Salam sahahat blog...
... hari ni teringin nak ajak sahabat sembang-sembang tentang sauasana semasa. Suasana hari ini yang di sana sini penuh dengan muzik. Muzik muzik muzik. Anti muzik ke ustazmuda ni yer??? Hehe. Takdelah... sesekali kaki terhenjut juga dengan sendiri... Bila alunan irama terkena dengan rasa.
Cuma, bukan apa... sejak dua tiga hari cuti sekolah ni dan kira berpuluh jugalah jemputan kawin yang ustazmuda terima... semuanya mesti ada muzik. Ada jemputan di kawasan kampong, kawasan felda dan kalau di bandar-bandar besar tu almaklum ajelahkan. Huhu. Muzik seolah-olah satu dari menu wajib untuk semua majlis.
Bukan di majlis perkahwinan sahaja... baru-baru ni ketika perayaan sambutan hari guru, kat sekolahpun macam tu juga. Amboi majlis pembukaan ala-ala anugerah era gitu. Adois. Hebat anak-anak kita liok lentuknya memang setanding... Terkasima juga dibuatnya.Hehe. Sesetengahnya mengalahkan Inul gitu. Ustazmuda tidaklah mengatakan muzik itu haram secata total... tidak. Muzik adalah suara alam. Kicauan burung di angkasa juga merupakan laungan muzik semulajadi ciptaan Allah. Geselan dedaun bahkan suara ombak memecah pantai juga adalah muzik...
Dah, kalau bukannya haram secara total... kenapa nak diisukan??? Bukankah banyak lagi perkara yang lebih besar. Erm... Entah. Cuma sering tertanya perlukah ia menjadi main menu di setiap program kita. Seolah tanpanya majlis kita tidak berseri. Majlis kita majlis yang mati.
Agaknya, ada ke sahabat-sahabat yang ingin berziarah atau bertolong bantu gotong royong melakukan kerja andai majlis itu sepi sahaja... yang ada hanyalah laungan bacaan Quran dan alunan Asma Allah. Atau mungkin kita sendiri akan merasa rendah diri untuk mengadakan majlis yang hanya seperti ini... lantas kita akan bersama dengan tuntutan semasa yang menjadikan muzik sebagai menu utama!!!
Opsssss atau mungkinkah satu hari nanti majlis-majlis keagamaanpun akan terikut sama dengan suasana dan budaya yang seolah telah diterima pakai ini!!!!!! Mungkin sahabat ada jawapannya...
Wednesday, May 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 ulasan:
6:16 AM
Saya juga memikrkan bagaimana manusia hidup tanpa muzik.. tak boleh .. saya juga terfikir bagaimana muzik menjadi elemen dlm kehidupan?.. dan pulaknya nada bass kerap meransang naluri manusia meminati muzik...sehingga yg tua pun akan terinjut injut jika dentuman bass seirama dengan lagu yg didendangkan.
Rupa rupanya, irama awal yg kita dengar ialah degup jantung ibu yg mengandungkan kita. Inilah permulaan muzik.
6:17 AM
Pada saya artikel ini harus diulas secara lebih detail. Ianya seolah-olah masih meperlekehkan muzik sedangkan bendanya adalah fitrah. Yang dipersoalkan ialah elemen-elemen yang dibawa oleh muzik itu sendiri seperti mesej yang disampaikan di dalam lirik lagu ataupun tarian joget bercampur-baur lelaki dan perempuan yang ajnabi. Adakah muzik sebagai satu seni yang boleh dikaji dan dicerap secara saintifik perlu dipersalahkan secara mutlak? Pada zamannya Ibnu Sina menggunakan muzik sebagai cabang kajian ilmu metafizik bagi merawat pesakit-pesakit jiwa.
Majlis walimah Melayu amnya pada masa dahulu ada muzik seperti kompang, dikir dan caklempong. Tujuannya memang sebagai tanda keraian dan sebagai cara pemberitahuan yang mampu membuatkan orang sekeliling bertanya "Ada kenduri kahwinkah?" atau "Siapa yang bernikah?". Secara tak langsung berita perkahwinan tadi sudah tersebar dan matlamat walimah sebagai pemberitahuan makin tercapai. Cuma pada masa ini, terdapat lagu-lagu yang agak keterlaluan dalam menggalakkan hubungan bebas dimainkan juga dalam majlis-majlis perkahwinan. Perkara seperti ini harus diubah
Saya hormat orang-orang yang mendalami ilmu agama kerana mereka telah komited dari awal untuk mengejar akhirat dari dunia, tetapi adakalanya segilintir ulama' terus-terusan membuat kesimpulan secara serkap jarang tentang kemutlakan haramnya muzik. Pada saya para ulama' harus dinamis untuk menyesuaikan isu-isu semasa dengan Islam supaya masyarakat awam tidak keliru dengan berbagai-bagai perbezaan pendapat. Kita tidak mempertikaikan perkara-perkara pokok yang jelas, tetapi perkara-perkara cabang yang berubah-ubah dari masa ke masa. Maka disinilah harapan orang awam seperti saya terhadap para ulama' untuk berbincang secara ilmiah, turun ke padang dan pada masa-masa tertentu mendengar sendiri muzik semasa serta mengkaji elemen-elemen bawaan muzik tersebut. Tuan-tuanlah pewaris para nabi. Wallahu'alam.
10:26 PM
I'm thankful with your blog it is very useful to me.
Post a Comment