Wednesday, June 20, 2007

BARANG NAIK HANTARAN NAIK...

4 ulasan
Salam sahabat blog...

Barang naik hantaran naik... Boleh gitu??? Erm... Kira bolehlah yer sahabat. Bolehlah tajuknya tapi belum pasti boleh realitinya. Gone??? Dah lama benarnya nak mengetuk keyboard, atas tajuk ni tapi rasa cam tak masuk jiwa je... Tak tahu nak mulakan dimana.

Cuti sekolah lepas banyak walimah yang ana hadiri... pelbagai cerita pelbagi hidangan pelbagai plak hantaran. Ada serba satu ada serba dua... macam macam ada. Itulah hebatnya walimah masyarakat Melayu sekarang... Tak cukup di rumah tambah lagi di dewan bagi yang mampu terus ke hotel...

Sedang mencedok hidangan ke pinggang terdengar bisik makcik di sebelah... hebat gak ye hantaran anak Pak Usu ni... yerlah... kan orang terpelajar, sampuk makcik bertudung merah di sebelahnya. Pastinya sahabat biasa dengan keadaan ini bukan??? Tanpa perbincangan tentang hantaran, seolah tak sah plak ke majlis walimah. Lima enam ribu dah dikira satu kebiasaan sangat-sangat sekarang... Argh itu hanya layak untuk anak yang hanya lulus SPM... terdengar makcik bermekap tebal menyampuk...

Di sana-sini majlis membanding hantaran menjadi topik utama di majlis walimah... Anak si anu tu 7 ribu serba dua... Si Peah hujung kampong tu 8 ribu tahu, dengan muncung mulut membuka cerita... Ala kan sekarang ni semua harga barang dah naik... Semua naik padanlah dengan hantaran yang naikkan...

Erm... kadang terpikir juga ana, samakah nilai anak dara kita dengan barangan di pasar hari ini... Samakah dengan nilai berkilo daging di pasaran yang pasang surut harganya... berbaloikah membandingkan hantaran dengan harga minyak di pasaran dunia yang sentiasa terumbang-ambing... Menjual anakkah kita??? Kalau itulah nilaiannya...

Tak kurang juga yang membandingkan hantaran dengan ketinggian sijil anaknya, semakin tinggi sijilnya semakin besarlah hantarannya. Adilkah?? Entah. Semakin tinggi sijilnya, pada ana silap-silap haribulan semakin jauh dengan dapur hehe. Semakin keraplah ke kedai nanti... tapi takpe kan itu harga yang kita bayar...

Pada ana, tak perlulah dibanding-bandingkan harga barang yang pasti akan naik dengan nilaian anak kita... Anak kita tidak punya perbandingan.. Walimah!!! Bukan lah satu kewajipan. Patutkah kita mengharapkan hantaran dari pihak lelaki untuk menampung walimah kita... patutkah??? Selesaikan yang wajib sudah memadai... Yang rukun itulah yang utama. Usahlah sampai mengharapkan hantaran dari si lelaki untuk menampung majlis kita. Buatlah seadanya... sekemampuan kita.

... Andai sahabat mampu persilakan, jamulah rakan taulan sekadar mampu tanpa menyusahkan mana-mana pihak. Andai sahabat tidak punya kemampuan berpadalah dengan apa yang ada. Jangan dibiarkan anak-anak kita terus menunggu dan menunggu dan akhirnya hidup tanpa ikatan yang sah.

Ingatlah pesan baginda junjungan mulia, wanita yang baik ialah wanita yang maharnya rendah. Fikirkan!!!

4 ulasan:

Butaseni@Wan Raja says:
1:18 PM

salam ustaz,
memang benar hantaran sekarang ni dah melampau danjadi macam satu pertandingan.'anak aku lebih mahal,anak dia tu murah je".dialog ini pun saya pernah dengar.pertandingan riak ini amat menyusahkan sekali golongan teruna,sehinggakan tertangguhlah tarikh itu gara-gara kekurangan duit maka maksiat pun terjadi.
apa hukumnya ustaz?(kepada ibubapa riak ni)

Anonymous says:
2:09 PM

barang dah mahal...thats why hantaran kena sesuai untuk majlis yang akan dijalankan...

Anonymous says:
1:00 AM

a'kum ustaz,
saya ni boleh dikatakan terdiri dari golongan yang berkemampuan tetapi tunang saya kurang sedikit. saya jenis yang tidak terlalu mementingkan kebendaan sangat...semasa waktu pertunangan dulu saya alami masalah berkaitan dengan wang hantaran lebih2 lagi berkaitan dengan ibu saya yang kurang berminat dengan tunang saya sekarang ni.walaupun sekarang ni kami tidak mendapat pendapatan yang tinggi, tapi saya betul2 ingin berumah tangga untuk mengelak kan perkara yang dilarang...yang lebih memeingkan bila saudara mara yang lain, memeinta pihak saya meminta wang hantaran yang tinggi dan menginginkan majlis besar2an....maklumlah saya ni anak perempuan seorang dalam keluarga....saya ni sukar sedikit nak berkongsi masalah dengan orang,sebab takut berita ni tersebar.....tolong lah berikan pendapat....

Anonymous says:
6:53 PM

SALAM,
kes hantaran naik ni...selalunya bukanlah perempuan tu sendiri yang demand.masalahnya,keluarga perempuan tu.nak dilawan,mak ayah sendiri.jangan masuk campur urusan orang tua.macam tu katanya.yang nak kawin tu kite..memang pening.sabar je la..mintalah dalam solat dilembutkan hati keluarga tu..sedih tau...saya menangis berhari2 menjelang majlis pertunangan dan seterusnya..tension dgn sikap keluarga yang macam ni..ni tunang saya bagi hantaran RM10K tau..cume sebab tidak dihebahkan tentang duit hantaran tu mase majlis bertunang,jadi haru biru family saya marahkan saya,kate yang bukan2 pasal tunang saya.walhal xde masalah pon tunang saya nak bagi hantaran tu..saya x mintak pon..memang dia nak bagi.bile family saya buat macam ni,saya yang menanggung malu dengan keluarga tunang saya..