Friday, October 06, 2006

CERITA COLGATE...

5 ulasan
Salam sahabat blog...

"
Sememangnya halal ubat gigi Colgate mematuhi piawaian
halal dan disahkan oleh badan yang diiktiraf oleh JAKIM "

Petikan Harian Metro Ahad 24 September
2006

Apa kena dengan ustazmuda ni, nak mengiklankan colgate yang memang dah tak perlu diiklankan pun... semua orang dah tahu. Siapa tak kenal colgate??? Dari sekecik-kecik hinggalah nenek-nenek tua di kampong semuanya kenal dengan colgate. Sampaikan jenama lainpun dipanggil colgate... kelakarkan??? Takpun... hehe. Ambikkan nek colgate tu padahal ubat gigi yang ada tu jenama lain. Tak kisahlah Darlie ke, Mukmin ke tapi tetap dipanggil colgate... Ada ke orang cakap nak beli mukmin satu??? Nak beli darlie satu... dik tolong beli Halal Gel... rasanya tak ada...

Begitulah hebatnya jenama colgate. Bila sebut aje nak beli colgate maknanya pahamlah nak beli ubat gigi... sampai begitu sekali sinonimnya colgate dengan ubat gigi... ala kira macam pampers juga... orang tak cakap nak beli lampin buang... mana ada orang cakap macam tu... mesti kita cakap nak beli pampers kan??? Walaupun sebenarnya yang dibeli drypers ke, huggies ke atau yang syarikat melayu punya de comel...

Kalau sahabat perasaan dalam 2 minggu ni banyak sungguh iklan colgate. Di TV pun ada, di akhbarpun ada... khususnya di akhbar Melayu. Mingguan Malaysia terpampang, Harian Metropun terpampang... yang lain tu tak pastilah sebab ustazmuda tak beli... Pelik ke??? Mungkin pelik bagi yag tak memikir dan tak pelik bagi yang terpikir...

Sahabat macamana??? Jangan pula marahkan utazmuda kerana memberi promosi percuma kepada colgate??? Tak ada langsung terlintas di hati untuk mempromosi. Sungguh!!! Rasanya dah hampir 3, 4 tahun juga tak beli colgate. Semenjak orang-orang kita Islam ni dah pandai buat ubat gigi sendiri, terpanggil hati ini untuk membantu mereka. Paling kurang ustazmuda memberikan saham membantu syarikat-syarikat muslim yang ada... lebih-lebih lagi hati tak rasa syak dan ragu akan kesuciannya. Bermula dengan Cengkudu, Herba Penawar Al-Waheeda, Mukmin sampai terkini beralih pula pada RAR Ustazmuda rasa berkewajiipan membantu syarikat Melayu Islam kita ni. Kalau tidak kita yang bantu siapa lagi...

Berbalik kepada colgate tadi, mudahnya tanda halal dipergunakan. Ustamuda tak kata colgate tak halal. Siapa pula badan yang disahkan oleh Jakim??? Tertanya ustazmuda. Tapi kenapa sekarang ni baru nak war-warkan kehalalannya??? Keliru dibuatnya. Atau sengaja menambahkan kekeliruan pada umat ini???... Semenjak dua menjak ni, sejak kecoh isu halal ni beriya benar colgate mengiklan kehalalannya... satu demi satu kita dipermainkan, dari roti hinggalah ke ubat gigi. Kuasa ditangan kita. Kenapa colgate sanggup mewar-warkan secara besar-besaran begitu??? Tak lain tak bukan colgate dah mula ada rasa gentar. Gentar akan pelanggannya lari, gentar pelanggannya beralih arah. Gentar ke mereka??? Syarikat besar... Syarikat gah. Akan tumbangkah mereka hanya kerana segelintir umat Islam yang menolak mereka...

Bangkitlah wahai umat ini, sedarlah betapa mudahnya kita dipermainkan??? Bila mereka mahu, mereka letakkan halal... bila mereka terdesak di pampangkan halal, bila mereka resah di paparkan halal. Sudahlah kita tertipu untuk keberapa kali entah??? Sudahlah. Kuasa di tangan kita??? Ingat kuasa beli kita besar. Jangan biarkan kita terus dipermainkan... Jangan. Biarlah kita kerugian sepuluh sen dua asal kita dapat apa yang berkat. Yang di redhai olehNya. Amin.

5 ulasan:

adik_ustaz says:
8:40 AM

Assalamualaikum wrbt....

Izinkan adik komen sket...

hmm...nak komen ape ye..sbb semua dh abg kasitau...hehe...ok la adik nk tokok tambah sket je...

mmg adik setuju kata abg tu, colgate dh rasa gentar sbb byk pesaing dh skrg ni, terutama orang2 Muslim dh berhati2 dgn produk yg diragui ke'halal'annya.

Satu je colgate terlupa, ok klu nk letak halal tu...letaklah...tp berani ke letak "TANPA SERBUK TULANG" mcm mana yang HPA buat dan HALAGEL. Itu yang paling dititik beratkan oleh org Islam. Memanglah...keropok2 yang entah mcm2 jenis kat pasaran pun ada halal gak...

tp ada satu yg takde logo halal - PRINGLES

kenape ek??? Klu Mister Potato tu ada jgk...

dan satu lagi - chewing gum WRIGLEYS

Halal ke???

Sekian Harap Maklum. heheh...

zamri says:
3:32 AM

tak bolahkah umat islam buat sesuatu produk yang berharga kompetatif.Haruskah pembeli sahaja yang diminta berkorban?Berdosa tak kita berkata sesuatu berbau tuduhan?.... Semoga kita tidak disengat dilubang yang sama berkali kali.Asal produk islam je mahal sokmo....apakah produk islam ini untuk orang yang kaya sahaja? Fikir fikirkan lah.

Ibnu Hashim says:
9:07 AM

Saya sokong Zamri.... Dan kita pun akan support usahawan Islam.

Zamri buat produk apa? Habaklah kat sini yer..

Anonymous says:
8:58 PM

saya buat product hydrogen bagi pihak company amerika....bertapa hinanya saya.....zamri

Anonymous says:
7:43 AM

saya pakai raiya ,ada hadiah berus gigi dan halal