Wednesday, October 04, 2006

PROTAZ...

5 ulasan
Salam sahabat blog...

Khusus buat saudara muzem... terima kasih kerana menjenguk ustazmuda dan minta pandangan ustazmuda tentang protaz. Terimakasih atas kepercayaan. Sebenarnya ustazmuda pernah membicarakan isu ini, dalam posting ustazmuda di blog lama ustazmuda blog abiumar. Apapun ustazmuda siarkan semula... siaran rakaman tersebut di blog ini. Kepada sahabat yang dahpun pernah menonton siaran langsungnya janganlah pula raa boring. Hehe. Inilah sekadar pandangan dari ustaz yang masih muda ilmunya...

Apa benda ni plak ni abi??? Bunyi macam nama planet je hehe tak pun resipi baru abi ke… takdelah. Hari ahad lepas, masa abi beli akhbar MM dan BM, ( biasalah abi ni seminggu sekali je beli akhbar ) ex-student abi nipun turun sama, belek-belek akhbar dan majalah yang ada kat kedai tu dan akhirnya dia ambik majalah i, abi bukan tak tahu majalah ni… tahu dan pernah baca dulu-dulu tapi bukanlah peminat setia… tapi bila ex- student abi ni beli, abipun tumpang semangkuk baca… seronok juga isinya banyak perbincangan ilmiah, rasa minat plak nak baca selalu… Nantilah abi fikirkan mungkin abi akan langgan kot. Hehe

Satu artikel yang abi nak kongsikan dengan sahabat blog abi, ( perasan macamlah abi ni ada peminat blog abi hehe ) pasal PROTAZ. Masa tengok tajuk tu, abi tak paham sangat apa ke bendanya PROTAZ, tapi bila abi baca lebih lanjut tahulah abi, kata singkatan dari PROFESIONAL dan USTAZ maka jadilah PROTAZ Agaknya apalah gelaran kalau PROFESIONAL dan USTAZAH mungkin PROTAZAH kot, tak pula dibincangkan dalam majalah tu bab ni…

Isu yang diutarakan, sekarang ni ramai golongan professional yang terlibat secara langsung dalam bidang dakwah… tak kiralah siapa mereka engineer ke doktor ke peguam ke. Itulah asas kepada topik perbincangan. Disertakan juga beberapa perbincangan dengan beberapa orang golongan Profesional yang terlibat secara langsung dalam dunia dakwah ni… antaranya pengasas Al-Ahkam, seorang pilot Hafiz Firdaus dan seorang Doktor iaitu Dr Danial serta beberapa orang lagi yang abipun tak ingat sangat nak sebutkan namanya satu persatu.

Bagi abi, ikhlas abi cakap abi rasa seronok sangat dengan perkembangan yang berlaku ni, Islam ni bukan hak elit golongan agama semata-mata. Tetapi hak kita semua dan menjadi kewajipan kepada kita menyampaikannya walau sepatah ayat sekalipun… Bukan juga Islam ni hanya duduk di mimbar masjid… biarlah Islam ini berada dimana-manapun, mungkin dibawa terbang ke udara oleh seorang pilot atau berada di klinik dan hospital ditangan seorang doktor dan mungkin juga di kamar-kamar mahkamah oleh seorang peguam… kalau boleh di padang bolapun kita bawa Islam dan di dunia pentas hiburanpun kita bawa Islam dan inilah yang dikatakan kesyumulan Islam… barulah kan terpancar keindahan dan kesempurnaan Islam. Cuma yang membawa Islam tu kenalah jaga Islam tu dengan baik agak tidak tercemar.

Abi seronok sebenarnya bila baca tentang Hafiz Firdaus ni… banyak buku-buku karangan beliau. Beliau juga menguasai bahasa arab dengan baik. Moga akan lebih ramai lagi lahir ilmuan-ilmuan yang hebat seperti ini. Abi, abi sendiri sampai saat ini masih belum mampu melahirkan sebuah bukupun… melainkan sekadar merepek diblog aje. Hehe

Kalau kita tengok pada zaman sahabat dulu, mereka bukan sahaja seorang Ustaz… tetapi mereka juga seorang PROTAZ… dah lama dahpun PROTAZ ni bukan zaman sekarang ni jer… Lihat kepada Imam Ibnu Sina beliau bukan sahaja seorang Ulamak dalam bidang agama tetapi merupakan tokoh perubatan yang sangat terkenal, begitu juga dengan Al-Khawarizmi yang memperkenalkan Al-Gebra… juga seorang agamawan yang ulung sekadar menyebut beberapa nama tokoh Islam terdahulu. Kalaupun istilah PROTAZ boleh digunapakai kepada baginda Rasul, maka beliaulah contoh tauladan PROTAZ yang terunggul tiada tolak bandingnya. Total melengkapi dalam segenap aspek kehidupan manusia. Cuma mungkin tiada istillah yang tepat menggambarkan kehebatan baginda, istilah PROTAZ sendiripun belum wujud pada masa tersebut… Baginda Rasul SAW seorang strategis perang yang hebat, seorang Imam di masjid, ahli politik bahkan motivator yang cemerlang…

Mungkin kerana sistem pendidikan kita kini, yang memisahkan antara ilmu agama dan ilmu-ilmu yang lain menyebabkan kita jadi begini… Kalau seseorang yang berada dibidang agama, maka mereka hanya tahu agama sahaja… begitu juga bidang-bidang lain. Mungkin juga ini adalah agenda penjajah yang lama bertapak di Tanah Melayu dan hampir semua negara Islam yang dijajah.

Sepatutnya tidak ada pemisahan seperti ini, barulah akan lahir seorang intelektual Muslim yang hebat dalam segenap segi…

5 ulasan:

Ibnu Hashim says:
10:00 AM

Assalamualaikum,
Abu Muaz la nih, disamping jadi abu muaz jugak merupakan Ibnu Hashim...ehehe...

Contoh TAZPRO ni ramai dah ada.. TAZProfessor pun ada..cthnya Ustaz Harun DIn... Pakar herba pun dia..
Yang paling menonjol TAZPRO pada saya ialah ustaz ustaz KAGAT. Mereka juga adalah Tentera yang sejati...duduk di barisan hadapan, memegang senjata tak seperti doktor yang tidak memegang senjata di medan perang. Ahli-ahli Falak di Malaysia ni pun TAZPRO, ramai lagi kat KUSZA nun (UDM). In the making pun ramai, sekarang ni sekolah sekolah agama banyak yang memasukkan akademik dalam silibus mereka. Para lepasan sekolah ni boleh jadi Ustaz atau TAZPRO. InsyaAllah, anak sulung saya mahu jadi Doktor, itu cita citanya lah dan saya sebagai ayah akan pastikan sekurang kurangnya dia jadi hafizah, doktor yang Hafizah... TAZAHPRO la pulak.. Saya ada beberapa orang kawan yang memondok dan kini bekerja secara professional, akhlak terjaga dan ketrampilan menyerlah...TAZPRO la tu. Peniaga peniaga dan usahawan usahawan berjaya juga adalah TAZPRO.
Yang membeza mereka dgn PROTAZ ini mereka belajar berguru...bukan dengan buku atau tak formal. Rasanya ustaz lebih tahu sebab ustaz ni golongan ustaz..
wallahu'alam.

Produk Halal Tanggungjawab Bersama says:
10:23 AM

Assalamualaikum wrbt abgku,

hmm ada beza antara PROTAZ dan TAZPRO ye...

ye mungkin btul kata saudara Abu Muaz, Ustaz + Professional vs Professional + Ustaz

Nampak mcm sama je, tp berbeza dr segi pembelajaran mungkin. Apapun...memang ramai dah zaman skrg ni..bahkan bermula dari zaman Hamka lagi.

Jangan jadi macam 'ustaz' astora sudah le..hehe...mengeluarkan fatwa yang dia sendiri pening.

KAGAT memang antara badan agama yang sangat berkaliber melahirkan TENTERA AGAMA, yakni di samping bertugas sebagai anggota tentera, mereka juga anggota agama yang berperanan mendidik anggota tentera agar sentiasa tawadhuk dan bertaqwa kepada Allah walau dalam apa jua situasi, baik perang atau dalam aman damai.

Peranan Tazpro atau Protaz ni sama, membimbing masyarakat ke arah keredhaan Allah di samping melaksanakan tugasan professional mereka. Kalau kerja guru, sambil mengajar, berdakwah serba sedikit, begitu juga dengan jururawat, doktor, peguam (macam peguam PAS - HANIPA MAIDIN) dan lain-lain.

Apa pun...jadilah ustaz professional yang mengikut ahlul sunnah wal jamaah, bkn ustaz ikutan atau ustaz ciplak...mcm ustaz 'zul'..nama ustaz tp merogol orang..mencemarkan nama persatuan ustaz-ustaz sedunia je...

Wallahua'lam.

Ibnu Hashim says:
1:13 PM

huhuhu..mantap adik ustaz nih!

Produk Halal Tanggungjawab Bersama says:
2:41 PM

erk....mantap ke ana ni..hehe...sape la ana ni...sekadar apa yang ana faham dan terlintas di hati, tetapi hujah mesti berdasarkan bukti, bukan hentam keromo je kan, btul tak saudara Abu Muaz?? Abg ana ustazmuda ni pun rasa2 sama pendapat, tul tak abg???

Hujah Sdr Abu Muaz pun tak kurang hebatnya...maklumlah..orang yang dh lama dalam kancah politik dan juga suasana negara yang bermacam-macam karenah ni...

apa pun, marilah kita menjadi TAZPRO, klu nak jd PROTAZ leh juga, tapi pastikan sumber buku2 dan kaset2 tu dari tok guru yang diiktiraf ilmu dan pekertinya. Cth : Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

me,myself n all around da world says:
3:17 PM

hanya soalan nakal,
kalo semua nak jadi ustaz,sape nak jadi org awamnya??hehe...


dan satu lg soalan

betulkah kenyataan ini,oleh kerana para fundamentalis(protaz,tazpro,salaf,khalaf n etc)terlalu dikuasai oleh pemikiran Al-Ghazali,ini menjadikan pemikiran umat islam mengalami kesembapan,tidak maju dr segi sains.