Masih ingat dengan posting ustazmuda sebelum ni??? Terkedu itulah takdirnya... ceritanya kisah Abang Kamarul yang dilanda musibah. Ingatkan???... dan dalam sebulan dua ni abi kenal seseorang yang juga bernama Kamarul. Tentu sahabat yang biasa dengan e. groups mengenali beliau. Agak popular dan sering mengirim e.mail berbentuk nasihat.
Semalam, ustazmuda menerima sms dari beliau. Ingin hati ini berkongsi...
'Assalamualaikum Wbt ( memang cam nilah dia... Kalau beri salam tak kira di e.mail atau melalui sms mesti lengkap salamnya... tak mainlah a'kum, salam atau apa-apa ringkasan ) saya tak online telah beberapa hari kerana saya kurang sihat pabila jatuh dari ketinggianErm... begitulah bunyinya. Tetiba hati merasa cukup sayu... Aduhai malangnya 2 orang sahabat yang namanya sama. Menerima musibah yang hampir sama. Pada tika dan waktu yang juga hampir sama... Ya, sama walaupun mungkin tidak serupa. Atau akukah yang membawa malang tersebut. Astaghfirallahal Azim. Jauhkan hati ini dari tersesat dari jalanMu. Amin. Mana mungkin. Manusia... tidak padanya sial mahupun tuah. Tidak!!!... Semua telah tersurat di papanNya... kita hanya mengikuti perjalanan termaktub di papan itu dengan pasrah. Redhalah...
12', kini saya berada di Medical Centre. Selamat petang. Wassalam.
Entah mengapa... walau mungkin baru perkenalan kami, perkenalan tanpa rupa dan suara ini, akhirnya membuahkan persahabatan yang moga ia dikira sebagai ibadat di sisiNya. Amin. Perkenalan melalui e.mail, YM dan berterusan sehingga ke berkirim sms... Akhirnya sedikit sebanyak dapat mengenali satu sama lain. Ya, kejujuran itu sesungguhnya membuahkan satu persahabatan yang tidak mungkin ternilai dengan wang ringgit... Itulah persahabatan. Moga kami akan terus kekal sebagai sahabat dan dikira oleh Allah sebagai lelaki yang bertemu dan berpisah keranaNya dan seterusnya mendapat perlindungan di hari Yang Tiada Perlindungan Selain Lindungan DariNya Yang Maha Esa... Doakan. Amin.
Sesuatu yang sedikit memelikkan... pelik ke??? Pada Kamarul yang satu ini. Panggilan dari ustazmuda pasti hanya akan berakhir dengan... ' sila tinggalkan mesej anda di 012 ******* ' hanya Kamarul sahaja yang akan membuat panggilan. Pelikkan??? Tapi tidak pula pada sms. Pasti akan berbalas. Kenapa yer??? Apapun ustazmuda cukup berbesar hati di atas kesudian Kamarul menghulurkan salam persahabatan dan membuat panggilan lantas berkongsi cerita... Terima kasih.
Pada sahabat-sahabat yang mengenali beliau, sama-sama kita doakan moga kesihatannya kembali pulih dan akan terus bersama kita berkongsi cerita suka dan duka di egroups... Kehilangan Kamarul dari e groups untuk beberapa hari ini, pasti dirasai oleh semua sahabatkan???
Juga tak lupa buat abang Kamarul. Alhamdulillah hari ni dah selamat keluar dari Hospital Sungai Petani. Syukur. Semoga anakanda tercinta yang masih di ICU juga akan cepat sembuh. Amin. Pada Abang Saufi yang sempat berziarah. Terima kasih dan salam persahabatan dihulurkan. Kalian adalah di antara manusia-manusia baik yang Allah pertemukan dengan ustazmuda di maya ini.
Terima kasih Tuhan...
4 ulasan:
11:10 AM
Amin...
11:53 AM
Semoga kawan ustaz tu cepat sihat dan dapat berkarya.
Kawan saya nama Kamarul Arifin... masih mencari di mana menghilang.
10:00 PM
semoga cepat sembuh
11:26 AM
salam,
moga sahabat2 tersebut cepat sembuh.
al fatihah utk yg pergi.
Post a Comment