Tuesday, January 09, 2007

KEMANA KITA NAK DIBAWA???

5 ulasan
Salam sahabat blog...

Dah lama juga tak menulis di blog ustazmuda ni… Mungkin kesibukan di awal sesi persekolahan kot… hehe. Maklumlah sekolah sekarang bukan macam sekolah zaman dulu… Banyak benda nak disettlekan. Mood nak menulispun jadi semacam je… Pahamkan???

Kesempatan yang ada, ustazmuda lebih banyak melihat, merenung, meneliti dan merayap dari satu blog ke satu blog... macam cicakman plakkan??? Seronok!!! Ya seronok dan banyak input yang ustazmuda dapat. Tak kurang banyak benda yang buat ustazmuda gerun dan memikir. Pikirkan masa depan… Bukan masa depan ustazmuda. Untuk diri ini, ustazmuda tak kisah sangat. Maklumlah usia dah meningkat, entah berapa lama sangat lagi di bumi Allah ini. Entah esok entahkan lusa. Mana kita tahukan???

Untuk anak, untuk cucu dan generasi akan datang. Kemana nak kita dibawa??? Kenapa tetiba hati ustazmuda terlintas berfikiran begini yer??? Bukan hari ini sebenarnya… dah lama, lama sangat terpendam… Hari ni biarlah ustazmuda luahkan sehabisnya. Maaf andai ada yang terguris dengan apa yang ustazmuda utarakan… Risau dan gerun bila mereka yang di atas sana terlalu seronok dengan program-program hiburan yang amat melekakan. Ustazmuda ulang sekali lagi amat melekakan lagi memualkan. Apa yang ustazmuda boleh harapkan pada mereka yang tanpa silu dan malu bersentuhan tanpa mengenal mahram… Tanpa silu dan malu menghadiri bahkan sehingga menganjurkan majls-majlis separuh bogel… Majlis yang dengan rasminya menjamu nafsu syahwat atas nama seni dan perfileman. Dunia yang ‘mungkin terkecuali’ dari hukum Allah… Bebas melakukan apa sahaja atas nama seni.

Apa yang ustazmuda boleh harapkan dari mereka??? Apa???

Mungkin pada sesetengah sahabat apa sangatlah salahnya menghadiri majlis seperti itu. Sekadar hiburan. Ya!!! Benar, sebagai manusia kita pasti ingin berhibur. Selagi bergelar manusia kita perlukan hiburan, keriangan dan kesenangan hati… Tapi itukah caranya??? Bergeselan bahu dan pipi??? Hiburankah itu??? Atau sebenarnya sebuah jamuan terhadap kemaruk syahwat yang tidak berpenghujung… Tidak salah untuk kita berhibur. Tidak sama sekali. Berhiburlah!!! Berhiburlah kerana sesungguhnya hiburan juga antara elemen yang membentuk jiwa kita menjadi dekat dengan Allah. Hiburan yang penuh kesopanan. Terjaga batasan auratnya… Tetapi bukan hiburan yang menghairahkan seperti itu… Bukan!!!

Relakah kita hanya sekadar melihat sahaja anak-anak kita membesar dalam suasana seperti ini… Suasana yang sedikitpun tidak membina Iman dan Islam. Lihat sahaja apa yang disogokan kepada kita di media massa… Argh!!! pelbagai anugerah untuk mereka. Hinggakan goyang gerudi dimasyhurkan di Negara kita dan terpampang di depan mata anak-anak. Diiklankan berpuluh kali. Malu!!! Erm… kosong. Kita sudah campakkan perasaan itu. Tanpa malu dan segan kita tersenyum sekeluarga menyaksikannya… Begitu bukan???

Apa yang dapat kita harapkan dari mereka yang memimpin kalau seperti itulah kehendak mereka??? Kalau seperti itulah jiwa mereka. Bebas!!! Bebas … Yang kononnya masih dalam suasana Islam…. Islamkah itu??? Kemana kita Nak dibawa??? Kemana??? Ke syurgakah atau ke neraka???

Arghh!!! Mungkin terlalu keras bunyinya membandingkan sesuatu dengan syurga dan neraka Allah bukan??? Bukan hak ustazmuda untuk menentukan syurga atau neraka seseorang… Ya. Bukan. Itu adalah hak mutlak Allah. Dia pemilik segalanya… Tapi ingat!!! Dia menjanjikan pada kita. Menunjuk jalan dan arah. Selaklah kitabNya, renungi satu persatu akan maksudnya… Jelas jalan-jalan darinya. Jalan ke syurgaNya atau memang kita memilih jalan ke nerakaNya… Nauzubillah. Atau mungkin hati kecil kita tidak lagi punya secebis iman??? Merasakan syurga dan neraka hanyalah dongengan silam semata…

Ya… terbentang petunjuk dariNya. Terserah pada kita memilih atau membuat pilihan… Pilihan di tangan kita. Ya, apa yang kita lakukan tidak terlepas dari persoalan di sisiNya di sana nanti… Siapa mengapa dan kenapa kita pilih, pasti akan dipersoalkan olehNya.

Terlanjur plak bercakap tentang pilih memilih ni… tak lama lagi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Batu Talam… Negeri ustazmuda walaupun tidak sedaerah… Dun yang agak menggerunkan juga. Dun di mana bekas Yang Berhormatnya terlibat dengan peristiwa ngeri dipotong 18??? Masihkah sahabat ingat peristiwa tersebut??? Dan negeri ustazmuda selalu juga didatangi pilihanraya kecil… Masih ustazmuda ingat sekitar tahun 2000, daerah ustazmuda juga terlibat dengan pilihanraya kecil hanya beberapa bulan sahaja selepas pilihanraya umum 1999. Tak perlulah ustazmuda nyatakan kawasannya bukan???

Apa yang penting suasananya… meriah, amat meriah, panas dan hangat. Pelbagai taburan diwar-warkan pada kampong ustazmuda. Seolahnya sebaik pilihanraya, kampong ustazmuda bukan lagi sebuah perkampungan tradisional malahan setaraf sebuah bandaraya lagaknya. Itulah omongan. Indah tapi… Berpusu mereka datang. Wajah penuh manis bertimpuh dengan pelikat dan batik… Rumah tua yang kotor itu seolah seperti sebuah banglo lagaknya. Mereka terlalu bijak… berpelikat berbatik berbaju kurung bersama kita khusyuk tawadhuk berjamaah di masjid nan usang… kita terkasima lantas memilih mereka.

Erm… Omongan itu rupanya hanyalah sebuah omongan kosong. Besoknya suasana seperti biasa. Apa yang tinggal hanyalah nenek-nenek tua dengan wajam kusam mereka. Rumah kusam itu terus ditinggalkan menyembah bumi. Janji-janji itu rupanya hanyalah khayalan sebuah pementasan. Mungkin 5 tahun lagi mereka datang dengan janji yang sama. Wajah kampongku tetap seperti itu…

Mungkinkah dunia ini hanyalah pentas sebuah kepuraan???

5 ulasan:

Anonymous says:
11:39 PM

waaa...sungguh tajam tulisan ustaz muda ni...tp,ader kebenaranya.buat semua pengundi-pengundi batu talam,pilihlah pemimpin yg terbaik.yg boleh bawa kita kepada jalan kebenaran.terbaik utk dunia,terbaik utk akhirat

Anonymous says:
6:12 PM

ke mana kita nak dibawa? mereka nak bawa kita terjun longkang.

kita pula? terjunlah bersama atau fikirkan, undi di tangan kita.

~zalisa maz~

Bunga Rampai says:
1:55 PM

Salam,

Lihat: blog
Perhati: tulisan
Teliti: ungkapan
Tafsir: atas izinNya.

Salam tahun baru 2007 juga salam tahun Hijrah yang bakal menjelang tidak lama lagi :)

AKMA says:
6:28 AM

assalamualaikum ustaz,

benar tanah tumpah kesayangan kita sebenarnya menghadapi krisis identiti. kita mahu setanding negara membangun...kita mahu itu ini...tapi kita hilang...hilang harga diri.

sedangkan negara membangun sendiri sudah mula sedar dan kembali memupuk nilai murni di kalangan warga mudanya...kerana mereka tahu...tamadun yang mereka agungkan bakal tersungkur rebah jika anak-anak dibiarkan kurang ajar!.

kita masih belum sedar...kita masih leka...menabur janji..mengisi tembolok sendiri...

lalu kita kata biarlah soal-soal agama ustaz yang uruskan...

kita lupa...ketika Allah berfirman bahawa manusia itu khalifah bumi...DIA benar-benar maksudkan manusia...bukan sekadar yang bergelar ustaz.

lawan tetap lawan ustaz!

salam buat warga kerja di Batu Talam.

me,myself n all around da world says:
10:04 PM

bila baca mengenai "pilihanraya" dan juga "konsert" ini teringat kata2 usman awang

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual..

al-fadhl ustaz,aritu ustaz ada send ym pd sy ya...sy cuma sempat baca tiba2 internet putus. itulah id ym sy, cuma jarang on9,hehe