Salam sahabat blog...
Alhamdulillah... akhirnya sampai juga kita ke penghujung 2006 dan bermulalah sesi baru untuk kita di 2007 walaupun sebenarnya bukanlah sesi sebenar bagi kita yang bergelar Muslim. Sesi sebenar kita tak lain dan tak bukan adalah pada titik Hijrah Rasul lebih 1400 tahun lalu...
Yang kita gelarkan sebagai Maal Hijrah dan di kelandar, kita sebut pula dengan nama Muharram... Itulah titik sebenar kita. Yang kadangkala kita lupa tentangnya. Yang hanya kita ingat bila sahaja masuk Puasa dan sambutan Hari Raya... Ramadhan dan Syawal. Itu sahaja. Dan dek kerana titik ini dipergunakan sepenuhnya di seluruh dunia teringin juga ustazmuda untuk menukar tag ustazmuda Sembang bukan sebarang sembang, dalam sembang kita tertawa, dalam sembang kita mengusik, dalam sembang kita terusik, dalam sembang tercuit rasa..." mengambil sempena pertukaran titik tersebut.
Rasanya kita dah puas bersembang... dan pastinya sepanjang kemunculan blog ustazmuda ni, dah ramai yang tertengok, terjenguk, terkomen dikomen mengomen dan tak kurang bertukar fikiran mahupun sebagai wadah kesinambungan ukhuwwah... Alhamdulillah. Syukur padanya. Dengan kehendaknya kita ditemukan dan kita mengenali antara satu sama lain... walau ukhuwwah tanpa rupa dan suara. Terima kasih tuhan.
Dan hari ini, dengan Tag yang baru ......MELIHAT, MEMERHATI, MENELITI, MENTAFSIR " Walau mungkin tafsiran kita berbeza cobalah untuk mencari titik persamaan antara kita kerana asas kita masih sama..." : ustazmuda
Kenapa melihat, memerhati, meneliti dan mentafsir??? Ya, sepanjang wujudnya blog ustazmuda kita telah sama-sama bersembang berkenalan dan bercerita... dan mungkin setiap kita punya persepsi tersendiri terhadap apa yang ustazmuda blogkan??? Boleh ke istilah blogkan yer??? Entah. Maaflah kalau istilah itu tidak tepat.
Persepsi tak dapat lari pada kita... setiap orang punya persepsi selagi kita bernama manusia. Argh... Pada sebatang kapur berwarna putih sekalipun pasti akan timbul pelbagai persepsi. Andai seribu orang diminta memperkatakan tentang sebatang kapur berwarna putih tersebut pasti akan kita dapati seribu cerita yang berlainankan??? Itulah persepsi. Kehebatan akal manusia yang dicipta oleh Yang Maha Kuasa... Maha Agungnya Dia.
Apapun, yang penting persepsi kita terhadap kapur tesebut, biarlah persepsi kita tidak lari dari bercerita tentang kapur. Asasnya masih kapur. Bukan pembaris mahupun marker board. Gitu... Boleh??? Jauh sekali tentang bola mahupun futsal.
Begitulah... Apapun yang kita perbincangkan. Moga perbincangan kita tetap dan utuh tidak lari dari asas dan landasan Islam itu sendiri. Sejauhmanapun kita mentafsir biarlah tafsiran itu tidak lari dari asas agama kita. Perbezaan kita dalam tafsiran mahupun mentafsir adalah lumrah kehidupan. Kalau tidak masakan wujud perlbagai kitab tafisran ulamak terdahulu bukan??? Pasti tafsiran mereka berbeza...
Oklah cukup dulu ditahun baru ni... untuk akhirnya belum terlambat untuk mengucapkan Salam Aidil Adha... semoga Aidil Adha tahun ini benar-benar dapat memberikan persepsi baru kita terhadap erti korban, terkorban dan pengorbanan. Amin.
Tuesday, January 02, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 ulasan:
12:10 PM
Ustaz, camana dgn kita yang dok sibuk wishing Happy New Year? As b.c is before century & a.d is 'ammo domini' in latin for 'the year of the Lord' and that is Jesus. So how can kita yang islam ni dok wish 'Happy New Year', 'Happy New Year'... Sedangkan apabila sampai tahun baru hijrah tak lah kita celebrate dgn meriahnya.. I tried not to wish new year tapi, org dok wish me, so cam no??? salah tak bila kita wish balik apabila kita tahu yang tahun yg kita wish tu bukanlah tahun untuk kita org islam??
7:17 AM
assalamualaikum ustaz.
ingat ustaz nak delete blog ustaz muda rupanya cuma ubah tagline jer. nie yang buat saya nak ubah jugak nie.
dISINI KITA SEMAI DI SANA KITA PUNGUT HASILNYA
Post a Comment