Ustazmuda menerima satu komentar panjang lebar dari saudara Azhar
Assalamualaikum wrbt
Saya tak pasti samada Ustaz Muda kenal saya atau tidak. Izinkan saya perkenalkan diri saya sebagai Azha Syazri Hj. Azizan, Pengurus Insurans, Takaful & Pelaburan yang berdaftar dengan Financial Planning Association of Malaysia (FPAM) dan beberapa organisasi lain spt LIAM, MTA, PPIM dan sebagainya. Terus terang saya katakan, saya ni adalah orang yang paling banyak kena condemn oleh orang yang bersangka buruk ke atas diri saya, hanya kerana saya buat insurans dan menyatakan tak salah guna pinjaman konvensional dalam keadaan tertentu.
Saya sebenarnya ingin berkongsi pandangan dengan Ustaz mengenai isu isu yang Ustaz luahkan. Semua ini adalah pandangan peribadi saya, dan bukannya nak condemn mana mana pihak. Cuma mungkin Ustaz sendiri boleh beri sedikit komen ke atas pandangan saya ini juga.
Pada pandangan peribadi saya-lah Ustaz, apa yang Ustaz luahkan, tentang pihak tertentu yang mengguna nama Ustaz-Ustaz lain, nama ulama/mufti atau nama Islam, untuk melariskan produk / program yang dipromosikan mereka, memang suatu luahan yang jujur dan tepat kerana ia benar benar berlaku dalam kehidupan sekarang ni.
Saya sendiri mendapati, memang sejak akhir-akhir ini, banyak pihak dan individu yang gemar "MENJUAL NAMA ISLAM" UNTUK TUJUAN KOMERSIAL (MENGAUT KEUNTUNGAN). Malahan untuk menggiatkan usaha promosi produk / program yang dinamakan "islamik", terdapat sesetengah pihak yang gemar condemn pihak lain, mengikut sedap hati mereka sedangkan mereka sendiri tidak mengamalkan nilai nilai yang disarankan oleh Islam sendiri. Ada saja kesalahan orang lain diungkitnya, hinggakan salah sikit pun tak boleh - haram katanya! Tetapi apabila kelemahan mereka diungkit, pelbagai "alasan" pula diberikan just becoz mereka laungkan nama Islam.
Pertama sekali, berkenaan dengan skim "kutu" yang muncul dengan pelbagai nama spt Dana Rakyat, Dana Ihsan, Program Usahawan Muslim dan sebagainya. Program ini sebenarnya adalah satu "permainan duit" (money game) yang mendorong kepada skim cepat kaya - di mana peserta diminta memasukkan wang ke dalam akaun bank orang lain, baik melalui banking transaction, mahupun melalui pos atau secara tunai, Kemudian, untuk dia menjadi kaya, dia pula akan menyuruh orang lain (downlinenya) masukkan duit mereka ke dalam akaun banknya pula. Program ini sudah lama muncul, cuma sejak 3-4 tahun lepas, ia bertukar nama, menggunakan istilah istilah islamik bagi menghalalkan perbuatannya seperti penggunaan konsep sedekah dan sebagainya. Pelbagai kata kata berbau islamik diselitkan bagi menyakinkan masyarakat bahawa program ini adalah "sah" di sisi Islam. Malahan ada yang mendakwa program sebegini adalah program menjana wang yang tidak memerlukan sijil pengesahan dari pihak kementerian kerana ia berunsurkan sedekah. Maka dengan itu, mereka mendakwa program mereka ini, kononnya bukan satu skim cepat kaya, bukan MLM, bukan direct selling dan sebagainya.
Sedikit pun mereka tak tahu bahawa, apa jua program minta sedekah, memerlukan pengesahan dan surat kebenaran dari pihak berkuasa. Apa jua promosi barangan dari rumah ke rumah, yakni marketing yang dilakukan di luar premis perniagaan mereka, memerlukan lesen Jualan Langsung kerana ia tertakluk di bawah Akta Jualan Langsung.
Pada saya, orang seperti ini, tak layak nak menerima "sedekah" saya kerana ia bukan dibuat dengan cara yang betul. Dahlah mereka ni tak faham undang undang negara dan hukum syarak yang ada, mereka hanya tahu untuk memanipulasi "ayat-ayat tertentu" untuk menghalalkan perbuatan mereka demi untuk melariskan produk.
Kedua, berkenaan saranan Ustaz tentang berpindah kepada yang jelas Islam memang betul dan patut diamalkan. Cuma kadangkala kita mungkin akan tersalah beri saranan, terutamanya apabila kita bercakap tanpa pengetahuan teknikal dan kearifan dalam sesuatu bidang yang kita mungkin tidak tahu. Lebih lebih lagi, jika kita hanya bersandarkan ilmu agama sahaja dalam memberi pendapat. Sebab dalam Islam, ada satu dalil menyebut "Jangan engkau menghukum tanpa ilmu, kelak engkau akan menganiaya orang lain".
Sebagai contoh, dari segi perbankan, insurans, takaful dan sistem kewangan lain. Memang mudah untuk kita berkata, pindah saja kerana sistem yang lagi satu ini, dah namanya pun islamik. Tetapi, tidak ramai yang sedar, dalam sesetengah perkara, sistem kewangan islamik juga sebenarnya satu usaha "menjual nama Islam" untuk mengaut keuntungan, sama seperti skim cepat kaya islamik (yang menjual konsep sedekah).
Malahan ia mengaut keuntungan berlipat ganda kerana "kekurangan ilmu" orang ramai. Hanya dengan menukar istilah kepada bahasa arab dan menggunakan beberapa konsep islamik seperti sedekah/derma (contribution) atau keuntungan (profit) untuk menghalalkan pemberian wang kepada pihak lain, maka everybody ASSUMED ia adalah mengikut kehendak Islam.
Sebagai contoh -
1 - Pinjaman rumah yang menetapkan harga jualan RM250,000 ke atas rumah yang bernilai RM100,000 (mengikut penilaian pasaran yang sah oleh jurunilai berdaftar). Akad jual-beli dilakukan seolah-olah ia dijual pada nilai pasaran masa hadapan, hanya kerana si pembeli membayar secara ansuran.
2 -Bagi pinjaman kereta pula, terbalik, harga jualan ditetapkan lebih mahal dari nilai sebenar kereta, sedangkan harga pasaran masa hadapannya akan berkurangan dengan mendadak. Pembayaran ansuran dianggap seperti bayaran sewa sepanjang tempoh pinjaman, tetapi apabila kereta ditarik-semula, pembeli masih dibebani dengan kos upah tarik yang melampau, ugutan dan serangan fizikal oleh tukang tarik serta beban hutang yang masih belum selesai selepas kereta tersebut dilelong (lelong harga RM20,000 sedangkan baki hutang pinjaman masih ada RM 30,000).
3 - Pinjaman peribadi dan kereta yang mengiklankan kadar profit 5.6% setahun, sedangkan kadar untung sebenar (APR) yang diambil adalah 11% setahun. Ketidak-telusan dalam perbincangan akad berlaku kerana kekurangan ilmu dan perasaan terdesak (desperate) pada pembeli
4 - Pembeli dikenakan caj tambahan (riba) apabila berlaku kelewatan membayar ansuran bulanan mereka. Contoh paling jelas - pinjaman kereta! - interest on late-payment.
5 - Urusniaga jual-beli yang meragukan dalam pembiayaan peribadi dan kad kredit, bagi menghalalkan caj lebihan yang akan dikenakan oleh bank. Sebagai contoh, pembeli membeli lot tanah milik bank pada harga jualan tertentu, kemudian lot tanah itu dijual semula kepada pihak bank pada harga tunai yang jauh lebih murah, yang sudah tetapkan dari awal oleh pihak bank sendiri (konsep Bai Inah) Sedangkan segala proses dilakukan dalam sekelip mata menggunakan salinan sijil fotostat lot tanah bank, tanpa melibat proses pindahan hak milik dan penilaian harta yang biasa dilakukan mengikut standard professional.
6 - Konsep derma / sedekah diperkenalkan untuk menghalalkan pembayaran insurans, sedangkan Islam melarang umatnya dari menuntut balasan atau mengungkit ungkit sumbangan derma yang telah diserahkan kerana ia mendorong kepada perbuatan derma yang TIDAK IKHLAS. Sesuai dengan Hadis riwayat Muslim, yang bermaksud "Orang yang memberi sumbangan, tetapi menuntut sumbangannya semula di kemudian hari, adalah diumpamakan seperti anjing yang muntah lalu ia memakan semula muntahnya itu".
Ramai orang Islam, menyangka riba itu bermaksud interest. Asal sebut interest haram kerana ia adalah riba. Asal istilah ditukar kepada istilah lain pula, ia jadi halal sebab takde perkataan interest.
Jika dirujuk betul-betul, riba bukan bermaksud interest (faedah atau bunga). Riba bermaksud tambahan (al-ziyadah) atau lebihan yang dikenakan ke atas pinjaman atau modal asal sesuatu benda. Dan riba ini boleh muncul bukan dari pinjaman sahaja malahan ada riba dari aktiviti jual-beli dan riba dari pelaburan.
Islam mengharamkan riba ke atas pinjaman atau jual-beli kerana ia dianggap satu penganiayaan kepada si peminjam, yang terpaksa "membayar lebih" dari apa yang dipinjamnya. Bayaran lebihan ini menekan kehidupan si peminjam (pendapatan sepanjang hayatnya habis dibayar kepada lebihan pinjaman sampai mendorong perbuatan bunuh diri atau bunuh anak sendiri). Sebab itulah Islam, dengan jelasnya mengharamkan riba ini kerana ia satu bentuk penganiayaan kepada orang lain.
Masalahnya, dengan menukar istilah dari interest kepada profit, sama sekali tidak bermakna si peminjam akan terlepas dari menanggung "bayaran lebihan" yang dikenakan oleh institusi kewangan atau pihak tertentu. Peminjam masih menanggung bayaran balik RM250,000 ke atas pinjaman RM100,000 yang dipinjam padal asalnya. Keuntungan berlipat ganda dan perbuatan manipulasi harga (menjual pada harga yang melampau dari nilai sebenar harta tersebut), akan menjurus kepada perbuatan riba juga (riba al-fadl). Apabila terlewat membayar ansuran kereta pula, si peminjam masih tetap dikenakan bayaran tambahan yang dikenakan ke atas kelewatan (riba an-nasiah).
Skim pinjaman islamik berkonsepkan akad jual beli ini sudah pun dicedok oleh Ah Long dan sekutunya dalam memperkenalkan skim pinjaman ah-long secara islamik (rujuk pelbagai iklan dalam akhbar). Adakah hanya dengan mengguna istilah islamik dan menukar konsep pinjaman kepada akad jual-beli, secara automatiknya akan menghalal perbuatan menuntut bayaran lebih ke atas pinjaman / pembiayaan yang diberikan?
Kalau dibandingkan pinjaman bank dengan pinjaman Ah Long, kedua duanya menggunakan pakai akad jual-beli islam. Bezanya, bank caj profit 12% - 24% setahun. Ah long caj profit 20% - 30% sebulan. Adakah kerana ah long caj lebih tinggi dari bank, maka ia diharamkan sedangkan kedua dua pihak tetap mengenakan bayaran lebih ke atas pinjaman mereka?
Adakah dengan menukar istilah dari pinjaman kepada pembiayaan, maka bayaran lebih ini akan dihalalkan atau dapat diislamkan?
Jika ya bayaran lebih ini boleh dihalalkan dengan menukar istilah kepada profit, mengapa baru sekarang sistem pembiayaan islamik diperkenalkan dalam sistem kewangan sedangkan akad jual-beli Islam sudah pun wujud sejak zaman Rasulullah lagi? Kenapa baru sekarang muncul kad kredit islamik sedangkan akad jual-beli islam sudah wujud sejak beribu tahun lagi?
Ini yang ramai orang tak dapat nak jawab, kerana bahan bukti yang ada sekarang menunjukkan, banyak pihak pihak tertentu, sekadar mahu menjual nama Islam, untuk melariskan produk / program mereka sedangkan nilai nilai Islam dan hukum syarak Islam tidak dihayati dengan sepenuhnya. Yang mereka tahu, sekadar condemn hak orang lain tak betul, haram, patut berpindah sedangkan cara islamik mereka sendiri pun 2 x 5 sahaja kerana ia adalah terjemahan yang dicedok dari sistem kewangan konvensional.
Saya sendiri sudah puas dikutuk kerana memberi komen komen yang dianggap "tidak islamik" dan diburuk sangka sebagai orang melayu berfikiran sekular. Kadang-kadang saya kasihan melihat anak bangsa saya sendiri, yang mengaku melayu, yang mengaku Islam, tapi suka tuduh menuduh ikut suka hati dia dan langsung tidak mengamalkan nilai nilai Husnu Zan (bersangka baik) ke atas orang lain.
Mereka hanya tahu bercakap bersandarkan ilmu agama sahaja, tanpa memiliki pengetahuan teknikal tentang perkara yang dibincangkan. Yang teruk, mereka dengan mudahnya menghukum orang lain yang tidak bersependapat dengan pelbagai kata kata kesat dan tuduhan liar.
Benda benda macam nilah yang kadangkala buat saya menyampah melihat perangai buruk orang Islam sendiri, yang jadi emosional tak tentu hala. Tapi, daripada dilayan orang macam ni, lebih baik saya diam saja, malas nak layan panjang panjang peel orang sebegini.
6 ulasan:
11:54 PM
minta dihuraikan..
contoh 1.
adakah itu riba?? kerana sebenarnya di situ berlaku pertukaran hak milik. pemaju menjual kpd bank, dan bank menjual kpd pembeli.
mengenai keuntungan berlipat kali ganda yg disebut sebgai riba al-fadl.
sy penah terbaca satu hadis mengenai Nabi SAW membenarkan sahabat menjual tanah lebih drpd sekali ganda harga asal(MINTA SAPE2 yg tahu ttgh hadis ini- sy xpasti dr mana sy baca)
riba al-fadl ini setahu sy ialah berlaku pembayaran lebih daripada hutang asal akibat penangguhan.
sy xberapa pasti bank mana yg penulis ini maksudkan kerana bank-bank yg berlandaskan islam di Malaysia skrg semua dikawal oleh Bank Negara. dan bank2 berlandaskan islam ini juga mempunyai panel syariah yg memantau mereka.
p/s: minta kalau sy salah tolong betulkan kerna ini melibatkan isu2 teknikal.
12:31 AM
Saya setuju dengan pandangan En Azhar. Bab ugama maupun bab teknikal saya kurang arif tapi dari segi lojiknya saya faham.
Saya tidak nampak apa2 perbezaan antara cara konvensyenal berbanding Islamik setakat ada akad jual beli.
Apabila pinjaman itu dikatakan "profit sharing" tetapi pihak bank akan mendapat "profit"nya walhal perniagaan peminjam mungkin akan kerugian. Lebihkurang contoh kedua pinjaman kereta.
Tambahan pula bila Islamik maka kadar keuntungan mesti lebih tinggi sbb (entah apa ...lupa dah). Jadi acapkali saya fikir saya simpulkan dlm pemikiran saya cara Islamik(di Malaysia ni la)lebih kejam. Tentu orang bank marah ni! Jadi saya fikir biarlah miskin asal tak sakit hati. Tapi pula macam mana orang Islam nak maju kalau fikir macam saya ni? Nak ambil pinjaman tak boleh, perniagaan mati sekerat jalan ya la kalau tak cukup modal pusingan macam mana kan.
8:00 AM
Asalamualaikum,
Topik ini amat baik dibaca supaya kita lebih faham banyak perkara berkenaan sistem perbankan yang mengaku "Islamik".
Saya seorang pemodal, justeru pemegang saham dalam syarikat penerbitan, iaitu kumpulan syarikat-syarikat PTS.
Sebagai feedback kepada SDR KT, tentang bagaimana hendak berniaga tanpa meminjam daripada bank, Nabi Muhammad SAW berniaga trading tanpa memijam modal tunai daripada apa-apa sumber kewangan. Beliau sebaliknya 'meminjam' goods (barang dagangan) daripada Khadijah. Modal beliau adalah integriti dan kredibiliti yang tiada cacat celanya.
Sunnah ini menunjukkan modal utama dalam bisnes adalah integriti dan kredibiliti, bukan wang tunai.
Mengapakah Allah jadikan Nabi Muhammad seorang trader, bukan service provider ataupun manufacturer, Allah jualah yang lebih mengetahui.
Orang bisnes tahu kelebihan dan peri pentingnya ilmu trading - jual-beli - dalam binses. Kalau kita ada produk yang baik sekalipun, kalau tidak tahu berjual-beli, produk itu pun tidak dapat dipasarkan. Kalau tidak ada produk, itu bukan masalah, asalkan pandai berjual-beli, sebab kita boleh jadi pengimpot, pengekspot, pengedar, pempakej, pemborong, pelesen, seller, re-seller, pemfrancais, penyewa, peruncit dan macam-macam lagi.
Allah menjadikan Nabi Muhammad seorang peniaga sebelum beliau dijadikan nabi. Beliau mula berniaga pada usia 12 dan berhenti berniaga pada usia 38 tahun.
Jadi sekolah perniagaan mesti dimulakan pada usia 12 tahun, bukan selepas seseorang itu keluar universiti, tak dapat kerja, baru diberi kursus perniagaan.
Nabi Muhammad tidak masuk kursus berniaga dengan mendengar kuliah daripada pegawai2 kerajaan yang tidak pernah berniaga.
Beliau mengikuti proses 'understudy dan praktikum' yakni program apprenticeship, di bawah bimbingan peniaga yang amat senior dan berjaya.
6:17 PM
Halo
nama saya Novi setyaningsih dari kota megalang, indonesia. Saya ingin menggunakan media ini untuk memberi tahu semua orang dalam kelompok ini untuk mencari pinjaman agar berhati-hati karena ada penipu di mana-mana. beberapa bulan yang lalu, saya secara finansial turun dan saya memutuskan untuk mencari pinjaman dari seorang pria di syngapore dan saya ditipu oleh orang itu di syngapore. Saya hampir kehilangan harapan sampai seorang teman saya merujuk saya kepada pemberi pinjaman yang sangat andal dan asli yang disebut Ny. Emiliana, pemberi pinjaman swasta yang meminjamkan saya pinjaman sejumlah 700 juta tanpa stres dengan tingkat bunga 2% yang merupakan bunga yang terjangkau beri peringkat untuk saya.
setelah transfer pinjaman saya ke rekening bank saya, saya sangat terkejut ketika saya memeriksa saldo rekening bank saya dan menemukan bahwa jumlah yang saya ajukan telah ditransfer langsung ke akun saya oleh Nyonya Emilaian tanpa penundaan. Karena saya berjanji kepada ibu bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman dengan mudah tanpa stres. Jadi, jika Anda membutuhkan pinjaman dalam bentuk apa pun, silakan hubungi Ibu Emiliana melalui email: emilianawilson111@gmail.com
Saya menggunakan waktu ini untuk menginformasikan semua yang Anda juga dapat menghubungi saya di email saya: setyaningsihnovi1990@gmail.com
dan Ny. Aisha bukafia yang memperkenalkan saya dan memberi tahu saya tentang Mrs.Emiliana, Ia juga mendapat pinjaman baru dari Mrs. Emiliana Anda dapat juga hubungi dia melalui email: mrsaishabukafia@gmail.com
Sekarang,
semua yang akan saya lakukan adalah mencoba memenuhi pembayaran pinjaman saya yang saya kirim langsung ke akun bulanan.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Allah SWT karena telah menggunakan Ny. Emiliana untuk mengubah kisah keuangan saya dan sekarang saya adalah seorang pemilik bisnis saya sendiri, semoga Allah terus memberkati Nyonya Emiliana dan terus menggunakannya untuk membantu kita semua dalam kesulitan keuangan
6:17 PM
Halo
nama saya Novi setyaningsih dari kota megalang, indonesia. Saya ingin menggunakan media ini untuk memberi tahu semua orang dalam kelompok ini untuk mencari pinjaman agar berhati-hati karena ada penipu di mana-mana. beberapa bulan yang lalu, saya secara finansial turun dan saya memutuskan untuk mencari pinjaman dari seorang pria di syngapore dan saya ditipu oleh orang itu di syngapore. Saya hampir kehilangan harapan sampai seorang teman saya merujuk saya kepada pemberi pinjaman yang sangat andal dan asli yang disebut Ny. Emiliana, pemberi pinjaman swasta yang meminjamkan saya pinjaman sejumlah 700 juta tanpa stres dengan tingkat bunga 2% yang merupakan bunga yang terjangkau beri peringkat untuk saya.
setelah transfer pinjaman saya ke rekening bank saya, saya sangat terkejut ketika saya memeriksa saldo rekening bank saya dan menemukan bahwa jumlah yang saya ajukan telah ditransfer langsung ke akun saya oleh Nyonya Emilaian tanpa penundaan. Karena saya berjanji kepada ibu bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman dengan mudah tanpa stres. Jadi, jika Anda membutuhkan pinjaman dalam bentuk apa pun, silakan hubungi Ibu Emiliana melalui email: emilianawilson111@gmail.com
Saya menggunakan waktu ini untuk menginformasikan semua yang Anda juga dapat menghubungi saya di email saya: setyaningsihnovi1990@gmail.com
dan Ny. Aisha bukafia yang memperkenalkan saya dan memberi tahu saya tentang Mrs.Emiliana, Ia juga mendapat pinjaman baru dari Mrs. Emiliana Anda dapat juga hubungi dia melalui email: mrsaishabukafia@gmail.com
Sekarang,
semua yang akan saya lakukan adalah mencoba memenuhi pembayaran pinjaman saya yang saya kirim langsung ke akun bulanan.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Allah SWT karena telah menggunakan Ny. Emiliana untuk mengubah kisah keuangan saya dan sekarang saya adalah seorang pemilik bisnis saya sendiri, semoga Allah terus memberkati Nyonya Emiliana dan terus menggunakannya untuk membantu kita semua dalam kesulitan keuangan
7:55 AM
Halo semuanya! Bantu saya berterima kasih kepada Bunda Esther
Saya Widodo saya tinggal di Medan di Indonesia, saya telah mencari pinjaman selama beberapa tahun. Saya 6 kali menjadi korban penipuan dengan pemberi pinjaman palsu yang telah menghancurkan hidup saya, saya memang mencoba bunuh diri karena mereka. Karena saya punya hutang dan tagihan yang harus dibayar. Saya pikir ini sudah berakhir untuk saya, saya tidak lagi memiliki perasaan hidup. Saya hampir menyerah, tidak sampai saya mencari saran dari teman SISKA WIBOWO (siskawibowo71@gmail.com) yang kemudian mengarahkan saya ke pemberi pinjaman yang sangat andal, Ny. ESTHER PATRICK yang meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar 150 juta Rupiah dalam waktu kurang dari 24 jam tanpa tekanan atau tekanan pada tingkat bunga lebih rendah dari 2%. (estherpatrick83@gmail.com)
Saya sangat terkejut ketika saya memeriksa rekening bank saya dan menemukan bahwa jumlah pinjaman yang saya terapkan langsung ditransfer ke rekening bank saya tanpa penundaan atau kekecewaan, karena saya berjanji akan membagikan kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman dengan mudah tanpa stres . silakan hubungi ibu sekarang estherpatrick83@gmail.com
Dan saya tahu sebagian besar dari Anda juga telah menjadi korban penipuan, Anda tidak perlu repot lagi karena saya harus menyampaikan kabar baik dan satu-satunya pemberi pinjaman yang dapat Anda percayai, Jadi saya tidak dapat menyimpan ini untuk diri saya sendiri sehingga saya harus mulai dengan membagikan kesaksian tentang mengubah hidup ini bahwa Anda dapat menghubungi saya melalui email (widodocepi@gmail.com) Ny. Esther Patrick Saya selamanya Bersyukur atas Segala yang telah Anda lakukan untuk saya.
Post a Comment