Thursday, November 02, 2006

DUA CERITA...

5 ulasan
Salam sahabat blog...

Dalam dua tiga hari ni sibuk juga cakap sana-sini berkaitan Datok Zakaria dan istananya... bila orang bercakap hati ini terasa nak bercakap juga... begitulah manusia sukakan cakap-cakap dan gosip-gosip. Apapun ustazmuda respek dengan Datok Zakaria kerana masih kekal sebagai Ahli Majlis Perbandaran Kelang. Tahniah.


Ustazmuda rasalah... kalau di negara lain, mungkin Datok Zakaria bukan sahaja kehilangan kerusi sebagai ahli Majlis Perbandaran Kelang ( MPK ) bahkan semua kerusi-kerusi yang ada, hatta mungkin kerusi-kerusi set mahupun kerusi jati dirumahnya dirembat orang. Beruntungnya Datok, kerana orang Malaysia khususnya Melayu terlalu baik... siapapun Datok meraka tidak kisah. Apapun kesalahan dan kesilapan yang Datok lakukan Datok masih boleh tersenyum sebagai seorang yang bergelar Yang Berhormat...

Ya!!! selagi anda berada di atas tiket kumpulan itu, anda tidak perlu risau akan jawatan anda...

Bobrokkah anda...
Goblokkah anda...
Alimkah anda...
Siapapun anda...

Anda tetap akan dipilih... anda akan kekal sebagai Penguasa. Anda akan kekal sebagai Adun, anda akan kekal sebagai Ahli Parlimen, anda akan kekal sebagai Wakil Rakyat, dan anda akan tetap begelar Aku Yang Berhormat...

Ya!!! anda akan tetap dipilih selagi mana anda mampu mengulit, membodek, mengampu meraka yang di atas, Yang di bawah sana biarkan... anda berkhidmat bukan untuk mereka!!!

Tiba-tiba hati terkenang akan istana kayangan Tok Wan di kampong... Nak Tengok???

Erm cukuplah dulu cerita satu... Nak masuk cerita dua. Cerita anak ustazmuda. Cerita Umar cerita budak 5 tahun kesayangan ustazmuda... Pagi tadi, sedang menyiapkan Umar untuk kesekolah (PASTI), Umar tanya dah masukkan baju Umar??? memang biasapun ustazmuda siapkan dengan sepersalinan baju untuk dipakai di rumah pengasuh selepas waktu persekolahannya. Pelik juga bunyinya... biasa Umar tak pernah tanyapun.

Dah, kata ustazmuda. " Umar nak tengok, mana? mana? mana seluarnya? sambil meluru ke begnya... Tak pernah-pernah Umar bersikap begitu. Pelik. Sedang belek-belek, Umar menangis, Umar tak nak baju ni, Umar tak nak seluar ni. Umar malu nampak aurat. Malu Umar. Umar nak seluar panjang." petah tuturnya. Padahal seluar tu bukanlah kategori seluar pendek sangatpun . Cuma molek-molek sampai lutut je... Terkedu sekejap ustazmuda dengan petah perkataannya. Mungkin bagi kita, apalah sangat dengan persoalan aurat untuk budak sekecil itu... kadangkala kita sendiripun terdedah. Malunya...

Syukur ustazmuda. Mungkin ini satu peringatan untuk diri ustazmuda. Walaupun seorang ustaz mungkin terlalu banyak perkara yang ustazmuda lalai dan leka lantas Allah memberi peringatan dengan peristiwa ini. Sungguh!!! keindahan dunia kadangkala membuat kita alpa... Semoga anak ini, permata hati ini, akan membesar dan mengerti erti sebuah perjuangan sebagai Mukmin Sejati. Doakan. Amin.

Terima kasih anakku.

P/S : Terima kasih dan tahiah Sapura kerana memilih PASTI sebagai permulaan pendidikan anak dan tahniah sekali lagi kerana anak anda telah menjuarai pertandingan sajak...

5 ulasan:

Produk Halal Tanggungjawab Bersama says:
12:56 AM

Assalamualaikum wrbt...selamat pagi ya abi...huhu

adik org pertama bagi komen ari ni..hehe..

pasal cerita satu tu...mmg pun trend skrg ni mcm tu, jgn tekejut mcm mana pemimpin yg goblok dan bobrok boleh jd pemimpin sbb skrg semua boleh jadi...pemimpin ahli maksiat ke atau ahli ibadat semua boleh...datuk zakaria tu satu kes yg terbongkar...kalau dibongkar semua pemimpin2 umno kt Malaysia ni rasa2 nya ramai yg kena roboh rumah2 termasuk jamban2 nya skali...keke...

cerita kedua...tu la abg..sape suruh bagi seluar pendek tu dlm beg umar...kan dh kena sejibik...hehe gurau je...hmm bagus la umar...respek2

syukurlah abg ada anak mcm tu...kecik2 dh tau malu...

jgn mcm skrg ni...pak aji pun hilang 'kemaluannya' di khalayak ramai...

itu semua satu pengajaran buat kita bahawa jgn dipandang enteng hukum Allah..wlu nampak remeh tp besar sebenarnya impact dia pd masa depan...

berhati-hati di jalan raya...hehe..

wassalam...alhamdulillah semoga Umar menjadi mujahid dan mujaddid sejati suatu hari nnt..amin.

Melayu says:
3:40 PM

Assamlamualaikum Ustaz,

Saya ni selalu masuk baca penulisan ustaz, tapi hari ni tergerak pulak nak komen ttg YB yang ustaz cerita dalam blog ustaz.

Depa ni mmg camtu, depa buat ikut suka depa je bukan kira org lain pastu yang lagi menariknya semalam keluar pulak dlm TV nangis-nangis, sayang sangat nak lepas kan jawatan dia tu kot, itu yang nangis tu manalah tau kot-kot baginda tuanku bole berubah pulak fikiran..hehehe

Itu lah dia org yang diatas ni. Aku nak komen lebih-lebih pon nanti penuh pulak ustaz punya ruangan komen ni. Sekian Ustaz. Salam

Blogger says:
8:57 PM

Istana dato' zakaria tu sampai 17 bilik bayangkan betapa besarnya. Jadi YB baru 2 penggal, mana dapat duit tu?

Tanah kurnia kenapa beri pada orang-orang kaya. Fakir dan miskin sepatutnya lebih berhak.

Rumah orang sekeliling kecil-kecil belaka.

Produk Halal Tanggungjawab Bersama says:
9:47 PM

hmm alasannya, sebab nak tampung anak-anak ngan cucu yang ramai tuh...heran jugak...ada satu keluarga dulu tak ingat ape nama atuk tu, anak cucu cicit sekali himpun seratus lebih...muat pulak rumah tu walaupun sederhana...tak perlu pulak buat besor-besor macam istana zakaria tu...

khairul najmi yusof says:
6:26 PM

Assalamualaikum ustaz.
sy taknak ler comment psl YB tu sebab umur tak ckp lagi tapi nak coret2 skit pasal umar.
Bagus umar dah didik mcm tu mudahmudahan bila dewasa nanti makin elok pekertinya.
berkat ajaran ustaz juga.