Tuesday, October 31, 2006

CERITA PENDEK...

3 ulasan
Salam sahabat blog...

Alhamdulilah setelah selamat bercuti selama hampir 10 hari, ustazmuda selamat kembali semula keteratak tempat berteduh ustazmuda tiga beranak. Tak sabar rasanya nak mejenguk teratak maya ustazmuda, sampai je terus buka PC, ummipun apa lagi panjang jelingannya tapi nampak manis dan manja sangat, cair dibuatnya. Arghh cintaku nan satu hanya padamu sayang...

Erm… itulah penangan Blog, rindunya melampau walaupun tak lebih sekadar kepuasan diri sendiri. Hati rasa nak menulis tapi mood tak datang-datang juga biarpun ada insiden-insiden menarik diAidilfitri yang ingin dikongsikan.

Tahun ni macam juga tahun-tahun biasa… ceritanya sama. Balik kampong, banyak kampong yang dibalikkan, bermula di Sanggang Temerloh dan malam raya pertama terus ke Pekan esoknya terus lagi beraja di jalanraya nun menghala ke Mersing. Erm… Sakan jugalah beraya tahun ni, dan itulah rutin saban tahun sebenarnya… tahun-tahun lepas dan mungkin akan berterusan tahun-tahun mendatang. Raya-raya…

Ini belum lagi campur dengan rumah terbuka dan sambutan perayaan kat tempat kerja ni… Campur tolak darab bahagi <...Maaf!!! Mungkin istilah ini telah dibakulsampahkan hasil dari penggunaan BI dalam pendidikan negara...> kira sebulan jugalah beraya jawabnya…




SALAM AIDIL FIRI 1427 H

MAAF ZAHIR DAN BATIN


Camne ngan puasa enam kita??? Entah. Ada kesempatan buat, tak ada…

Ingat!!! Puasa enam menampong segala kekurangan puasa Ramadhan kita… dan Insya Allah kelebihannya seolah berpuasa sepanjang tahun. Hanya enam hari sahaja diperlukan dari 30 hari yang ada. Ayuh kita sama-sama berpuasa. Amin.

Oklah tajuknya cerita pendek… jadi biarlah berakhir di sini. Erm, esok kalau free kita sembang lagi mungkin masih cerita raya, cerita TV, cerita budaya cerita bermacam cerita…

3 ulasan:

Produk Halal Tanggungjawab Bersama says:
9:25 AM

Assalamualaikum wrbt abg..

Salam Aidilfitri dan maaf zahir dan batin.

firstly sblm bagi komen ni adik nk mintak maaf sbb hp adik kena tukar lain...alamak kena tunggu bajet la nak beli baru...hp lame dh...jatuh pun berderai saja..tp kuat gak tu tahan bertahun2...3350..haha...

hmm...adik pun puas beraya..tp tak puas lagi sebenarnya ni...10 hari cuti

tp tu lah..puasa 6 kena buat...sbb ia sbg pelengkap puasa kita yg kurang sempurna bulan Ramadhan dulu. Bulan Ramadhan masih membara dalam jiwa adik ni...hari2 rasa mcm masih dlm bulan Ramadhan...cinta adik padanya belum pudar...

bila dtg Ramadhan...rahmat melimpah ruah..walaupun rezki tak byk mana tp rasa mencukupi setiap hari...oh Ramadhan...kau meninggalkan daku..aku berharap kita dpt ketemu lagi tahun hadapan insyaAllah...

ketibaan Syawal disambut meriah...tetapi kedatangan Syawal juga bermakna bersedialah sama ada kita akan kembali ke zaman jahiliyyah atau kita akan membawa amalan yang biasa kita lakukan di bulan Ramadhan.

Itu yang menakutkan diri adik...bila masuk Syawal...mmg lah sebak dgr takbir dan sbgnya...tetapi hati tetap tak mahu lepaskan Ramadhan...

adik harap kita sentiasa seperti di bulan Ramadhan...

sahrunizam abdul talib says:
9:39 PM

Asslamualaikuum,
moh kita berblog balik. raya dah habis...

che'GuBard says:
1:54 AM

Raya......

Eidulfitr...

Maaf Zahir Bathin