Monday, May 12, 2008

KeRaNa KaLiMaH BiAsA...

1 ulasan
Salam sahabat blog...

Biasalah tu… Ala biasa lah. Tak de orang tengoknya??? Jangan risaulah beb… kat sini tak kisah. Biasa je… Mungkin kalimah-kalimah seperti ini, sering terngiang ditelinga kita… Biasa!!!. Biasa yang akhirnya membawa kepada semua perkara menjadi biasa… Tiada yang luar biasa. Tiada yang pelik pada pandangan dan rasa hati kita…… Terima segalanya sebagai biasa…lumrah. Dah macam tu…


Apa sebenarnya yang ustazmuda ingin kongsikan??? Mungkin apa yang ustazmuda perkatakan juga satu perkara biasa… tak ada yang luar biasa. Biasa-biasa sahaja. Hehe. Teringat ustazmuda ketika di usia ramaja dulu kala… Tika itu TV baru je ada di kawasan perkampungan ustazmuda. Ala… di sekitar tahun 80 an gitu… Seronoknya tika itu bila benda alah itu diperkenalkan walaupun di kampung ustazmuda, rumah ustazmuda adalah rumah yang terkahir dimasuki oleh peti bersuara itu… Tegasnya emak dan ayah untuk mengatakan tidak pada peti bersuara itu… hinggalah akhirnya abang sulung membawa pulang benda alah itu…


Masih juga terbayang ketika itu, berkumpullah anak muda di kampong mentonton Tayangan Gambar Melayu di malam sabtu dan Tayangan Filem Hindi di petang sabtu… macam sekarang juga… Dalam malu-malu anak muda menonton filem-filem hindi ini… Sesekali bila adengan nyanyian yang agak berani lagi berahi ditayangkan… anak muda kampung ini memperlihatkan sifat malu mereka… Memalingkan wajah, atau kadangkala si ampunya TV akan menukar ke siaran lain… Begitulah sedikit masa dulu…


… itu cerita dulu, dulu telah berlalu, dan kini bila anak-anak yang membesar dengan peti bersuara ini menjadi dewasa lantas menjada ibu dan bapa… keterbukaan dan kebiasaan pada peti bersuara ini diteruskan… dalam suasana yang lebih menyerlah dan minda yang lebih terbuka. Mungkin satu ketika dulu untuk melihat dan menatap adegan ciuman… masih wujud rasa malu dihati… lebih lagi bila si anak bersama. Mungkin kita cepat- cepat menukar ke cerita lain… Begitulah cerita dulu.


… dan kini dek kerana lamanya terbiasa dengan keadaan seperti ini, rasa malu dan rasa segan seolah telah hilang, satu keluarga boleh bersama riang gembira dan ceria dengan peti bersuara yang menayangkan pelbagai cerita… dakapan dan gambar separuh bogel atau mungkin bogel telah mula diterima oleh seisi keluarga… tanpa rasa malu. Kalau dulu mungkin mata menoleh malu melihat dakapan mesra pasangan kekasih di peti bersuara itu… atau malu-malu melihat hangat ciuman, kini tidak lagi. Bahkan ada ketika menjadi bahan sembangan seisi keluarga… begitukan???


Lantas… anak-anak kita telah hilang rasa malu untuk melakukan segala apa yang dipertontonkan di peti bersuara itu… dakapan pelukan dan ciuman seolah sudah jadi mainan pada mereka… Biasalah beb. Tak luakpun beb. Inilah fenomenanya. Fenomena yang wujud dari rasa biasa terhadap persekitaran yang menjauhkan kita dari Yang Maha Esa… Biasa dengan perlakuan yang membawa kepada dosa dan noda…


Hakikatnya… inilah kejayaan mereka. Mereka yang ingin melihat kita Ummah Terbaik yang diamanahkan Allah ini lalai dan leka… lalai dan leka dalam kehidupan yang seolah tidak bertepian... Mereka bergembira dengan hasilnya. Mereka menanam benih berpuluh tahun dahulu… Dan kini hasil tuaiannya mereka kecapi.


Untuk sahabat-sahabat yang masih punya rasa kemanisan Iman di dada… Mari bersama kita asakan dalam diri satu keluarbiasaan … merasakan suatau yang luar biasa pada sestiap perkara yang melanggar hukum Allah… mewujudkan dalam diri satu perasaan gerun dengan perlakuan yang menjauhkan diri dengan Si Pencipta… Wujudkan rasa pelik… pelik akan keberanian manusia melawan Yang Maha Esa… pelik. Ya pelik!!! Siapa kita untuk berlawan dengan Sang Pencipta…

1 ulasan:

Anonymous says:
5:03 PM

Salam.

Kalau baca artikel ustazmuda, ada je yang ummi terasa teruja nak bagi komen. He,he. Bukan komen menentang tapi sekadar nak berkongsi pandangan dan cerita.

Pasal benda alah ni..alahhh..yang 4 segi tercongok kat ruang tamu tu le..dulu-dulu ummi selalu terfikir, agaknya budak-budak sekarang ni boleh hidup ke tanpa TV ni ek? Dah siang malam asyik berteman dengan benda tu, apa taknya? Hinggalah tiba ke bulan Ramadhan lepas, Ummi dan Abi (Abi yang kat rumah Ummi ni, bukan Abi Umar..hi,hi), bertekad 'Kita jangan tengok TV lagi mulai bulan yang mulia ni'.

Tengok-tengok..Alhamdulillah perkara yang dulu Ummi rasa satu keluarbiasaan agaknya kalau dapat tarbiyah anak-anak tak tengok TV, rupanya Allah dah permudahkan buat Ummi. Sampai hari ni, memang kami anak beranak dah tak bukak-bukak dah TV kat rumah tu..kecuali untuk tengok CD ceramah agama, atau CD pelajaran.

Ummipun tak sangka..rupanya anak-anak kecik ni mudah dibentuk. Kalau mak ayah tak tengok, merekapun tak teringin nak tengok. Kesannya..Alhamdulillah, masa yang diperolehi untuk aktiviti sekeluarga lebih berkualiti...

Nah! Suatu yang boleh dibiasakan walaupun pada anggapan kita luarbiasa,kan?

Eh, dah panjang ni. Macam blogspot kita lak. He,he. Tahniah Ustazmuda! Teruskan dakwah di bidang penulisan ni!