Salam sahabat blog...
Tika cuti raya baru ni, panjang ustazmuda borak ngan mak dalam biliknya. Saat itu, mak sedang belek-belek buku akaun Tabung Hajinya. Ustazmuda ni memang manja dan selalu juga usik-usik mak walaupun usia dah lebih setengah abad tapi manjanya ermm... Itulah penangan seorang ibu. Ummi pasti tahu tu. hehe. Maaf ye mi.
Ustazmudapun tanyalah... boleh tengok buku akaun mak??? Ala duit awak semua juga ni. Mak ni apalah kerjanya. Harapkan anak-anak je sambil menghulurkan bukunya. Ustazmuda apa lagi terus tengok di halaman terakhir, tercetaklah angkanya kira ok jugalah sebagai orang tua kampong yang keperluannya apalah sangat dan kalau nak buat hantaran menantu satu lagi kat ustazmudapun kira ok lagi. Jangan marah mi. haha
Ustazmudapun tanya-tanyakanlah apa mak nak buat dengan RM ni mak??? Emak senyum je. Dan mak tanya balik, mak tengok sekarang ni ramai yang pergi buat umrah... apa pandangan Mat??? sambil menyambung, mak dengar juga ustaz Badawi tu nak besarkan rumah anak yatim dan nak tambah surau kat kawasan anak yatim tu... (mak panggil ustazmuda Mat). Sebenarnya yang mana lebih bagus ye Mat??? Lagipun mak nikan dah tua, entah bila akan pergi... kalau boleh biarlah apa yang mak buat dengan duit ni, akan kekal berpanjangan dan dapat juga membantu orang lain yang lebih memerlukan. Sedih bunyinya.
Ustazmuda banyak mediamkan diri je. Tak banyak sangat komen tapi dalam hati terdetik alhamdulillah Mak memahami Fikh Aulawiyyat... Fikh keutamaan. Mungkin inilah hasil asuhan kelas-kelas agama di kampong setiap minggu. Syukur. Ya!!! Fikh keutamaan mengutamakan sesuatu yang lebih perlu, yang lebih penting antara kepentingan sendiri atau orang ramai...Yang mana lebih utama antara trend ke Mekah untuk umrah setahun sekali atau menjaga membantu kemaslahatan umum.
Ya, semua kita pahami ibadah itu terlalu luas, luas sangat, yang wajibnya, yang sunatnya. Yang sunat dikalangan yang sunatpun ada tingkatnya. Ada yang perlu didahulukan. Ada yang boleh dikemudiankan... ya, semua orang inginkan yang terbaik untuk dirinya... macam hari ni, ustazmuda tak tahu nak buat keputusan antara menghadiri jemputan rumah terbuka sahabat yang telah dimaklumkan minggu lepas lagi atau meneruskan puasa enam ustazmuda yang hanya tinggal hari ni sahaja lagi dan esok raya??? Pening-pening. hehe
Kadangkala rasa pelik di hati, kita berat, terlalu berat dan amat berkira untuk memberikan seberapa yang kita ada untuk kepentingan jamaah. Untuk kepentingan masjid dan surau yang hanya di sebelah rumah kita. Betapa uzurnya surau di sebelah rumah hinggakan tiangnya hampir menyembah bumi kita biarkan. Kita tidak pernah melihat kesusahan ibu tunggal di kampong kita dan kita bersenang riang dan gembira tanpa memperdulikan mereka yang hanya selang sebuah rumah dengan kita.
Kita lebih rela mengumpul dan mengumpul dan bila cukup tempohnya kita ke Mekah untuk Umrah, untuk ziarah dan kadangkala kita ke sana lebih kepada suka-suka. Ustazmuda bukan menentang mereka yang ke Mekah... pergilah, pergi... tapi ingat!!! ingat akan mereka yang lebih memerlukan di sekitar kita. Anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal, masjid-masjid, surau dan rumah-rumah anak yatim yang masih memerlukan sumbangan kita.
Kerja kebajikan inilah sebenarnya yang kurang kita ambil peduli... dan akhirnya kerja kebajikan ini telah di ambil alih oleh musuh-musuh kita. Sehinggakan warga tua kita di jaga rapi di rumah-rumah milik mereka yang tidak seagama degan kita, tidak sealiran dengan kita, hanya kerana beratnya kita untuk membantu. Anak-anak yatim kita terbiar melarat dan akhirnya juga diserahkan kepada mereka. Cukupkah kita hanya melihat dan meneruskan trend umrah dan ziarah sahaja tanpa memikirkan mereka??? Fikirkan...
Saturday, November 04, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 ulasan:
8:09 AM
Assalamualaikum wrbt...
adik mmg tak setuju langsung dgn sikap segelintir drpd kita begitu kejam menghantar ibubapa ke rumah kebajikan sdgkan mereka mampu malah ada yg kaya raya, mustahil tak boleh memelihara seorang ibu dan ayah. Ibu dan ayah boleh memelihara anak-anak yang berdozen tetapi anak-anak tak boleh memelihara ibu bapa yang dua orang tu. Kebanyakan kes hanya tinggal ibu, sebab bapa ada yang dh meninggal dan ada yang kawin lain, tinggallah ibu seorang. Itu pun anak-anak lemparkan ke rumah orang-orang tua. Di manakah keadilan? Di manakah sifat berterima kasih dan perasaan cinta kepada ibu yang telah melahirkan, membesarkan dan mendidik kita?
Sungguh derhaka mereka itu, sanggup berbuat begitu hanya kerana mengejar harta dunia dan juga suami yang ikut cakap isteri, lebih syg isteri drpd ibu sendiri.
Dunia mmg adakalanya kejam, dan sememangnya kejam, oleh itu wahai umat Islam, sayangilah ibu bapa kerana tanpa mereka, tiada kita dilahirkan di dunia ini.
11:16 AM
Alhamdulillah Umi anta faham yang mana menjadi keutamaan. Umi ana pun alhadulillah sama jugak, tapi kekadang tu terbawak2 adat lebih dari yg ugama, maklumlah org kampung, tapi bila ana tegur dia terima.
1:27 PM
Assalamualikum...
Bila sebut pasal ibu bapa rasa sedeh kenangkan kebanyakkan anak2 sekarang.Susah sgtkah nk jaga seorang ayah atau seorang ibu??? tak terfikirkah kita siapa yg mengandungkan kita 9bln? tanpa pernah ditinggalkan kesana kemari.siapa yg memandikan kita sejak bayi?siapa yg mencuci najis kita?siapa lg kalau bukan insan yg bergelar ibu...
Siapa pula yg bersengkang mata bekerja siang dan mlm utk membeli susu dan lampin kita? siapa yg mengikat perut bila kita menangis minta mainan itu dan ini?siapa lg kalau bukan insan yg bergelar ayah...
Tp pengalaman semalam buat diri ini cukup sedih..cukup insaf..cukup marah..geram...kenapa??
Seorang ayah yg mempunyai anak 8org xsanggup menjaga seorang ayah yg terlantar koma di hospital selama 2 mggu.betapa kejamnya si anak.akhirnya semalam si ayah menghembuskan nafas yg terakhir di HKL pukul 11mlm 18/10/09.Saat di hospital si ayah bertarung nyawa seorang diri.tiada seorang pun anak di sisi malah si isteri pun entah di mana.apalah salah si ayah ditgglkan begitu.sedangkan dulu beliaulah ug bersusah payah mencari rezeki utk anak2.mengayuh basikal dari rumah ke tempat kerja xkira panas dan hujan.Tp bila si anak masing2 dah berkahwin, dah berkereta, dh hidup senang... si ayah langsung xpenting dlm hidup.malah setelah dikafankan pun hanya seorang anak perempuan saja yg menangis di sisi mayat yg terbujur kaku.Si isteri juga enggan mendekati.anak yg lain macam xberfungsi.Inilah hakikat yg pahit utk kita tempuhi...
Macamanalah nanti pula giliran kita??
Post a Comment