Thursday, January 11, 2007

TERKEDU... ITULAH TAKDIRNYA.

5 ulasan
Salam sahabat blog...

Malam tadi, tetiba hati teringat pada seorang sahabat nun jauh di utara... Lama benar rasanya tak kontek... mungkin hampir setahun kot. Kenal secara online, kerana sama-sama pernah terlibat dengan MLM gamatemas... dia di utara kami di Timur. Apapun jarak bukanlah pemisah antara kami. Pantas jejari bermain punat hp lantas beberapa patah perkataan melayang ke udara...

Selang beberapa minit, panggilan balas masuk... ' Jim, abang di hospital Sungai Petani... eksiden ahad lepas. Akak dah takde, dua orang anak abang di ICU dan seorang patah kaki. Abang, Alhamdulillah tapi terlalu lemah untuk bercakap mahupun menulis sms...'

Begitulah bunyi sms diterima. Termenung seketika... kalaulah tak kerana jarak antara kami, pasti jasad ini telahpun berada di sana. Sekurang untuk menyelami rasa hati seorang sahabat dirundung malang, yang pastinya masih tak keruan. Tapi apakan daya... untuk terusan bersms dengannya terlalu berat hati... mungkin keadaannya tidak mengizinkan. Ustazmuda pasrah.

Pagi tadi, kebetulan hari ini, waktu selepas rehat ustazmuda tidak banyak kelas, rehatnya panjang... dalam menyiapkan beberapa kerja, fikiran melayang pada Abang Kamarul... lalu dikuatkan semangat membuat panggilan bertanya khabar. Alhamdulillah, panggilan berbalas... lemah suara menyahut. Pahamlah ustazmuda duduk keadaan.

Segalanya begitu pantas berlalu... Seorang lagi anaknya menyusul ibu tercinta pergi buat selamanya mengadap ilahi pagi tadi. Innalillahiwainnailaihirrajiuun. Dan yang di ICU masih kritikal. Doakan...

Erm... Itulah yang dikatakan takdir. Sesuatu yang mungkin tidak pernah terlintas di kepala kita... tapi telah tertulis di 'papanNya'. Terima seadanya. Pasrah dengan ketentuanNya.


P/s : Al Fatihah buat arwah isteri Abang Kamarul dan anak tercinta... Al Fatihah.

5 ulasan:

k.d says:
2:17 AM

Masya-Allah Ustazmuda. Sedihnya hati saya mendengarnya. Membayangkan diri saya di situasi itu.

Itulah takdir.

Anonymous says:
3:40 PM

Takziah di ucapkan. Semoga Abang Kamarul dapat bersabar dan redha dengan ketatapan Ilahi.

Anonymous says:
8:30 PM

ya Allah,berat nyer ujian Allah kt keluarga Abg Kamarul.semoga Abg Kamarul cekal dan tabah dalam menghadapi ujian Allah.

Sahalfikri says:
10:22 AM

innalillahi wainna ilaihi rajiiuun..

mmg aku pun pernah menziarahi suami yang kehilangan isteri dalam kemalangan. yup, dia sangat trauma dan lemah.. sedih dan sayu.

ujian besar yang allah berikan kepadanya memerlukan sokongan org sekeliling.

semoga allah mencucuri rahmatNya ke atas arwah isteri Abg Kamarul dan anaknya.

CERITAKUASN says:
10:30 AM

Innalillahhiwainnailaihirajiun...

sedih saya membaca kisah ini. entah kenapa hati ini terpaut untuk menyelusuri blog ustaz. Alhamdulillah dapat sesuatu yang boleh memberi peringatan kepada diri yang selalu alpa. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.