Saturday, May 10, 2008

UcApAn BeRsEMpEnA...

2 ulasan
Salamsahabat blog...

Di Malaysia atau mungkin di mana-mana dunia hari ini terlalu banyak sambutan bersempena. Ustazmuda tidak bermaksud untuk kontra dengan segala sempena... Tidak!!! Cuma kadang hati sering tertanya... patutkah kita mengambil semua sempena yang pastinya datang dari Barat??? Bukan ustazmuda mengatakan semua yang datang dari barat itu salah dan semua yang datang dari timur itu betul... Tidak!!! Tidak sama sekali.


Tidak cukup dengan sambutan hari lahir, hari ini dan tika ini, kita dihebohkan dengan sambutan pelbagai hari… Tika dan saat ini riuh rendah dengan sambutan hari ibu, esok atau lusa hari bapa... beberapa bulan dam minggu lepas sambutan sempena hari kekasih, minggu setiausaha... tulat dan tubin hari guru dan minggu lepas kita bersama berkumpul menyata dan menyuarakan luahan kita sebagai pekerja disambutan sempena hari pekerja...


Kenapa sempena??? Cukupkah hanya dengan sempena kita mengenang dan mengingati sesuatu... Sempena hari ibu, mengalir air mata mengenang saat-saat bermanja dengannya... segala ucapan manis bermadah diluahkan buat bonda tercinta… teresak-esak penuh keinsafan… Syahdu.


Sempena hari kekasih kita seolah bebas merayakan tanpa sempadan… tanpa kita ketahui asal usul pada sambutan itu… Kita leka dan lalai, bagaikan dunia kita yang empunya…


Gambar sekadar hiasan

Adois… gitu boleh??? Kita merayakan bagaikan tuhan itu tiada dalam kotak pemikiran kita… Tidakkah kita masih ingat janji-janji kita denganNya??? Janji yang kita meterikan semasa di alam roh??? Janji sebagai hamba yang sentiasa mentaatinya disetiap detik dan waktu kehidupan ini… Kita kesana dan kemari tanpa rasa ada pencatat yang setia mencatat segalanya…


… Hanya kerana sempena kita seolah-olah bebas. Kita juga bebas disambutan sempena meraikan setiausaha… bebas dalam gelodak rasa penuh ceria. Bebas dalam dakapan hiburan yang tidak berkesudahan. Apakah sebenarnya kita mahukan dengan sempena-sempena seperti itu??? Sempena yang membawa kita ke dakapan Yang Maha Esa, atau yang menjauhkan kita dari Dia…


Kita bersuka ria disempena sambutan kelahiran kita… Mungkin yang ke 30, 40 atau sambutan yang ke 50… kita masih sempat bergembira, bergembira yang seolah tiada penghujung. Sedang… setiap inci waktu yang berlalu, makin menghampirkan kita kepada kematian… makin menghampirkan kita kepada Dia. Andaikan kita menyambut hari lahir yang ke 37 ditahun ini… dan andaikan kita diberi peluang menyedut dan menghirup udara Allah sekadar usia 60 tahun sahaja… kita Cuma berbaki 23 tahun sahaja dari sekarang… Apa sangatlah yang kita boleh lakukan dengan kadar itu… sedang kita bergembira dan tawaria disetiap ulangtahun untuk menghampirkan kita kesitu… Sedarkah kita??? Lantas apa usaha yang kita lakukan…


Pada sahabat yang punya ibu, dan pasti ustazmuda pasti semua sahabat mempunyai ibu…samada ibu itu leah pergi dahulu atau ibu itu masih ada di sisi, teruskan jasa baik sahabat untuk ibu tercinta… biarkan sempena itu berlalu… Usah dihiraukan. Berbuat baiklah pada meraka… sesungguhnya perbuatan baik itu tidaka pernah mengenali sempena… Ingatlah akan maksud firmannya :

“ Janganlah berkata oh pada mereka dan berkasar dengan mereka… Dan katakanlah yang baik-baik pada mereka ”

Pada mereka yang punya ibu yang telah pergi… Ingat, sesungguhnya ibu masih memerlukan kita… Memerlukan kiriman tanda kasih dan sayang serta doa dari kita di setiap masa dan ketika… Hanya kita yang mampu memberikan bantuan. Bukan orang lain… Ingat akan maksud sabda baginda…

“ Apabila mati anak adam, terputuslah amalannya… melainkan 3 perkara , iaitu anak yang soleh… ”

Solehkah kita untuk menghulurkan barang secupak dua kiriman untuk ibu tercinta di sana??? Kirimkanlah pada mereka tanpa menunggu dan menanti sempena… Sempena yang wujud hanya setahun sekali…


Tidak cukupkah kita dengan sempena-sempena yang telah Islam tetapkan untuk kita??? Sempena Ramadhan bulan yang allah berikan kita beribu-ribu juta lemon ganjaran… Mungkin kita tidak pernah merasakan… Betapa hebatnya ganjaran dari Allah. Yang padanya pahala seribu bulan…


Masihkah kita mencari sempena-sempena yang lain??? Yang belum menjanjikan kita apa-apa. Kosong belaka…

2 ulasan:

Anonymous says:
6:26 PM

Alhamdulliah...

Well said!..
Saya amat bersetuju dengan ustazmuda dalam hal ini..

Nadjeer

Anonymous says:
9:27 PM

Salam.

Betul sangat-sangat tu ustaz. Kalau sesuatu tu diraikan bersempena itu dan ini, bimbangnya habis je hari yang disambut, tak de le lagi kita nak menghargai atau berfikir tentangnya. Cuba bayangkan..camana kalau dah habis sambutan Hari Ibu, si anak fikir tak payahlah lagi nak hargai jasa ibu di hari-hari lain tu. Cam tulah juga budak-budak sekolah sekarang ni. Diaorang ingat time Hari Guru tu je le dia orang kena raikan jasa guru..sudahnya time lain..diaoranglah yang jadi hantu pelesit kpd guru-guru tu pulak.

Tapi camana nak atasi..? Dah menjadi trend pulak sambutan dibuat untuk macam-macam perkara di negara kita ni. Tugas kita le juga sebenarya nak memahamkan anak dan generasi kita...Allahua'lam.