Minggu ni, alhamdulillah dapat balik kampong seperti biasa, ala kampong bukanlah jauh sangatpun dengan tempat kerja ana ni... adalah dalam 45 min lebih kurang perjalanan biasa. Bukan merempit tau... hehe. Syukur juga, minggu ni berkesempatan melapangkan masa untuk bersama-sama program bulanan kampong. Kuliah bulanan sebulan sekali. Bermula 10.00 - 11.30. Banyak ilmu yang didapati paling kurang dapat membuka minda ana yang masih kering kontang dengan ilmu agama ni...
Banyak perkara yang disentuh walaupun dalam masa sejam setengah tersebut hanya sepotong ayat sahaja yang ditafsirkan... Ayat pertama Surah Al Mulk. Tentang kebesaran dan kekuasaan Allah. Kerajaan Allah... Kerajaan yang Maha hebat tiada tolak bandingnya. Meliputi kerajaan langit dan bumi kekuasaan mengatur alam ini. Perjalanan segalanya cakerawala... bulan bintang langit matahari. Semuanya dalam aturbicara dari Allah Tuhan Yang Maha Esa... Yang mentadbir alam ini. Kerajaan yang tidak mungkin punya perbandingan dengan segala kerajaan yang wujud di Maya ini. Dialah Allah tuhan yang tidak pernah memerlukan bantuan walau sekelumit dari makhluknya. Jauh sekali dengan mana-mana kerajaan di dunia yang sentiasa bersilih ganti pelakonnya lantas merintih memujuk dam merayu untuk terus kekal berkuasa...
Cumanya... Terlalu sukar untuk kita merasakan kerajaan dan kekuasaan Allah ini pada kita. Rasa yang mampu mendatangkan perasaan gerun, lantas menyimpul ketakwaan padaNya. Sukarnya kita menerima setiap sesuatu itu adalah di bawah kekuasaanNya. Sukarnya kita meletakkan hakikat bahawa segala sesuatu yang berlaku pada setiap kita atas kehendak dariNya... Amat sukar!!! Kita lebih akur pada makhluk justeru lupa pada hakikat sebenar dari Yang Maha Esa...
Arghhh... Apa ana melalut ni masih belum berbicara soal berkat. Jauhnya menyimpang!!! Ya. Berkat... suatu kalimah yang telah mula asing ditelinga kita akhir ini. Terlalu asing. Kalau dulu semasa ana kecil kalimah itu benar-benar melekat dijiwa. Kalimah itu sering meluncur dibibir-bibir pakcik sebelah rumah. Kalimah itu juga sering terpacul dimulut nenek-nenek kampong...
Hari ini, kita telah melupakan berkat itu dalam hidup... Ya. Berkat satu kalimah yang sukar untuk diterjemahkan dengan lisan. Sukar... hanya yang mengerti dan memahami sahaja mampu mengungkapkan. Mungkin kerana dunia moden hari ini, dunia yang segalanya berpusatkan kebendaan menjauhkan kita dari mencari keberkatan atau langsung tidak pernah memikirkan keberkatan dalam hidup kita.
... Terngiang lagi ditelinga ana, " Hari ini, semakin banyak yang kita dapat semakin jauh kita dengan Allah... semakin kita tidak punya masa walau seminit dua untuk Dia yang memberikan pimjaman kepada kita " itulah kata ustaz dalam kuliahnya... " Semakin banyak kita dapat, semakin tidak cukup pada kita, semakin menghimpit dirasakan... Itulah tandanya hilang keberkatan hidup..." Sambung ustaz lagi.
Erm... itulah tanda hilang keberkatan hidup!!! Lantas hati tertanya... Mungkinkah ana juga sebahagian darinya. Sebahagian dari mereka yang telah ditarik oleh Allah keberkatan dalam hidup. Sering merasakan ketidakcukupan dalam hidup. Puas hati ini memikirkan...
Dan sebelum kuliah ditutup, dihulurkan kotak sumbangan untuk pelbagai program masjid kampong dari jamaah ke jamaah... Akhir, diumumkan kutipan sekitar RM400 lebih. Alhamdulillah. Jumlah yang agak banyak berbanding jamaah yang tidak sampaipun 20 orang dan kesemuanya penduduk kampong penoreh getah atau hanya mengutip hasil sungai Pahang. Hanya ana sahaja yang berpendapatan tetap... Ana sendiripun terlalu lemah, lemah kerana tak sanggup untuk mengeluarkan walau sekeping kertas merah sebagai sumbangan di masjid kampong sendiri... Berkatkah ana???
Kepada sahabat-sahabat kampong di luar sana... Sama-sama kita memeriahkan program di kampong kita untuk bulan seterusnya. Untuk kuliah di Bulan Julai Insya Allah pada ketetapan berikut :
29 Julai 2007 Ahad. Bertempat di : Masjid Kampong Loyang, Temerloh
Masa : 9.30 pagi.
Penceramah : Al - Fadhil Ustaz Mohd Arif Bin Jamin
Pegawai Agama Islam Maran.
Tajuk : Tafsir surah Al: Mulk : Ayat 2. Kitab di sediakan.
Anda yang bukan anak kampong juga dialu-alukan untuk sama-sama memeriahkan. Amin
Masa : 9.30 pagi.
Penceramah : Al - Fadhil Ustaz Mohd Arif Bin Jamin
Pegawai Agama Islam Maran.
Tajuk : Tafsir surah Al: Mulk : Ayat 2. Kitab di sediakan.
Anda yang bukan anak kampong juga dialu-alukan untuk sama-sama memeriahkan. Amin
Dan sebenarnya semua anak kariah di luar sana telah dimaklumkan akan ketetapan ini, kuliah bulanan sebulan sekali pada setiap Ahad terkahir. Semoga dengan program yang kita sama sama rancangkan ini, Allah akan membukakan pintu keberkatan kepada kampong kita. Amin.
7 ulasan:
10:44 AM
yaahh..
beramai2 laa mengimarahkan program ini..
rohani juga perlu diberi makanan..
bukan jasmani saja..
ilalliqa'.
3:01 AM
salam perkenalan..teruskan usaha dakwah ustazmuda
3:43 PM
Insya Allah kita sama-sama balik nyerta..hak di Bera, KL ,Jengka, Kontan, Lipis, Kerambit sama2la kita nyerta..tak lupe hak belah hilir pon sama2 kite nyerta hak belah hulu..
1:44 PM
Salam Ramadhan dari saya. Selamat berpuasa. Moga kita dalam hidayahNya sepanjang bulan mulia ini :)
Apa khabar?
12:20 PM
assalamualaikum.. moga ramadan taun ni akan tingkatkan lagi iman & taqwa kita.. salam ramadan.. :)
1:14 PM
kadang2 kita lupa nafs,jisim dan akal ini adalah kepunyaan Allah. sebuk dgn urusan diri sehingga lupa mengenai hak Allah.
rigid mengenai kausaliti,setiap benda terjadi mesti ada sebabnya sehingga terlupa di situ terkandungnya kudrat Tuhan yg tersirat.
bertapa kita semua(saya) daif dan pura2 enggan mengerti hal ini.
1:30 AM
boleh tanya, ustaz ni ada kakak seorang pentadbir di UITM Jengka tak? nama bapanya sama Jamin jugak.... tq
Post a Comment