Tahniah kepada adik Afifah Nabila kerana menjuarai acara hafazan dan tilawah. Adik memang best macam ayahnya juga... Tahniah sekali lagi!!! Walaupun masih berumur 5 tahun tapi hafazan dan bacaan tilawahnya memang mengagumkan... Baca surah Waqiah lagi tu. Lancar. Kata orang tua, sejuk perut seorang ibu mengandungkannya. Moga akan lahir lebih ramai anak-anak genius begini. Amin. Insya allah bila genius dalam Al-Quran akan geniuslah dalam bidang-bidang lain. Amin.
Begitulah sedikit sebanyak suasana hari keluarga dan silaturrahim Masjid Kampong ustazmuda. Paling best, makan tengahari dan makan malam free... Hehe. Di sediakan secara gotong royong oleh semua ahli Qariah... Best sesangat. Rasa macam kenduri kawin plak. Makan nasi kawah... Berselera.
Majlis berakhir pada jam 10.30 malam... Hehe lama tu dari jam 8.00 pagi sampai pukul 10 malam... Apa dibuat yer!!! Erm... disebelah malam diadakan solat Maghrib berjamaah seperti biasa dan kemudiannya diikuti ceramah agama yang juga di sampaikan oleh anak kampong sendiri yang sudah tidak asing rasanya... Ustaz Ibrahim Bin Jamin, dan diikuti dengan majlis penutup dan penyampain hadiah untuk semua kategori... Maaf gambar majlis penutup dan ceramah agama tidak sempat diambik. Ustazmuda terpaksa mengundur diri time tu, ada sedikit masalah dengan Umar. Ke klinik bawa dia...
Nak tahu apa yang Umar dapat pada hari keluarga kali ini??? Hehe... Insya allah ustazmuda akan ceritakan pencapaian Umar kali ini di abiumar.blogspot.com. Lama betul tak menulis di situ.
Insya allah akan bertemu lagi di tahun hadapan. Kepada pemenang di ucapkan tahniah dan kepada meraka yang belum bernasib baik Insya allah peluang masih ada di tahun hadapan... Jumpa lagi di 2008. Amin.
5 ulasan:
6:02 PM
muafakat orang-orang kampung ustaz nie. best jer baca posting kali nie. kiranya kepulangan Ustaz2 ustazah2 ke kampung ustaz ibarat sirih pulang ke ganggang. Jarang ada kampung yang nak buat hari keluarga nie.
4:57 PM
hehe.. suke tengok mcm zaman dulu2.. muafakat!
4:11 PM
Canggihnya blog ustaz ni.
Ops.. tumpang lalu...
1:18 AM
lwtn ringkas kali pertama. Mudah-mudahan kerja buat anda diberkati-Nya.-Salam ukhuwwah dari Syam al-Mahrusah-
2:24 PM
boleh dapat kan email..? sy ada soalan penting nak tanya (greelow@yahoo.com) - Azie
Post a Comment