Salam sahabat blog...
Hehe kenapa plak cerita cinta... Jiwang plak ustazmuda ni yer. Segalanya berkemungkinan. Maaf, andai mungkin terpikir dipemikiran sahabat apa yang ustazmuda ingin perkatakan ini, punya perkaitan dengan filem CINTA yang dihebohkan beberapa bulan lepas... Maaf, sahabat silap.
Ya, menyebut tentang cinta semua kita punya persepsi sendiri. Malam nipun sedang tangan duk tip top menaip ni, telinga dok pasang dengar 'Cari Menantu di TV9'. Agak menarik gak... Bagus ceritanya, lebih bagus dari 'Mencari Cinta' dulu... Yang sampai sekarang ni masih belum kedengaran kemana hala tuju si pencari cinta dulu... Atau mungkinkah sebenarnya akan wujud cinta sejati di slot-slot televisyen seperti ini...??? Dan sebentar tadi juga sebelum slot Cari Menantu terlebih dahulu hidangan istimewa si pencari cinta atau si pengejar cita dalam 'Cinta Medik' ... Argh anak Melayu??? Kalau itulah gambarannya mereka di menara gading sana, mungkin sesuatu yang amat malang untuk kita. Untuk generasi mendatang. Mabuk kepayang dalam dunia cinta yang tidak berpenghujung lantas kecundang dalam sebuah cita dan harapan menggunung sebuah keluarga...
Bukan juga ini yang ingin ustazmuda ceritakan... dua tiga hari lepas ustazmuda menghadiri satu seminar Multilevel Marketing (MLM)... Rimboon entah camne penceramah mengaitkan sebuah kisah cinta... Kisah cinta yang hebat yang meruntuhkan sebuah kerajaan besar semasa pemerintahan sebuah Dinasti yang agong di Cina. Pasti sahabat tahukan tembok besar negeri Cina!!! Satu tembok penghalang yag maha hebat hasil dari kerahan tenaga manusia. Tembok penghalang sebagai kubu kuat negara Cina dari serangan pihak lawan...
Bagaimana tentera Monggol boleh masuk dan menawan Negeri Cina dengan mudah??? Sedang tembok yang panjangnya beribu km tersebut pastinya benteng yang terlalu kukuh untuk sepasukan tentera menyeberanginya... Tak lain kerana Cinta manusia sanggup membeloti... Kerana Cinta manusia mengkhianti sebuah negara... Sahabat tahukan!!! Aggaplah sebagai satu pengulangan...
Laksamana Chen... Laksamana Agong Dinasti tersebut punya kekasih hati. Punya pacar yang amat dikasihi hanya menunggu masa untuk dikahwini. Malangnya, Raja Agong dinasti tersebut tidak punya rasa kasihan jauh untuk menghargai sebuah pengorbanan seorang laksamana yang berkorban segalanya. Gadis itu menjadi pilihan Raja sebagai gundik yang entah keberapa padanya... Retaklah hati Si Laksamana hingga sanggup membuka pintu tembok kepada pihak musuh... Begitu senangkan??? Hanya kerana dendam dari rasa Cinta terhalang, tergadai sebuah negara. Bukan untuk menyalahkan sesiapa... sekadar menyatakan bila hati itu telah retak, sejuta kemungkinan akan berlaku... Jagalah hati!!! Hehe.
Erm... Cerita cinta jua wujud dalam Al-quran. Betapa hebatnya cinta Zulaikha pada seorang lelaki tertampan di dunia... Zulaikha dan Yusuf dan akhirnya membawa Yusuf memilih penjara sebagai pengabdian pada yang Esa agar dijauhkan dari fitnah. Nah!!! terserlah rupanya penjara adalah sunnah perjuangan bagi mereka yang mengaku beriman padanya... Duri rintangan mereka yang berjuang maha hebat, ( bukan bermaksud suruh masuk penjara yer... hehe) dan alhamdulillah kebenaran akhirnya terserlah dan Zulaikha dan Yusuf disatukan sebagai suami isteri yang cukup bahagia.
Kajilah kisah cinta mereka... betapa halusnya Al-Quran menggambarkan kisah mereka. Bukan nafsu dan syahwat yang digambarkan. Halus gambarannya. Untuk mereka yang begelar penulis cubalah melakar sebuah kisah cinta begini tanpa gambaran cinta penuh nafsu dan syahwat. Pasti anda pengarang yang bijak...
Kisah cinta di alam melayu juga tidak kurang hebatnya... Masih sahabat ingat dengan 'Sultan Mahmud Mangkat di Julang' ... hanya kerana sebiji nangka, seorang isteri juga kepada seorang laksamana yang taat lagi setia akhirnya terkorban. Dan berlakulah pembalasan atas dendam hanya kerana cinta. Nah besarnya penangan cinta... Berjuta kemungkinan berlaku bila tiada rasa cinta, bila cinta dan rasa itu hilang dan tidak wujud lagi...
Hanya Si Tuah sahaja yang masih mampu tersenyum setia biarpun cintanya direntap jua oleh seorang yang bergelar raja... Mampukah kita menjadi Tuah??? Atau haruskah seketika kita menjadi Jebat!!! Entah.
Kepada sahabat yang masih punya cinta, punya rasa, hargailah... kerana cinta dan rasa itu adalah anugerah Allah yang tidak mampu dinilaikan dengan apa jua sekalipan. Hargailah cinta dan rasa itu, hargailah dengan keimanan dan binalah dengan syariatNya... Pasti cinta itu akan kekal sejati dalam peliharaan Allah. Cintailah...
Thursday, February 08, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 ulasan:
7:36 AM
saya pilih semangat juang JEBAT..raja zalim kita kene lawan sebab yang kene bahananye nnt rakyat bawahan hehehe..
p/s lawan pon kalau si raja kaki tidur tu nampak mcm dah tak bleh pertahankan agama kita ni..keje dia tau TIDOR je hehehe..jgn mara aaa
1:42 PM
Cinta boleh menjadikan kita taat dan derhaka. Soalnya cinta yang bagaimana?
10:44 AM
tidur? sebab cintanya sudah tiada kot? haha..
kadangkala dalam mengejar dunia, cinta itu tidak ketahuan tersepak ke mana..
sukar, sukar..
6:35 PM
buat semua kengkawan..boleh layari laman blog mufti perlis di www.drmaza.blogspot.com
dijangkakan akan banyak artikel ilmiah yg menarik
p/s ya akhi Umar Faruqi..ni bukan namanya taksub...saje nak promote je hehehe
9:07 PM
maaf jika saya tersilap, saudara menulis --> kebenaran akhirnya terserlah dan Zulaikha dan Yusuf disatukan sebagai suami isteri yang cukup bahagia.
Serasa saya yusuf dan zulaikha tidak berkahwin. Yusuf dipenjarakan (dan akhirnya dibebaskan) dan tiada perceraian antara zulaikha dan suaminya.
sekali lagi, maaf dan tlg betulkan jika saya yg salah :)
Wassalam.
2:53 PM
Ustaz , Adakah kerana cinta Siti Hawa di ciptakan untuk Nabi Adam a.s. dan bukankah kerana cinta juga berlakunya pembunuhan pertama di muka bumi ini.
2:17 PM
Cinta ... memang indah. Kebetulan saya terbaca di paparan blog kak zalisa.Kebetulan sekalu lagi entri terbaru saya juga mengungkapkan kisah cinta. Selamat berblog. : )
11:16 PM
cinta itu buta. buta kerana orang bercinta tak da mata .macam kudis buta. makin digaru makin teruk. cinta itu buta. buta hati, buta segala.
Post a Comment