Wednesday, November 22, 2006

CARA KITA BERBEZA...

3 ulasan
Entah kenapa hari ni dalam keboringan mengawas SPM, ( lama wei 2 jam 30 minit) duk bermenung, tetiba tercapai pen dan kertas terus je menulis. Sama naik je ngan pelajar menjawab kertas Bahasa Melayu II. Laju je. Hehe. Inilah hasilnya...

Cara kita berbeza...
( Dedikasi buat sahabat Azhari 1993 - 1998 )

Semalam..
Kita ketawa ria
Dalam Liqa' kita
Bertemu bagai tiada penghujung
Memamah inti ma'rifah
Memagar dolalah
Menyingkap maghfirah
Menyatu dalam satu wadah
Bertimpuh mesra
Tangan bersua
Mengunyah dalam satu maiedah

Hari ini...
Kita bagaikan terpisah
Kau kau, Aku aku
Ana dan enta mungkinkah menyatu???
Tika bersua diaidilfitri nan lalu
Kau bisik padaku
Kita masih sama
cuma cara kita berbeza...

ustazmuda
3.18 pm/Smk. Triang.

3 ulasan:

Sahrunizam says:
6:51 AM

percubaan yang memberangsangkan. teruskan...

Am says:
12:18 PM

wah, pandai ustaz buat puisi rupanya ya

ayu_mkay says:
10:48 AM

skang dah ada ustaz yg pandai berpuitis plak... bagus! teruskan.. mana tau leh jd fofuler nnt.. sebgi kwn numpang glemer jerk.. ehhh kita kwn ke.. hehehehe