Hari ni abi, ummi dan umar jalan-jalan ke Kota Baru... dan hari ini 30 May merupakan hari ulangtahun perkahwinan abi dan ummi yang ke 9. Ermmm nak dikatakan lama rasanya 19 dan 90 mungkin lebih lama... tapi nak dikatakan sekejap tak juga kot, 9 bulan dan 9 hari pasti lebih pendekkan??? Hehe. Apa-apalah...
Tiada apa yang abi ingin perkatakan, pada ummi... terima kasih tidak terhingga kerana menerima abi seadanya. Jasa ummi hanya Allah jua yang mampu mebalasnya.
... pada Umar, maafkan abi andai selama bergelar ayah, abi tidak mampu memuaskan hati sayang.
... pada ummi dan umar, doakan abi agar mampu menjadi seorang suami dan ayah yang terbaik buat kalian. Kemaafan abi pohonkan pada kalian berdua di atas segala kesilapan yang telah sedang dan akan abi lakukan. Maafkan abi sayang... Pada kalian abi hadiahkan 10 rangkap pantun sebagai kenang-kenangan. Terimalah...
Pohon sukun pohon delima
Indah berseri penghias halaman
Sembilan tahun hidup bersama
Ragam hidup jadi mainan
Tempat bermain putera dan puteri
Ragam hidup jadi mainan
Pahit manis jadi penyeri
Usik mengusik sesama sendiri
Pahit manis jadi penyeri
Akidah dan iman pengikat diri
Bertepuk sorak riuh sekampong
Akidah dan Iman pengikat diri
Moga hidup tidak terpesong
Bertepuk sorak riuh sekampong
Di
Moga hidup tidak terpesong
Kita hidup aman dan bahagia
Di
Tua muda sungguh mesra
Kita hidup aman dan bahagia
Walau seorang cahaya mata
Bertepuk tampar ketawa ria
Walau seorang cahaya mata
Dialah intan dialah permata
Bertepuk tampar ketawa ria
Indah hidup teman berteman
Dialah intan dialah permata
Anak soleh moga dimakbulkan
Indah hidup teman berteman
Kala sunyi rindu menyapa
Anak soleh moga dimakbulkan
Titipkan doa janganlah alpa
Kala sunyi rindu menyapa
Kicauan burung sungguh bererti
Titipkan doa janganlah alpa
Buat kami umar, abi dan ummi.
... Pada sahabat yang bertandang doakan kebahagian untuk kami di dua dunia. Terima kasih.
4 ulasan:
12:22 AM
semoga allah perkenankan segala amalan, doa dan di curahkan kebahagia
dalam limpahan kurnianya ke atas rumahtangga ustaz sekeluarga.
pantun tu, no komen.
2:07 PM
Alhamdulillah.
Dah masuk tahun ke 9 usia perkahwinan ustaz. Akak mendoakan semoga ia berpanjangan sehingga keakhir hayat.
5:02 PM
TAHNiAH!!
SEMOGA KEKAL HiNGGA KE AKHiR HAYAT!
10:26 PM
The nice thing with this blog is, its very awsome when it comes to there topic.
Post a Comment