Wednesday, May 14, 2008

KiTa YaNg KeLiRu…

3 ulasan
Salam sahabat blog...

Menyebut kalimah keliru, teringat ustazmuda dengan lagu hit dari pasangan paling sensasi satu ketika dulu Nurul dan Ajai… waaa, ustazmuda pun tahu lagu tu huhu, dan selepas keliru mereka terus jadi serasi… dan serasinya hingga ke hari ni, namun serasi dalam bentuk yang berbeza mungkin, serasi tidak semestinya terus bersamakan??? Entah.

Erm… kesitu plak dah ustazmuda ni. Oklah. Kita yang keliru??? Mungkin pelbagai persoalan timbul, kenapa keliru? Siapa si pengeliru… bagaimana timbul kekeliruaan??? Argh… lantak. Boleh gitu??? Tentang kekeliruan ni beberapa cerita ingin ustazmuda sembangkan…


Cerita : I

Perbualan di sebuah kelas antara beberapa orang pelajar lelaki dan perempuan… tentang satu rancangan TV.

Pelajar A : Aku dah habis berpuluh ringgit cakap lu… Sms vote untuk si D*** tu. Memang bestlah dia.

Pelajar B : Akupun sama… tapi tak menanglah dia. Adois sedihkan. Dahlah ensem banget…

Pelajar C : ( Pelajar lelaki ) Ayah aku tak kasi vote-vote ni. Dia kata haram vote-vote macam tu… tapi aku diam-diam vote juga. Hehe. Ala dia bukan tahupun.

Pelajar A & B : ( Serentak ) Haram!!! Kenapa plak haram???

Pelajar C : Kan ke berdosa namanya tu kita menyokong segala perbuatan yang menyalahi Islam. Dahlah tu bercampur lelaki dan perempuan… Tak haram ke??? Itu yang ayah aku cakaplah…

Pelajar A & B : Erm… Gitus.



Cerita : II

Di perhimpunan sekolah. Ustazmuda terpandang seorang pelajar lelaki memakai rantai leher…

Ustazmuda : Erm… cantik rantai awak tu. Dari mana beli???

Pelajar : Emak saya yang hadiahkan… Ustaz nak?

Ustazmuda : Nak boleh???

Pelajar : ( Sambil menanggalkan rantai ) Nah… tapi just untuk ustaz tengok jelah.

Ustazmuda : Ok.. Ustaz nak pimjam sekejap yer. ( Ustazmuda terus ambil sampailah hari ni… huhu )

…Cukup dulu rasanya dua cerita untuk ustazmuda kongsikan bersama sahabat. Mungkin pada sesetengah sahabat cerita ini hanyalah sekadar cerita biasa. Cerita yang tidakpun punya denyut rasa yang mengguris hati seorang Muslim. Cerita yang tidak ada apa-apa nilaipun. Cerita biasa… Seperti yang ustazmuda katakan dalam posting sebelum ini. Biasa…

Mungkin perspektif kita berbeza… perbezaan itu mungkin kerana kacamata yang kita gunakan untuk melihat. Kacamata yang diimport sepenuhnya dari barat akan melihat ia tidak punya apa-apa. Andai kacamata kita gunakan dari timur mungkin hati mendengus… lantas berkata kenapa dan mengapa begitu???

Ya. Hari ini… kerana kurangnya ilmu di dada atau mungkin kerana jauhnya kita dengan teras dan paksi agama itu… lantas kita begitu mudah menjadi keliru. Keliru yang seolah tida penghujung… keliru pada asas. Pada hukum Allah yang sewajarnya tidak ada kekeliruan padanya. Keliru dengan halal dan haram… keliru antara adab dan akhlak Islam. Lantas segalanya bercampur aduk…

Kita keliru dalam hukum hakam dan budaya… Kita keliru dalam soal hiburan, yang mana berpaksikan Islam atau tidak??? Kita keliru dalam memilih corak dan sistem budaya berpakaian… antara tudung dan menutup aurat, antara perhiasan lelaki dan wanita, cukuplah cengan perhiasan yang Allah telah kurniakan padamu yang bernama lelaki... misai dan janggut. Sisirlah sebaik mungkin kan terserlah ketampananmu. Usahlah mencari perhiasan lain, lalu menyamakan antara lekaki dan perempuan. Buangkan saja rantai mahupun subang di telinga itu...

Mungkin sesetengah di kalangan kita telahpun menerima budaya sepeti itu… hidup dalamnya, tanpa merasakan ia amat jauh dari kelongsong Islam itu sendiri… Ya, amat jauh… atau mungkin telahpun terkeluar dari kelongsong itu tanpa kita sedari… Wal iyazubillah. Jauh, dek kerana lamanya terpisah atau mungkin dipisahkan denganNya… dipisah oleh suasana, dipisahkan oleh mereka yang mungkin memang segaja mahu menjauhkan kita darinya lantas membiarkan kita terusan keliru…

3 ulasan:

Anonymous says:
3:55 PM

Betul kata UStazmuda tu. saya ada terbaca satu pengakuan dari seorang gadis muslim dalam majalah Jelita keluaran bulan April ( kalau x silap ) tentang bertindik. si gadis ni bertindik boleh dikatakan pada semua anggota badan dan juga bertatoo. bila kena tanya tentang tak takut ke pada hukum agama dia dengan selamba menjawab itu semua kita akan dapat bila kita mati dan itu semua biar saya yang tanggung.Betapa beraninya pengakuannya. sya yang baca ni rasa macam menggeletar satu badan

Anonymous says:
5:00 PM

A'kum Ustaz.

Tak kisah la Ustaz ni ustaz betul ke atau tidak. Tapi ustaz dan semua ustaz2 dan ulama' lain, jgnlah biarkan kami, org2 yg keliru ni terus keliru dgn fahaman kami sendiri. Kami ni masih jahil. Tolonglah ajar kami, didik kami supaya apa yg selama ini kami ingat betul, ustaz2 semua perbetulkanlah.

Jgn sampai jadi seperti kaum2 yg di turunkan bala' oleh Allah spt disebut oleh Allah dlm Al-Quran. Kaum tersebut kata mereka ikut nenek moyang. Walaupun dlm zaman sekrg byk dari kita masih mengamalkan agama Islam, tapi setakat solat, puasa zakat. Itu je, yg lain2 siap blh pertikaikan lagi.

Tolonglah Ustaz2, bgtau kami budaya Melayi selama ini adakah yg salah atau betul.

armorphism says:
10:02 AM

SalamAlaikum WBT..

Sedihkan cite-cite cam gini. These denial talks have been around since the rising of ISLAM. Sekarang ni, muslimin dan muslimat semakin terancam diri mereka (DIRI: Dari segi hakikat sebenar). Semakin jauh mereka dari cahaya. NAuzubillahiminzalik..