Wednesday, November 15, 2006

APA KATA MEREKA TENTANG AURAT...

8 ulasan
Salam sahabat blog...

Seorang sahabat mengirimkan ustazmuda klip video dibawah... dan meminta ustazmuda membuat komentar. Ustazmuda tidak berhasrat untuk membuat sebarang komentar buat masa ini... Terima kasih sahabat yang mengirimkan. Jasamu dikenang.

Anda saksikan sendiri 'klip' dibawah. Selamat menonton...







Anda bagaimana??? Ustazmuda tak nak buat sebarang komentar buat masa ni...

8 ulasan:

Anonymous says:
9:55 AM

ermm kalau dari sudut agama ternyatalah video clip nie kita sebagai muslim tak boleh tgk mana taknya ada salah sorang pelakon tu mendedahkan aurat..

ok kita pergi ke arah seni..ya karya ini menunjukkan inilah senario yg berlaku dikalangan rakyat Malaysia..

a)gadis yang bertudung sebab fashion dan sebab baru balik umrah

b)sebab mak bapak suruh pakai zaman sekolah dan terus pakai sebab dah terbiasa ( dan golongan ini lah yang paling ramai )

c)golongan yang berpurdah dan tidak itu dikategorikan sebagai golongan yang benar² taat kepada perintah agama

d)yang betudung cantik tapi merokok adalah satu golongan masyarakat yang boleh kita tafsirkan sebagai satu kelompok masyarakat yang cuba berubah dari perangai yang tidak elok.

saya lebih berminat kepada untuk mendiskusikan golongan a dan b sebab golongan seperti ini lah yang paling ramai wujud di massa kini.

golongan a..ermm biasalah para artis yang terlalu ingin menjaga imej kununnya baru balik dari umrah dan mendapat hidayah ( tapi lama-lama cabut juga alaa ramai sgt dah macam ni ). kita boleh selalu tgk senario macam ini di surat khabar, majalah hiburan dan melodi ( jgn sapa tak ngaku dia tgk melodi hehe )

golongan b..haii golongan inilah yang paling ramai di Malaysia ini..contoh terdekat cuba saudara -saudari sekalian tgk di tv3 tu alaa konsert jomheboh tu..cuba tgk sapa yang duduk barisan depan sekali..anak gadis yang pakai tudung mcm video klip tu kan?? saya mengaku saya pernah tgk video klip lucah yang saya terima melalui email...sedih..sangat sedih. anak gadis yang bertudung seperti ini lah dalam video klip tersebut melakukan hubungan seks diatas motor la, di tebing sungai la, dalam rumah la, dan lain - lain. Kalau kita dengar betul-betul kata-kata anak gadis tersebut beliau memang teringin sangat masuk ke disko ( tapi kurang-kurangnya dia kata nak cabut juga la tudung dia tu ). saudara ku sakalian sememangnya inilah yang berlaku. Anak gadis sekarang hanya memakai tudung disebabkan arahan ibu bapa bukan atas sebab suruhan Allah s.w.t.
Saya pernah menanyakan soalan kepada saudara UmarFaruqi yang mana lebih penting perjuangan mengukuhkan akidah umat atau perjuangan negara Islam semata -mata? Bagi saya kedua - duanya harus seiring dan sejalan ( tapi malangnya sekarang pabila terlalu ramai orang memperjuangkan negara Islam akan tetapi terlalu sedikit pula yang mempertahankan akidah umat dan kesannya lihatlah betapa ramai umat Islam murtad ).
Begitu juga dalam soal pemakaian tudung. Anak gadis sekarang tidak diterangkan sebab kenapa dan mengapa dia perlu memakai tudung. Apabila sesuatu benda untuk kita dirikan harus mempunyai dasar yang kuat untuk memastikan benda yang ingin kita dirikan itu kuat dan terus kekal selama - lamanya.

Saya berminat kata - kata Dr.Abdullah Yassin (seorang penceramah bebas yang digam oleh JAIS dan sekarang mengajar di Perlis), "Benar solat itu tiang agama tapi untuk memperkuatkan agama harus mempunyai aqidah yang kuat dan aqidah itulah dasar agama ."
Bagi golongan anak gadis yang memakai tudung seperti itu mereka hanya memakai tudung sebab ibu bapa yang suruh tapi sayangnya mereka tidak diberi penjelasan kenapa mereka perlu pakai dan hikmah disebalik pemakaian tudung tersebut dan akhirnya mereka menganggap tudung inilah hanyalah satu fesyen dan apabila mereka pergi kemana - mana dengan memakai tudung dan dengan membawa perangai yang tidak bermoral maka dengan pantas orang bukan Islam akan menganggap Islam ini bukanlah satu agama yang baik tidak seperti yang digembar - gemburkan..

ermm cukup lah sampai sini saja..saya ini anak muda yang masih cetek ilmu pengetahuan..

Zuri Aqim says:
11:26 AM

Mungkin pendapat saya tidak terlalu ilmiah, tapi bagi saya filem pendek hasil kerja pelajar MMU ini cuba menonjolkan senario gadis bertudung di Malaysia.

Saya rasa gadis yang merokok itu hanya berlakon sahaja yang dia itu merokok. Sekadar bergaya di hadapan kamera barangkali tidak kelihatan dia menghisap dan menghembuskan asap rokok. Dan saya juga percaya mereka yang berlakon di dalam cereka tersebut semuanya student. Jawatan dan pembawakan watak hanya diada-adakan sahaja. Sebagai bekas student, kadang-kadang perlakuan mereka (sepertimana saya dahulu) agak gila-gila sedikit.

Namun apa yang mereka cuba ketengahkan dalam klip tersebut memang terjadi dalam realiti masyarakat kita, di kala masyarakat menganggap gadis bertudung adalah dari golongan orang yang baik. Hasilnya, apabila gadis bertudung ini membuat sesuatu perkara yang mungkar, masyarakat dengan sinis mengaitkan tudung yang dipakai dengan perlakuan mereka, ibarat kata ""nampak bertudung, tapi perangai tak senonoh". Pada saya, bertudung atau tidak bukan mencerminkan akhlak yang sebenar. Mungkin yang bertudung itu lebih baik yang tidak bertudung, tapi dari segi perlakuan mungkin tiada beza. Terpulanglah kepada niat si pemakai itu sendiri sama ada kerana fesyen, pengaruh masyarakat sekeliling atau ketaatan kepada Allah.

Iman tidak terletak pada tudung. Kalaulah iman itu terletak pada tudung, adakah rahib yang tudungnya lebih sempurna dari sesetengah wanita muslim itu boleh dianggap beriman? Tentu sekali tidak.

Ada juga yang faham tentang syariat menutup aurat itu wajib, tetapi bagi mereka menutup aurat hanyalah dengan bertudung, sedang kain terbelah hingga ke lutut, baju kecil seperti tidak ada saiz yang sesuai, menampakkan lengan yang gebu.

Astaghafirullah...

Ibnu Hashim says:
11:50 AM

Assalamualaikum,

Saya bukan nak komen video tu, tapi nak komen kenyataan saudara zahrin.

Saudara Zahrin tulis "( tapi malangnya sekarang pabila terlalu ramai orang memperjuangkan negara Islam akan tetapi terlalu sedikit pula yang mempertahankan akidah umat dan kesannya lihatlah betapa ramai umat Islam murtad )".

Tak ada masalahnya kenyataan itu, NAMUN fitnahnya yang dilontarkan kepada perjuangan ke arah negara Islam itu amat amat dikesali. Adakah kerana memperjuangkan negara Islam itu MAKA ramai umat Islam Murtad?

Di awalnya memang cantik dah kenyataan saudara Zahrin ini, iaitu "Bagi saya kedua - duanya harus seiring dan sejalan". Namun pengucapan tidak sama dengan kenyataan yang dibuat selepasnya...

Berjuang untuk Negara Islam itu atas dasar apa? Adakah atas dasar glamer? Atau dasar tamak? Atau Apa? Bukankah perjuangan ke arah menegakkan Daulah Islamiyyah itu adalah semata mata atas dasar Aqidah?

Kian ramai murtad bukan salah perjuangan menegakkan Daulah Islamiyyah!!!...Tetapi lantaran Tidak menjalankan Hukum hukum ALlah itulah yang menjadi puncanya. Saya yakin!

InsyaAllah, dengan tertegaknya Negara Islam, Hukum Allah akan terlaksana, Murtad akan terkawal, Aqidah semakin mantap, kemanisan Iman kian terasa... Seperti yang dinyatakan saudara Zahrin ini, "Kedua-duanya Berjalan Seiring dan Sejalan.."

Maaf Ustaz...lari tajuk.

Sekian, Wassalam.

Produk Halal Tanggungjawab Bersama says:
3:10 PM

Assalamualaikum wrbt...

gejala menutup aurat ni sebenarnya lelaki dan perempuan sama rata perlu mengikut syariat. Bukan melihat hanya pada wanita...tetapi lelaki...

berseluar pendek...baju pun sama jgk pakai mcm perempuan, nampak pusat...sendat...walaupun tak byk mcm perempuan, tetapi lelaki jg perlu melihat pada diri sendiri...

ana bknlah nak melindungi kaum hawa pulak...ana pun lelaki...ttp secara ilmiah...lelaki pun kena jgk...

perempuan ni bila sebut saja....kita tgk tudung, adab pulak kena bagus dgn tudung...itulah..manusia ni tak pernah ada yg sempurna...elok di sini tak elok pulak kt bhg lain...

jd...bila pendapat ni kita tny...tny 10 org...10 pendapat berbeza...jika nk hitung pendapat...rasa2 tinta di laut tak cukup sbb berapa juta umat manusia akan membuat jawapan yg berlainan...terutama perempuan.

-fashion...ikut-ikutan
-atau sudah diajar dr kecil...
-tapi ada yg dh diajar tp tak tau ape sebab pakai tudung...jadi pakai je tudung...klu org suruh bukak...dia bukak...sbb takde pegangan
-atau satu lagi..mmg betul2 fhm hakikat menutup aurat...dan menjaga tingkah laku selari dgn kesopanan penutupan aurat itu.

dalam hadis dan Al-Quran, telah byk disebutkan....tp manusia, mmg jenis suka melawan...ada yg patuh..ada yg tak mahu patuh..ada yg tak tahu...

kesimpulannya...berdasarkan video ini, mereka2 ini mewakili berbilion manusia di luar sana yg mempunyai persepsi yang sama atau ada lagi alasan yg tak penah kita dgr lagi??maka marilah kita menegur dan memberi pesanan kepada adik2 atau kakak2 mak2 kita masing2 ttg aurat nih...itu peranan kita skrg...

Anonymous says:
11:54 AM

Assalamualaikum...

Saya bukan nak komen ttg video tu, sebab dah jelas pada kita itulah senario yang berlaku remaja wanita kita skrg, cuma saya ingin menyatakan kurang setuju tentang beberapa pandangan dari saudara al-irfan....maaf, saya petik semula tulisannya :
"Pada saya, bertudung atau tidak bukan mencerminkan akhlak yang sebenar...Mungkin yang bertudung itu lebih baik yang tidak bertudung, tapi dari segi perlakuan mungkin tiada beza...".

Secara jelasnya, Islam telah menggariskan tuntutan kewajipan menutup aurat bagi wanita muslim melalui firmanNya yang bermaksud " .. dan katakanlah kepada orang-orang perempuan yang beriman, supaya mereka menyekat pandangan mereka ( dari memandang perkara yang haram )dan memelihara kemaluan mereka. Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.... " Surah anNur ayat 30-31.

Melalui ayat di atas, Allah sendiri telah menetapkan ‘ akhlak’ bagi wanita-wanita yang beriman, dan salah satunya ialah dengan menutup aurat mereka iaitu dengan menutup kepala mereka ( termasuk leher ) dengan tudung kepala....

Jadi orang yang bertudung sudah termasuk di dalam golongan wanita yang berakhlak menurut kacamata Islam, berbanding dengan wanita yang tidak bertudung yang sudah jelas menolak kurniaan ‘akhlak’ yang telah dikhususkan kepada mereka.

Pendapat individu yang mengatakan seperti " Bertudung atau tidak bertudung tak apa asal hati baik...", juga perlu diperbetulkan...

Pernah Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “ Di dalam tubuh manusia ada segumpal darah (yakni hati ), jika baik hatinya maka baiklah seluruh anggotanya dan jika buruk hatinya maka buruklah seluruh anggotanya”.

Memang saya tidak nafikan, bukan mudah menilai hati seseorang kerana sesungguhnya Allah sahaja yang Maha mengetahui, namun sebagai manusia kita hanya boleh menilainya dari segi lahiriah iaitu melalui ketaatannya kepada Allah ( contohnya dari segi tuturkata yang baik, perlakuan yang sopan dan dari segi pemakaiannya yang selaras dengan tuntutan syariat ).

Tingkah laku atau perbuatan yang tidak baik yang dilakukan oleh orang-orang yang telah menutup aurat adalah kesilapan individu, tentulah tidak adil untuk kita menilai ke atas semua yang bertudung dengan sebab kesilapan segelintir dari mereka. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan… setiap orang pasti melakukan kesilapan, yang pasti wanita yang bertudung tadi sudahpun cuba mengawal diri dengan memenuhi tuntutan wajib tersebut…

Anonymous says:
1:04 PM

mungkin ada yang tersalah faham dengan komen saya..

ya betul perjuangan daulah islamiyah salah satu aspek penting dalam aqidah kita...tidak saya nafikan malah menjadi suatu kewajipan untuk kita menegakkannya...bukankah saya ada kata kedua - duanya harus berjalan seiring...

saya tidak mahu hanya memperjuangkan negara Islam tapi dalam masa yang sama masalah murtad tidak diambil berat..saya mengambil jalan tengah dimana Daulah Islamiyah dan akidah umat harus ditegakkan..

buat saudara Ibnu Hashim sila faham tulisan saya sebaik mungkin..

saya tidak menentang Daulah Islamiyah dan tidak menganggap menegakkan daulah islamiyah itu menyumbang gejala murtad tetapi apa yang saya risau bila terlalu ramai menumpukan kearahnya sedangkan boleh dikatakan tiada langsung yang pedulikan muslihat puak kuffar...

saudara ibnu hashim jangan terlalu beremosi dalam membantai saya tapi kalau saudara baca tulisan ini dan fahaminya tentu saudara akan faham makna dan tujuan saya..

cukup setakat ini..nanti gaduh pula silap - silap boleh kata saya ini puak islam liberal..

sekian..wassalam

buat saudara Umar Faruqi teruskan perjuangan melalui blog ini..

Ibnu Hashim says:
5:27 PM

Assalamualaikum..

Buat Saudara Zahrin,
Kalau saya silap, saya mohon maaf... Saya tak berminat untuk meneruskan komen yang lepas tu, semua orang boleh baca sendiri...

Tapi malangnya, kali ni pulak saudara mengatakan " saya tidak menentang Daulah Islamiyah dan tidak menganggap menegakkan daulah islamiyah itu menyumbang gejala murtad tetapi apa yang saya risau bila terlalu ramai menumpukan kearahnya sedangkan boleh dikatakan tiada langsung yang pedulikan muslihat puak kuffar...

Saya pun tak kata Saudara MENENTANG Daulah Islamiyyah.... kalau ada, sila tunjukkan.

Saya nak tanya, bagaimana kaedah kajian selidik yang telah saudara jalankan sehinggakan saudara boleh buat konklusi yang ini: "...tetapi apa yang saya risau bila terlalu ramai menumpukan kearahnya sedangkan boleh dikatakan tiada langsung yang pedulikan muslihat puak kuffar..

Mmm...tambah berat nih...Saya pun teringin nak tahu...

Kalau Zahrin kata saya emosi...pembaca boleh nilaikan sebenarnya siapa yang emosional dan saudara tentu tahu apa itu FITNAH.

Wallahua'lam.

p/s: Sorry yer ustaz...

Anonymous says:
9:34 PM

Apa motif video ini dirakamkan? Isu aurat ini bukan isu remeh tetapi melalui video ini, isu tersebut pada pandangan saya telah 'diremehkan'. Mungkin ada berpendapat ia cuma satu 'projek nakal' budak2 zaman sekarang tetapi bagi saya, bila sesuatu isu berat seperti aurat itu mula diperlekehkan sedemikian rupa, tidak ada justifikasi yang boleh menghalalkan perbuatan yang merosakkan seperti ini. Hatta atas nama seni atau kreativiti sekalipun apabila ianya menyentuh isu2 sedemikian.

Mungkin budak2 sekarang terutama gadis2 yang berlakon itu akan tergelak2 melihat cara persembahan mereka dalam klip itu, tapi adakah mereka akan berfikir betapa 'beratnya' implikasi dari apa yang mereka lakukan? Saya melihat bahawa mereka telah mempersendakan isu aurat atas nama 'kreativiti' dan 'realiti'. Samalah seperti yang dilakukan oleh sebilangan pengarah filem tempatan yang dianggap kreatif kerana memaparkan realiti kehidupan dengan menghalalkan artis2 berpelukan dan mendedahkan tubuh badan di layar perak atau skrin tv.

Jika benar pembikin video ini ingin menyumbang sesuatu kepada isu aurat ini (contohnya ingin memaparkan kepelbagaian sudut pandangan yang membentuk realiti semasa remaja tentang isu aurat ini), carilah pendekatan yang lebih sopan. Saya bimbang jika ada pihak lain di masa akan datang ingin 'menyumbang' pandangan tentang realiti dengan membincang isu murtad dengan cara yang sama, apa agaknya yang akan kita tonton nanti? Dan tidak kurang pentingnya apa implikasinya kepada orang yang melakonkan watak2 tersebut?

p/s: kepada adik2 yang 'melakonkan' watak2 dalam video tersebut, janganlah sekadar 'berlakon', cuba tonton dan fikirkan tentang isu aurat itu sendiri kepada diri anda... jangan hanya tertawan dengan betapa 'real'nya lakonan anda itu tanpa berfikir apa sebenarnya yang anda ucapkan dan apakah 'kebenaran' (dan bukannya realiti kehidupan semata2) di sebalik masalah/isu aurat itu sendiri.