Thursday, June 05, 2008

HaRgA mInYaK... PeRbAnDiNgAn SeMpOi...

6 ulasan
Salam sahabat blog...

Hari ini tika ini, sahabat, ustazmuda dan seluruh Malasyia pastinya masih dalam kejutan. Kejutan yang mungkin bagi sesetangah kita Maha Hebat... atau mungkin bagi sesetengah sahabat adalah perkara biasa... dek kerana biasanya rakyat Malaysia dengan kenaikan yang tak berkesudahan ini lantas kita menerimanya. Menerima dengan hati mendengus, jiwa yang resah gelisah. Itu sahaja...


Kita bagaikan tertipu... tertipu yang untuk entah keberapa kalinya. Penipuan yang bagaikan satu permainan atau mungkin juga satu kewajipan bagi mereka yang bergelar penguasa. Kita sangkakan ia hadiah merdeka sebagaimana digembar-gemburkan, tapi malangnya hadiah dicuti persekolahan. Sebagaimana pilihanraya ke 12 dahulu, mereka juga mengatakan tidak... tapi esoknya dimaklumkan PRU 12 pada tarikh ini dan ini. Kita juga menerima. Menerima dengan redhonya sebuah pembohongan yang jelas lagi nyata. Dan mungkin esok atau lusa kita akan terus tertipu... Mungkin di akhir zaman ini pisang berbuah berpuluh kalikan???


Tadi di YM sempat berbual dengan rakan dari Singapore... sembang-sembang kos dan taraf hidup. Dari satu topik ke satu topik yang akhirnya melarat hingga ke isu gaji dan kenaikan harga minyak. Mungkin perbandingan sembang ustazmuda ini bukanlah satu kajian yang boleh diterima pakai namun secara umumnya kita boleh memikirkan sesuatu... Tetang harga minyak di Singapore DS2.15 ( Dollar Singapore ) berbanding kita RM2.70. Patutkah kita membuat perbandingan umum begini... DS2.15 = RM5.00. Wah... mahalnya minyak di negara kecil itu. Ya, sekali imbas memang harganya terlalu mahal... tapi rasanya perbandingan seperti itu adalah satu perbandingan yang sangat tidak adil.


Seharusnya kita membandingkan kehidupan di dua negara... kehidupan rakyat masing-masing. Bukan perbandingan sekali lalu begitu sahaja. Bagaimana gaji mereka, pendapatan mereka. Kebetulan ustazmuda bersembang dengan seorang yang sama tarafnya dengan ustazmuda. Seorang guru... sebagai makluman gaji seorang guru berijazah yang baru bekerja di Singapura ialah DS2800.00. Itu hanya gaji pokok... Kalau di sini seorang guru harus bekerja selama 10 tahun untuk mendapatkan RM2800.00. Berbezakan??? Dengan gaji sebegitu dan kos kehidupan yang segalanya akan berubah dengan kenaikan harga minyak rasanya kehidupan di Kota Singa jauh lebih menguntungkan... Tidak begitu???


Banyak lagi perbandingan-perbandingan sempoi yang ustazmuda perbincangkan... harga kereta misalnya. Wah, di sana rupanya harga kereta jauh lebih murah berbanding di sini. Erm... seronokkan??? Itu negeri yang tidak ada setitikpun minyak di buminya??? Negeri kita??? Mungkin sesuai dengan pepatah Melayu yang ustazmuda ubahsuai sikit hehe " Kera di luar di minyakkan, anak sendiri mati kelaparan" huhu... Ok tak???


... Erm, sebenarnya banyak lagi yang ustazmuda sembangkan... juga berkaitan dengan kononnya wujud diskriminasi kaum di sana. Erm secara jujurnya beliau mengatakan diskriminasi secara jelas tidak wujud... namun kadangkala ia berlaku tanpa diundang., tapi alhamdulillah sebagai contoh... baru-baru ni dalam 10 orang guru baru 7 darinya adalah dari kalangan orang Melayu.


Arghh... lupakan saja Singapore, dan semasa jalan-jalan cari ilmu ke Kota Baru ustazmuda sempatlah ke sempadan nun di Rantau Panjang... Biasalah kata orang tak sah ke Kelate kalau tak ke sempadan. Ke gone??? Bersembang juga dengan pekedai-pekedai di sana. Erm... rupanya nilai Ringgit Malaysia kita ni berbanding dengan Bath Thailan pun dah jatuh... adois sedihnya. Erm itulah nilai sebenar matawang kita sekarang rupnya... ustazmuda ingat masihlah kita gah berbanding Thailand. Rupanya... erm 1Bath Thailand sama dengan RM1.30 -1.40 lebih kurang. Erm banyak tu. Entahlah... kadangkala terlihat mereka yang tidak bergelar Muslim tetapi berpegang dengan prinsip-prinsip muamalat Islam itu sendiri... dan kita yang bergelar muslim pula sebaliknya... Buktinya!!! Betapa kurangnya kes-kes rasuah dan sebagainya di negara-negara seperti Korea, Jepun mahupun Singapore itu sendiri tetapi negara yang berpaksikan Muslim sebagai ketua negara penuh dengan rasuah dan korupsi yang tidak berpenghujung...

6 ulasan:

Anonymous says:
9:09 AM

Itulah....dua minggu lepas aku kat Australia petrol cuma AUS1.36 sahaja, dan harga kereta Kia 'citra' model terbaru cuma AUS29,000 sahaja. Gaji mereka jauh lebih besar dari kita. Secara perbandingan kos hidup mereka lebih rendah berbanding kita. Kini RM3.10 = AUS1....jauh bezanya.....

Orang makin maju, rakyat makin senang. Kita makin maju rakyat makin susah....persoalannya, layakkah kita bergelar menuju ke'maju'an?...

Yang salah ialah rakyat yang tak mahu bertindak jauh lebih awal dalam menentukan bagaimana negara ini dengan segala hasilnya diuruskan dengan baik....hingga ke hari ini dalam PRU lepas pun rakyat masih teragak-agak untuk 'berubah', terutamanya orang melayu yang juga majoritinya berpendapatan rendah....fikirlah....dalam keadaan sekarang parti keris keramat yang kita gahkan itu tak boleh berbuat apa pun....buanglah ia jauh-jauh....

Negara yang ditadbir dengan baik, sebenarnya ditadbir oleh rakyat yang bijak, bukannya orang politik yang gila kuasa dan harta kekayaan....

hari ini kita tak mungkin lagi nak meleburkan litar Sepang, KLCC, Putrajaya atau memadamkan kisah angkasawan dan pelbagai lagi projek mega lain yang kita banggakan sangat itu sebagai pengganti harga petrol kita, harga beras kita....Kita punya kekayaan, tapi tidak dilaburkan dengan bijak....kalau kita boleh berbangga dengan semua itu, hari ini kita juga patut berbangga dengan harga petrol kita yang kononnnya masih murah berbanding negara lain ikut cara 'perbandingan' mereka....

Lagi sekali PRU, buatlah keputusan untuk menukar secara total mereka-mereka yang membuatkan kita begini....mereka tidak akan merasa apa-apa kerana mereka sudah punya cukup harta untuk tidak merasa apa-apa...

Padang Serai.

armorphism says:
10:26 AM

lama-lama ada jugak taliban kat Malaysia ni..isk isk isk!..

Mior Khabir Zikri says:
1:06 PM
This comment has been removed by the author.
Unknown says:
2:19 PM

salam ustaz muda,
saya tertarik dengan setiap ulasan ustazmuda. Banyak isu di sini sebenarnya. Rakyat sekadar cakap, cakap dan cakap...tiada tindakan dari yang bercakap. Marahkan pemimpin? Esok lusa, senyaplah. Timbul isu baru, cakap lagi..kemudian padam. Begitulah pusingannya. Melayu mudah lupa...

Anonymous says:
10:05 AM

tu ler ustazmuda..
nak wat camane..
ni pun tgh sesak nafas budget minyak utk merempit. ekeke

slm hujung minggu buat ustaz se-famili

Jumie says:
4:17 PM

cakap tentang gaji d singapura memanglah besar tapi ustaz mesti nak tahu juga standard of living in singapore is very high,kita di sini ada kalanya tercekik juga dgn harga serba serbi tinggi.Sebab tu org singapura suka hilangkan stress dgn bershopping d malaysia bukan saje RM rendah tapi shopping centre ada surau tak risau tertinggal sembahyang.Shopping satu hari suntuk pun tak worried