Tuesday, February 20, 2007

HARI KELUARGA DAN SILATURRAHIM...

0 ulasan
Salam sahabat blog...

Semalam, isnin 19 Februari. Alhamdulillah telah berlangsung dengan jayanya Hari Keluarga dan Silaturrahim untuk kali ke 2 bagi masjid kampong ustazmuda. Kg Loyang satu kampong tradisional yang nun jauh di penghunjung kampong dalam daerah Temerloh.. Erm!!! kepada si kaki pancing pasti akan seronok, kampong betul-betul di tepian Sungai Pahang. Jom memancing!!!.

Keseronokan bersukaneka bukan sahaja terpancar di wajah anak-anak bahkan kepada semua, dari golongan kanak-kanak hinggalah ke tok-tok Wan di kampong. Terima kasih kepada ahli Qariah dan ghodong-ghodong sahabat handai yang sanggup meluangkan masa bersama...

Yang duk di Kuantannya... Dr. di UKM Bangipun balik sama. Tak kurang dari UITM Jengka, ILP Bangi dan macam-macam lagi. Kasih dan sayang kalian pada kampong kita pasti membuahkan hasil yang membanggakan untuk anak cucu kita akan datang. Amin. Kepada ghodong-ghodong kampong yang tak disebutkan nama tu maaflah yer. Untuk sahabat yang masih setia dengan kampong, sahabatlah penerus jati diri kampong kita.

SURAT JEMPUTAN :

AGENDA : Maaflah surat jemputan dan agenda tak berapa jelas... Antara agenda :

Sukaneka... ( Luar masjid )

Sepak raga bulat, Sepak takraw, Bowling kelapa ( L/P), Gubahan kain batik, Anyam ketupat.

Ilmiah... ( Dalam masjid )

Hafazan, tilawah, kuiz agama, azan terbahagi kepada kategori Tadika, SRK, SMK dan terbuka...

Gambar acara bowling kelapa: Lelaki...

Gambar acara bowling kelapa: Perempuan...

Bersambung... Lagi gambar esok!!!

Ok. Saksikan sambungan... Aksi penonton!!!


Seterusnya acara sepak raga bulat. Gabungan veteran dan anak muda...

Dan di bawah sepak takraw. Main di tepian Sungai Pahang... Best Sesangat...

Ok. Besok InsyaAllah acara dalam masjid pula. Tunggu!!! Acara Ilmiah...

0 ulasan: