Monday, June 16, 2008

IsTeRi BeRdOsA...

10 ulasan
Salam sahabat blog...

Beberapa minggu lepas ustazmuda menerima e.mail dari seseorang yang mengadu dan bertanyakan pandangan pendapat dan seterusnya hukum yang sewajarnya di atas masalah dan kesilapan yang telah beliau lakukan. Ustazmuda rasa, ada baiknya ustazmuda kongsikan dengan sahabat blog lain persoalan tersebut sebagai panduan bersama. Berikut intipati permasalahan.


Assalamualaikum....


Saya megadakan hubungan terlarang dengan seorang lelaki lain. Hanya sekali... Bagaimana? Takkan saya kena berterus terang dengan suami atau saya hanya boleh bertaubat tanpa memberitahu suami. Saya rasa bersalah sangat. Tolong la... beritahu hukumnya dan bagaimana untuk saya menebus dosa.
Saya harap perbincangan ini hanya di antara kita berdua...



Terima kasih. Isteri Berdosa.


...pertamanya ustazmuda mengucapkan ribuan terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan oleh isteri berdosa kepada ustazmuda untuk memberikan pandangan. Seterusnya kemaafan juga ustazmuda pohonkan kerana mengambil sikap mengongsikan masalah isteri berdosa dengan semua pembaca weblog ustazmuda. Juga keampunan dan kemaafan andai perkongsian jawapan mungkin tidak memberikan satu kepuasan kepada isteri berdosa. Ampun maaf.


Masalah yang puan utarakan sebenarnya, pada ustazmuda adalah satu masalah biasa yang wujud diakhir zaman ini. Masalah biasa akibat dari sikap tidak endah kita pada sesuatu yang besar dalam agama. Sikap kita yang mengambil ringan hubungan lelaki dan wanita serta batas-batas perhubungannya... Sebab itu dalam Firman dari Allah yang bermaksud : " Janganlah kamu menghampiri Zina... "



Hinggalah kita merasakan bertepuk tampar dan bergurau senda antara kenalan lelaki dan wanita itu adalah perkara biasa. Perkara yang boleh diterima... dan permulaan yang beginilah kebiasaannya membawa kepada hubungan zina yang dilaknat Allah. Namun, saya menghormati dan memuji sikap puan dan kesedaran yang wujud dalam diri puan atas rasa berdosa yang bersangatan pada Allah. Sebenarnya itulah yang dikatakan hidayah. Bukan semua manusia diberikan hidayah oleh Allah selepas melakukan kesilapan yang besar seperti ini. Bersyukurlah... Adakala, manusia terus bergembira dan berbangga dengan segala dosa yang telah mereka lakukan tanpa sedikitpun rasa takut kepada azab dariNya... waliyazubillah.


Oleh kerana puan telah menyatakan kekesalan bersangatan atas apa yang telah dilakukan... dan mengakui akan dosa yang amat besar sebagai satu kesilapan... dan negara kita bukanlah negara Islam yang benar-benar menjalankan perundangan yang telah ditetapkan oleh Allah iaitu hudud, qisas mahupun takzir... maka pada saya, cukuplah puan memohon keampunan dengan bersungguh kepada Allah. Dengan kata lain puan bertaubat secara taubat Nasuha... Di mana taubat nasuha itu mempunya syaratnya yang tersendiri seperti...


1)Memohon ampun kepada Allah.
3)Menyesal atas dosa-dosa yang telah dilakukan.
2)Berazam tidak akan mengulangi lagi kesilapan tersebut.


Setelah melakukan taubat nasuha dengan bersungguh-sungguh kerana Allah... perbanyakkan ibadah kepadaNya terutama dimalam hari... Insya allah dengan segala rintihan dan pengaduan dari puan kepadaNya... Puan akan diampunkan oleh Allah. Sesungguhnya Allah menunggu-nunggu hambanya memohon ampun padaNya. Tidak ada dosa yang tidak diampunkan oleh Allah kecuali syirik kepadanya...


Berkaitan dengan suami puan, setelah saya berbincang dengan beberapa orang sahabat dan juga guru agama, kebanyakan sahabat menyatakan tidak perlu untuk puan bercerita kepada suami puan. Bukanlah menjadi kewajipan pada puan untuk bercerita kepada suami puan hanya untuk mendapatkan kemafaan darinya. Lebih-lebih lagi sekiranya memberitahu kepada suami puan tersebut akan menyebabkan krisis yang lebih besar dalam kehidupan berkeluarga puan.


Ini kerana zina merupakan permasalah dalam Hudud bukan dalam Qisas yang boleh dimaafkan oleh manusia lain. Hudud adalah hak dan ketetapan oleh Allah. Dan Allah jualah yang menentukan hukum ke atasnya tanpa boleh diubah. Ini bermaksud, sekiranya perundangan Islam sepenuhnya berjalan di negara kita, puan tidak dapat tidak dikenakan hukum hudud iaitu rejam sehingga mati sekiranya terbukti dan disahkan kesalahan tersebut. Berdoalah moga dengan kekesalan yang benar-benar dilakukan kerana Allah itu akan menyelamatkan puan dari hukum Allah di akhirat nanti. Amin. Moga airmata yang merintih memohon ampun dimalam hari itu akan dapat memadamkan api neraka Allah kerana sabda rasul yang bermaksud :


Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka Allah ialah, mata yang menagis dan merintih kerana takutkan Allah, dan mata yang berjaga malam berjihad kerana Allah.


Sebagai peringatan buat puan dan semua sahabat... Marilah kita sama-sama menjauhkan diri dari terlibat mahupun mendekati apa yang boleh membawa kepada perzinaan. Ingatlah... sedangkan mendekati zina itu sendiri telah dilarang oleh Allah apatah lagi perzinaan itu sendiri. Kepada isteri berdosa, jauhilah diri dari lelaki berkenaan (sama ada kekasih lama atau sesiapa saje yang datang menggoda ) kerana semuanya adalah satu gangguan untuk puan menumpukan sepenuh perhatian kepada suami puan. Jagalah tingkah laku dan sekiranya pemakaian puan tidak menepati syariat secara sempurnanya maka berubahlah kepada yang lebih baik agar dengannya puan terhindar dari gangguan lelaki asing yang hanya menunggu peluang dan suka mengambil kesempatan atas kelemahan puan.


Erm... Kebetulan pula kalau puan baru menonton cerekarama sabtu 14 Jun, tentu puan berasa gentar dan takut dengan balasan Allah. Semoga puan sentiasa berada dilandasanNya yang benar... amin. Buat akhirnya, sebarang kekurangan dan kesilapan dalam perkongsian masalah ini ustazmuda pohon keampunan kepada Allah dan kemaafan kepada isteri berdosa. Ingatlah... bumi mana tidak ditimpa hujan.

10 ulasan:

AMBUYAT EL-BINANGKIT V2 says:
10:00 PM

.... Rejam dgn batu pertengahan sampai mati.... bukan sebat 100 kali, kerana penzina adalah sudah berkahwin... makasi.

Anonymous says:
12:50 PM

Assalamualaikum.

Saya percaya si is3 itu perlu memohon maaf dari suaminya kerana dia juga telah melakukan kesalahan terhadap suami dia. Dia sepatutnya menjaga kesucian diri dia dan maruah dia untuk suami dia.

Kalau suami dia tak tahu dan tak memaafkan kesalahan dia tentu lagi perit azab yang akan diterima nya.

Oleh kerana si is3 itu berani buat walaupun sudah tahu itu adalah satu kesalahan makan dia mestilah sanggup menanggung risikonya. Terima sajalah padahnya bila sudah memberitahu suami samada suami akan memaafkannya atau pun tidak. Dan beliau juga perlu bersedia untuk menjadi janda.

armorphism says:
1:28 PM

Wa'alaikum Salaam akhi..
ada jugak masuk cerita malam tu ek..hehhehe!..baik utk ditonton oleh para2 isteri..

Maaf tuan anonymous, setelah dibincang bersama org yg ahli, tidak perlulah diberitahu kpd suaminya supaya perkara tak menjadi lebih keruh.

KECUALI....

Isterinya itu tidak sanggup lagi utk bersama dgn suaminya dan telah buat keputusan lebih baik utk dia dikahwini oleh lelaki yg menzinainya (phew!..bergetar hati gue)dan perkara yang sewaktu dgnnya..namun tidak juga dianjurkan kerana bimbang perkara yg lebih buruk berlaku seperti perkelahian dan boleh menjurus kpd pembunuhan. Itu boleh kita lihat dalam keadaan sosial yg sekarang ini..Jangan kita menghukum seseorang itu kerana yg berhak menghukum hanya Allah shj...cukuplah baginya utk benar2 bertaubat nasuha dan Allah shj yg mengampun dosa2nya..

kami bapak budak yg belajar,
kalau salah tolong ajarkan..

wallahualam!..

Anonymous says:
1:47 PM

huhuhu ustaz...
sy pun alami perkara yg sama huhuhu
sy amat kesal.. Bukan niat sy cuma sy kurang belaian batin.. Sy dah berbincang dengan suami tapi tiada perubahan... Sy menyesal.....................

Anonymous says:
8:18 PM

Baw, kasagad-sagad sa iya ubra blog!

Anonymous says:
8:18 PM

This is a nice blog. I like it!

Anonymous says:
8:27 PM

To the owner of this blog, how far youve come?You were a great blogger.

Anonymous says:
8:27 PM

Kanami sang imo blog. Daw spaghetti.

Anonymous says:
9:44 PM

salam...

Sekadar memberi pandangan…untuk seorang wanita yang bergelar isteri…

Alhamdulllah…sang isteri telah menyedari kesalahannya…dan mendapat hidayah Allah…Bukan senang untuk seseorang menerima hidayah Allah…Merujuk pada surah al’anam..Ayat 125 : “ Maka sesiapa yang Allah kehendaki memberi hidayah kepadanya nescaya Allah akan melapangkan dadanya ( terbuka hati) untuk menerima agama islam dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya nescaya akan disempitkannya…..”

Dalam situasi sang isteri…dia telah berusaha untuk mencari sokongan..dan berusaha untuk merubah diri…dalam hal ini…saya berpendapat…dia tidak perlu bercerita kepada suaminya..situasi yang berlaku…kerana pasti situasi akan menjadi lebih keruh….
Cukup sekadar dia bertaubat dengan sebenar2 taubat…menjarakkan diri dengan punca masaalah ( lelaki penzina)..menyesal di atas dosa yang dilakukan dengan seikhlasnya dan berazam dengan penuh tabah untuk tidak mengulang…bukan kerana takut kepada suami tetapi kerana takut kepada Allah.

Allah telah memilih dia untuk menerima hidayah…kerana allah masih menyanyanginya….dia perlu meminta maaf dari suaminya…memperbaiki diri, meletakkan ketaatan yang lebih kepada suami dan Allah..tapi tanpa perlu memberitahu hal yang sebenar…setiap kesalahan yang dilakukan berkaitan dengan dosa..pasti akan menghantui sang isteri seumur hidup…justeru..itulah hukuman Allah kepada sang isteri….Pun begitu Allah maha pengampun lagi maha penyanyang….Moga sang isteri akan menjadi wanita sholehah yang lebih baik selepas ini…

Unknown says:
1:05 PM

dalam cerekarama tu juga ada timbulkan isu derma..nak tanya ustaz ni..kekadang saya juga suka membuat perkara tersebut seperti tidak berapa pasti dengan orang yangs elalu datang minta derma dan saya hanya bagi rm1 sahaja. Saya khuatir mereka hanya diupah ejen ..