Tuesday, December 19, 2006

MEREKA MEMBUKTIKAN... BAGAIMANA KITA???

6 ulasan
Salam sahabat blog...

Lama juga rasanya tidaka menulis dalam blog kesayangan ustazmuda ni. Hari ni ada kesempatan sikit menyelit dalam kesibukan ke sana ke mari bercuti. Dan semalam sempat menyelak tabload Siasah terbaru... tertarik pula dengan kejayaan Athlet Wanita Bahrain Ruqaya dengan pungutan emasnya dalam acara 200M dan perak dalam acara 100M. Tahniah.

Ruqaya memungut emas dalam acara 200M

... Anda cemerlang semoga kecemelangan anda akan membuktikan sesungguhnya corak dan gaya pemakaian berlandaskan agama sesuai di mana sahaja. Corak dan pemakaian bukanlah penentu kejayaan seseorang... Corak dan pemakaian mereka yang di sebelah Ruqaya hanyalah momokan barat semata...

... Ya itulah barat sebenarnya... memomokkan kita dengan berpakaian tapi telanjang, dan atas alasan sukan dan hiburan mereka mempromosi kepada kita pemikiran mereka. Lantas tanpa memikir, kita mencedok bulat-bulat peraturan dan cara hidup mereka walau merobek luhur budaya bangsa jauh sekali berpegang dengan Agama Allah... Hingga kita seolah tidak boleh memikir langsung. Buntu sebuntu-buntunya.

...Kita seolah tidak boleh memikir.
...Kita merasa rendah diri dan merasa tidak akan kemana dengan corak pemakaian begini.
...Kita seolah merasa lemah dalam pakaian yang lengkap mengikut perintah Allah.
...Kita malu dengan mereka yang up to date di luar sana yang sentiasa memandang jengkel kepada kita yang bejilbab apa lagi andai kita menutup wajah... pasti terus kita dicop sebagai teroris.

Pada ustazmuda, sahabat yang berada dalam dunia sukan mahupun hiburan dan mampu terus menonjolkan identiti sebagai wanita mahupun lelaki Islam. Ustazmuda tabik... Hormat pada anda. Kerana ustazmuda paham. Sangat-sangat paham dunia yang anda ceburi amat mencemburui Islam dan memandang dengan penuh prejudis pada sahabat. Biarkan... biarkan mereka berkata apa sekalipun. Tanpa sahabat yang memulakan Islam akan terus terpinggir dalam dunia tersebut...

Ya, tentu pelbagai pandangan akan sahabat terima... ada yang menyokong ada yang memandang sinis dengan gaya sahabat. Mungkin juga di kalangan mereka yang berfahaman Islam sendiri akan memandang sinis. Itulah lumrah dunia... Apapun yang kita lakukan akan diperkatakan. Mungkin ada yang mengatakan corak pakaian seperti itu masih belum benar-benar menepati corak dan kehendak agama sendiri... Masih belum menepati kehendak syariat. Ya, kita serahkan pada Yang Maha Esa yang menentukan segala sesuatu.

Sahabat telah memulakan, sahabat telah berusaha sedaya upaya... Teruskan usaha sahabat, moga akan bertambah lagi mereka yang seperti Ruqaya dalam dunia sukan yang dikelilingi mereka yang hanya berbikini dan berseluar dalam, dengan gaya penuh gedek di atas padang. Teruskan... ( Lihat sahaja gambar pelumba di kiri dan kanan Ruqaya )

Cuma sesuatu yang ustazmuda terkilan... amat terkilan. Kejayaan Ruqaya sebagai pelumba Islam... tidak didedahkan dalam media massa arus perdana, maaf mungkin ustazmuda yang tidak perasan di akhbar-akhbar perdana. Sayang... kita tidak memandangnya sebagai kejayaan wanita kita. Kejayaan maruah seorang wanita Islam... Mungkin kita telah lupa akan jati diri Islam yang diwarisi berzaman dalam diri. Mungkin...

... Hasrat hati nak berceloteh pasal aku memang pencinta... ( malu nak sebut ) hehe... tapi lain pula yang keluar. Takpelah lain masa Insya allah akan ditulis pasal tu... Bukan apa hebat betul penangannya sampaikan masa kenduri baru ni bebudak tiga empat tahun pun boleh nyanyikan lagu tu... Si comel ustazmudapun apa kurangnya. Hebat-hebat.

6 ulasan:

AKMA says:
11:42 PM

Ustaz, atlit itu dalam temubual kejayaannya menyelitkan bahawa dia berterima kasih kepada jurulatihnya yang membenarkan dia mengekalkan pakaian begitu. Itu satu titik tolak yang besar kerana dari pengalaman, kerap saya 'terhenti' dalam sukan kerana soal seluar pendek. Lalu buat saya menceburi sukan lain yang berseluar panjang. Dan saya masih boleh cemerlang. Ustaz...Kita sebenarnya masih belum merdeka. Ya...kita belum merdeka...Berada di negara sendiri...kita dipaksa mengikut mentaliti asing.

abe jol says:
12:39 PM

betul..sebenarnya problem pada pengurusan sukan di malaysia..

Anonymous says:
7:04 PM

ustaz .... pembetulan sket ... dia menang emas dalam 200 m dan GANGSA dalam 100 m ....

saya tgk masa dia lari tuh ... yg 100 m tu starting dia lambat ... tu pasal dapat gangsa jer ... kalo tak dah lama dapat emas ....

yg 200 m tu starting dia lambat jugak ... tapi sebab 200 m so dia dapat kejar ... kalo starting dia cepat, saya rasa konpem rekod sukan asia dah dipecahkan!

Anonymous says:
11:16 PM

atlet wanita malysia ada ke pakai mcm tu?kat peringkat sekolah ramai la kot..tp bila dah naik peringkat negeri, nasional etc..mula la buka sana sini.

Dato' Shahrizat, tolong notice yer...aisey, dia sendiri x pakai, mcm ne org bawah nak ikut..silap 2

Kaklong Syikin says:
1:12 AM

salam,

oh ya, ada gak pemain bola sepak wanita arab yg pakai tudung..

ya..mmg bangga ada atlit wanita muslim kekal bertudung begitu wlwpun masih ada kekurangannya (seluar pnjgnya masih ketat -blm memenuhi tuntutan syarak)

terfikir, bila pula sukan bowling wanita, gimrama, renang n acara2 sukan lain yg melibnatkan wanita akan bertudung..

sebaiknya acara gimrama n renang tu tertutup tanpa ada penonton lelaki. sebab ia jelas mempertontonkan liuk lentok badan wanita. yg penting ulasan kemenangan aje yg disiarkan.boleh gitu?

Alif Azhar says:
9:25 PM

permulaan yang lambat.kalau dia boleh atasi kelemahan tu mungkin dia boleh menang juga untuk 100m.
pada saya,kemenangan Rogayah tak akan bawa impak yang besar.Impaknya hanya untuk diri dia sendiri.sebabnya,kita manusia yang tak reti nak belajar.
sori kalau comment lari landasan.