harus menjawab salam juga tetapi salam laknatullah pada mereka...kalau nak jwb jugak...jwb 'salam' sudah...tidak ada rahmat Allah buat mereka...tu dia pny tegasnya Islam pada puak kuffar nih....
akhir kata.....jgn lah berkongsi raya dgn bkn Islam..wassalam.
Post a Comment